BAB 13

130 14 6
                                    

Sambungan..

" Hayyan!" Jerit Dyna dan Azieq, serentak, terkejut dengan tindakan Hayyan.


         Azieq dan Dyna terkaku. Mereka berdua memandang antara satu sama lain dengan wajah yang terkejut.

" Hodohnya muka kau bila terkejut" kata Azieq, selamba.

Dyna terus menumbuk perut Azieq. Dia juga menghantar jelingan tajam kepada Azieq.

" Sekarang bukan masanya untuk buat lawak." Kata Dyna, mendatar.

" Tak buat lawak pun..." Kata Azieq.

" Lantak kau lah" kata Dyna. Dia terus pergi meninggalkan Azieq.

Azieq terus berlari mengikuti Dyna.


Mereka menghampiri tubuh badan Hayyan yang berlumuran darah.

" Hayyan.." kata Cikgu Farah, terkejut dengan keadaan Hayyan. 

Hayyan terbaring. Matanya masih terbuka tetapi dia tidak mampu bergerak. Kepalanya mengalirkan cecair merah. Dyna terus menahan kepala Hayyan daripada mengalirkan lebih banyak darah.

" Call ambulans cepat Azieq!" Kata Dyna, cemas.

Azieq mengangguk kepalanya. Dia terus mengeluarkan telefonnya lalu menelefon bantuan.

" Hayyan! Awak dengar tak?!" Soal Dyna.

Hayyan tidak menjawab. Dia hanya memandang Dyna.

" Hayyan, awak kena bertahan.." kata Dyna.

Hayyan mengerakkan matanya. Dia seperti ingin menunjukkan sesuatu kepada Dyna. Matanya tertumpu pada tingkap bilik kauseling.

Dyna terus memandang tingkap itu. Kelihatan Syasya dan Jay sedang memerhati dari atas sebelum mereka pergi dari sana.

Hayyan mencuba sedaya upaya untuk menggerakkan tangannya. Dia menyentuh tangan Dyna.

Mulutnya bergerak sedikit, seperti mahu memberitahu sesuatu kepada Dyna.

" Ya Hayyan?" Soal Dyna. Dia mendekatkan telinganya kearah Hayyan.

" Ca-Car-la" kata Hayyan, tersekat-sekat kerana menahan kesakitan.

Dyna mengerutkan keningnya.

" Azieq!" Panggil Dyna.

" Tolong tahan darah ni" kata Dyna. Azieq terus menahan darah seperti yang diarahkan.

" Kau nak pergi mana?" Soal Azieq.

" Tangkap beruang gila." Kata Dyna, mendatar.




Dyna naik ke tingkat atas. Dia menghampiri bilik kauseling tadi. Kelihatan Mira, Syasya, Jay dan Fakhri.

" Apa yang korang buat?!" Tengking Dyna.

Mereka hanya mendiamkan diri.

" Jawab!" Tengking Dyna lagi.

" Kitorang tak buat apa-apa! Dia yang terjun!" Kata Syasya.

Pelajar yang lain terus menghampiri bilik kauseling itu. Mereka berdiri di hadapan pintu bilik.

" Masih nak berbohong?" Soal Dyna, mendatar.

" Kitorang tak tipu! Dia yang terjun! Dia yang nak bunuh diri!" Tengking Jay.

" Ya! Dia yang terjun! Apa salah kitorang?!" Tengking Fakhri pula.

" Korang nampak CCTV tu?" Soal Dyna sambil menunjukkan CCTV yang terpasang di dalam bilik itu.

Endyna Daisha 2: THE CURE Where stories live. Discover now