Papan kekunci komputernya ditekan. Dyna menggunakan kebolehannya untuk mencari maklumat. Dyna meneliti satu persatu maklumat yang berada di dalam file Kes.
Tiba-tiba, kedengaran telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada panggilan yang masuk. Dia terus menghentikan perbuatannya lalu mencapai telefon bimbitnya.
" Hello?" Soal Dyna sebaik sahaja dia menjawab panggilan.
" Hai Dyna" kedengaran suara garau seseorang disebalik telefon.
" Sorry, siapa ni?" Soal Dyna lagi. Dia hairan, panggilan itu bukan lah dari seseorang yang dia kenal.
" Haha.. Cuba teka" kata lelaki itu.
" Malas. Kau siapa? Jawab, atau aku block." Kata Dyna, mendatar.
" Cuba la teka.. kau kan bijak orangnya.." kata lelaki itu lagi, cuba untuk bermain-main.
Dyna terus menamatkan panggilan. Dia juga menyekat nombor yang menelefonnya tadi. Malas mahu melayan.
" Bodoh. Dia ingat aku ada masa ka nak layan dia? Kena teka siapa dia pula. Aku ada banyak lagi kerja nak diselesaikan." Kata Dyna, sendiri.
Dyna terus menyambung kerjanya semula.
Tok, Tok, Tok..
Kedengaran bunyi seseorang mengetuk pintu pejabat Dyna." Masuk" kata Dyna.
Azieq terus masuk ke dalam pejabat Dyna selepas diberi kebenaran.
" Kau busy kah?" Soal Azieq selepas melihat Dyna sedang sibuk dengan kerjanya.
" Maybe.. kenapa?" Soal Dyna.
" Jom pergi kedai kek tu, aku dah dapat lokasi.. diorang pun dah buka" kata Azieq.
" Sekarang?" Soal Dyna lagi.
" Ya.. takkan tahun depan pula.. jom lah, aku tunggu dekat luar. Naik kereta aku." Kata Azieq.
" Ya la.." kata Dyna.
Azieq terus melangkah pergi meninggalkan Dyna.
Dyna mengemas barangnya. Komputernya dimatikan.
Tiba-tiba kedengaran bunyi telefon bimbit Dyna menandakan ada mesej yang masuk.
' Block tidak akan memberikan kesan apa-apa dekat aku.'
Dyna membaca mesej tersebut. Dia mengerutkan keningnya. Dia hairan, siapakah orang yang menganggunya sejak tadi.
Telefonnya disimpan semula. Dia hanya membaca mesej tersebut dan tidak menghiraukan orang itu. Dyna terus melangkah keluar dari pejabatnya.
Selepas 20 minit perjalanan, mereka tiba di kedai kek yang ditetapkan. VidD'A Bakery and Cafe. Sebuah kedai pencuci mulut dan kafe.
Mereka berdua terus masuk ke dalam kedai itu. Mata Dyna tertumpu pada CCTV yang berada di dalam kedai itu.
" Ya cik.. boleh saya bantu?" Soal seorang pekerja perempuan selepas melihat Dyna.
" Kami dari unit siasatan negara. Kami datang nak buat pemeriksaan sedikit." Sampuk Azieq.
" Ouh.. tunggu kejap ya, saya panggilkan boss saya" kata pekerja itu.
Dyna dan Azieq menganggukkan kepala mereka. Mereka mengambil tempat duduk sementara menunggu pekerja tadi dan pemilik kedai itu.
Selepas beberapa saat menunggu, seorang perempuan berusia 30-an datang menghampiri Dyna dan Azieq. Kelihatan seperti pemilik kedai itu kerana pemakaiannya yang berbeza dengan pekerja-pekerja lain di kedai itu.
YOU ARE READING
Endyna Daisha 2: THE CURE
ActionEndyna Daisha: 2nd series Endyna Daisha, satu-satunya anak perempuan kepada pasangan Edwan Malik dan Hawa Dalilah. Prinsip hidupnya? 'AN EYE FOR AN EYE'. Selepas selesai membalas dendam demi arwah tunangnya, dia kembali bekerja sebagai ejen untuk...