BAB 16

130 13 3
                                    

Sambungan...

             Pihak polis, pihak Bomba dan pihak perubatan terus datang ke tempat kejadian selepas menerima panggilan daripada Ayish.

Pihak perubatan membawa mayat gadis tadi ke hospital. Pihak bomba pula memadam kesemua kebakaran di setiap rumah di kawasan itu. Manakala pihak polis mengawal keadaan sekeliling.

Ejen-ejen dari SPASR juga turut berada di sana.

" Apa yang jadi? Korang ok ke?" Soal Lissa, risau.

" Ok, cuma.." kata Ayish. Dia tidak dapat menghabiskan ayatnya. Dia memandang Dyna dengan pandangan yang sayu.

" Ada yang kehilangan nyawa.. kitorang rasa dia suspek untuk kes ni.. tapi, dia dah bunuh diri" sampuk Azieq.

" Suspek? Driver keluarga Dato David?" Soal Harith.

" Tak.. kawan dia" jawab Ayish.

" Driver tu, korang jumpa?" Soal Azeem.

" Tak.. dia diculik. Ada orang culik dia. Entah kenapa, dan dimana dia berada kitorang tak pasti." Kata Ayish.

" Kita kena cari dia." Sampuk Dyna.

" Dalam file tu, ada nama organisasi dan nama kesemua pekerja untuk edar dadah. Gunakan tu, untuk cari diorang. Ini semua ada kena mengena dengan Kes Dato David." Ujar Dyna.

" Aku dah check. Kita boleh gunakan maklumat tu untuk kes ni." Kata Azieq.

" Gais, aku dah dapat maklumat. Orang yang bunuh diri tu, kawan kepada Johnson. Nama dia Yazid. Ada rekod jenayah. Mencuri, merompak, lumba haram dan dadah. Pernah ditahan polis, tapi tak dikenakan hukuman, hanya denda. Takda keluarga, rakan terdekat cuma Johnson. Berpindah ke sini sejak 2 tahun lepas." Sampuk Amna.

" Budak perempuan tadi pula, adik kepada Johnson. Kayla nama dia. Umur 17 tahun. Berhenti sekolah sejak umur 16 tahun. Sebabnya, tak diketahui. Parents meninggal waktu umur 13 tahun, dan dia tinggal dengan abang dia." Katanya lagi.

" Ada lagi?" Soal Ameer.

" Ada maklumat yang menarik. Kawasan ni, Dato David yang punya. Semua bil air, elektrik, dia yang bayar." Kata Amna.

" So.. dia mesti tahu, kan?" Soal Ayish.

" Semua rumah dekat sini terbakar. Kayla suruh kitorang keluar, dia tahu rumah tu juga akan terbakar. Diorang semua dah bersedia awal. Kalau polis tahu, senang diorang nak hapuskan bukti. Dato David tahu something. Kita kena soal siasat dia." Kata Dyna.

" Tapi, dia yang buka Kes, Kes ni pula berkaitan dengan kematian keluarga dia, kawasan ni tempat dia, kawasan semua pengedar dadah. Aku pening lah!" Kata Ayish, serabut kepalanya.

" Driver dia kena culik. Isteri dan anak-anak dia kena bunuh. Dia mangsa, atau.. penyebab?" Soal Ameer, keliru.

" Terkadang, manusia sanggup lakukan apa sahaja, untuk tutup kesilapan diorang. Atau, mungkin disebabkan dendam. Dalam Kes ni, kita kena bijak. Jangan lalai walau sesaat. Kita kena cepat cari maklumat. Diorang dah bersedia awal. Ada orang yang nak bermain dengan kita.." Ujar Dyna.

" Hah? Apa maksud kau?" Soal Zara.

" Sama ada dato David ialah mangsa atau penyebab. Kita kena cari tentang tu dulu. Kita akan jumpa semua maklumat selepas tu. Puan Amber, cari siapa yang bermusuh dengan dia. Boleh jadi suami dia." Kata Dyna.

" Kenapa kau cakap macam tu?" Soal Azeem, keliru dengan kata-kata Dyna.

Tiba-tiba, kedengaran bunyi telefon bimbit Dyna berbunyi menandakan ada panggilan yang masuk. Dyna terus beredar dari situ.

Endyna Daisha 2: THE CURE Where stories live. Discover now