BAB 7

131 16 8
                                    

Sambungan....

Carla terus menghayunkan pisau itu ke arah Dyna.

" Carla! " Jerit Ameer.

              Azieq terus menolak Dyna sehingga membuatkan Dyna terjatuh lalu tangannya terkena bucu meja yang berada di sebelah katil pesakit.

" Aish" kata Azieq selepas lengan kanannya terkena pisau lipat yang dihayunkan oleh Carla.

Ameer dan Ayish terus menahan Carla. Mereka berdua memegang Carla supaya dia tidak dapat bergerak.

Doktor dan jururawat terus masuk ke dalam wad itu. Jururawat terus menusuk epidural berisi ubat penenang kepada Carla. Dan akhirnya, Carla kembali tenang.

Ameer terus menghampiri Dyna.

" Kau ok tak? " Soal Ameer, risau sambil menolong Dyna untuk bangun.

" Ok.." jawab Dyna.

" Err Azieq.." panggil Ayish.

" Maaf, Sila keluar dulu yaa.. Doktor nak periksa pesakit" sampuk jururawat kepada mereka.

Azieq mengangguk kepalanya. Dia terus berjalan keluar dari wad itu sambil memegang lengannya yang tercedera. Dyna, Ameer dan Ayish juga mengikuti langkah Azieq untuk keluar dari sana.

" Azieq" panggil Ameer.

" Ya?" Soal Azieq.

" Kau kena rawat dulu lengan kau tu" kata Ameer, lembut.

" Betul tu.. " kata Ayish, risau selepas melihat keadaan Azieq.

" Ya la.. korang tunggu sini" kata Azieq. Dia terus berjalan pergi untuk mendapatkan rawatan.

" Kau pun sama Dyna.. " kata Ameer kepada Dyna.

" Hah? Aku ok la.." kata Dyna sambil menyorokkan tangannya yang tercedera.

" Jangan tipu la.. kau ingat aku tak nampak ka tadi? Tangan kau berdarah. Pergi la ikut Azieq. Kitorang tunggu dekat sini" kata Ameer.

" Tapi sikit aje.." kata Dyna.

" Kau takut Azieq ka?" Soal Ayish.

" Takut? Err mana ada.." kata Dyna. Cuba untuk menafikan.

Sejujurnya, dia berasa bersalah. Disebabkan Azieq menghalangnya daripada terkena pisau, Azieq pula yang tercedera.

" Kau takut dia marah? Jangan risau la.. Pergi la.. kalau dia tahu tangan kau berdarah, tapi tak dirawat, lagilah dia marah." Ujar Ameer, lembut.

" Hmm.. ya la.. korang tunggu sini tau" kata Dyna.

Ameer dan Ayish mengangguk sambil tersenyum.

Dyna terus berjalan mengejar Azieq. Dia mencari sosok tubuh Azieq yang sudah jauh berjalan pergi.


          " Azieq " panggil Dyna sebaik sahaja dia tiba di hadapan bilik rawatan.

Azieq hanya memandang Dyna. Dia hanya diam sambil menunggu lengannya selesai dirawat oleh seorang jururawat.

Dyna berjalan menghampiri Azieq. Dia mengambil tempat duduk berhampiran Azieq.

" Kejap lagi ambil ubat dekat kaunter. Sapu setiap malam. Mujur luka tak dalam." Kata jururawat itu selepas selesai merawat Azieq.

Azieq mengangguk kepalanya.

" Thank you" kata Dyna kepada jururawat itu.

" Yaa, saya pergi dulu.." kata jururawat itu. Dia terus meninggalkan Dyna dan Azieq.

Endyna Daisha 2: THE CURE Where stories live. Discover now