BAB 22

135 15 8
                                    



              " Dyna ada call kau? Dia ada jumpa apa-apa lagi tak?" Soal Ameer kepada Fahrin.

" Tak.." jawab Fahrin.

" Kau tahu tak Azieq dekat mana?" Soal Ameer lagi.

" Aik? Kau tak tahu? Aku pun tak tahu.."

" Serious? Dia keluar masatu tak balik-balik. Dia tak call atau chat kau?" Soal Ameer, hairan.

" Tak.. aku ingatkan dia ada bagitau kau.." Kata Fahrin.

" Tak.. last aku chat dia, aku bagitau tentang rakaman CCTV yang Dyna jumpa dan pasukan kita dah tahan pemilik kafe tu. Tapi aku tak tanya pula dia ada dekat mana waktu tu." Kata Ameer.

" Korang cari siapa?" sampuk Azeem yang baru sahaja masuk ke dalam pejabat Fahrin.

" Azieq, dia ada bagitau kau dia pergi mana?" Soal Ameer kepada Azeem.

Azeem mengelengkan kepalanya menandakan tidak.

" Tak cuba tanya yang lain? Mungkin dia ada bagitau diorang? Ayish? Lissa? Nak lagi cepat, tanya Tuan Othman." Kata Azeem.

" Betul juga.." Kata Fahrin.

" Jom la.. diorang nak soal siasat pemilik kafe tu dengan pekerja-pekerja dia. Diorang dah tunggu dekat sana." Kata Azeem.

Fahrin dan Ameer menganggukkan kepala mereka. Mereka bertiga terus bergerak ke bilik soal siasat.



   " Siapa yang nak soal siasat diorang?" Soal Ameer kepada Lissa.

" Selalunya kalau Azieq ada, dia yang akan soal siasat. Ataupun Dyna, ini dua-dua orang takda. Kau lah pergi soal siasat diorang." Kata Lissa.

" Eh, kenapa aku?" Soal Ameer.

" Sebab kau yang tahan diorang, kau lah soal siasat diorang. Jangan marah kitorang, salahkan kawan baik kau dengan girlfriend dia." sampuk Nayra.

" Bagus." Kata Ameer, pasrah.

" Jangan gaduh.. pergi la Ameer. Ini file maklumat dia. Nama dia Sofia, pemilik VidD'A Bakery and Cafe. Lepas dah habis, Amna akan soal siasat pekerja dia, Diana, ketua masakkan diorang. Lepastu kau soal siasat Daniel pula, penghantar makanan tu." Kata Zara sambil menghulurkan file maklumat kepada Ameer.

" Ya la.." Kata Ameer, pasrah sambil mencapai huluran Zara.

Ameer masuk ke dalam ruang soal siasat itu. Dia mengambil tempat duduk berhadapan Sofia, pemilik VidD'A Bakery and Cafe.

Sofia hanya mendiamkan diri melihat Ameer masuk ke ruangan itu. Tangan Sofia juga digari untuk mengelakkan dia daripada melarikan diri.

" Aku akan tanya kau soalan. Kalini, jawab dengan jujur." kata Ameer.

" Bilik ni ada pengesan. Kalau kau tak jawab dengan jujur, aku boleh tahu." Katanya lagi.

Sofia hanya menganggukkan kepalanya.

" Jujur la senang, siapa orang yang suruh kau dan pekerja kau bunuh puan Amber?" Soal Ameer.

" Orang tu tak bagitau nama dia..." Kata Sofia.

" Dia menipu" kata Nayra kepada Ameer menggunakan alat komunikasi yang telah dipakai sebelum masuk ke dalam bilik siasatan tadi.

" Jujur. Bagitau aku nama dia." Kata Ameer.

" Aku tak tahu.. dia tak bagitau nama dia." Kata Sofia.

" Dia menipu lagi" Kata Nayra kepada Ameer.

" Jujur!" Tengking Ameer sambil menghentak meja dengan kuat.

Endyna Daisha 2: THE CURE Where stories live. Discover now