BAB 12

117 13 12
                                    


            " Kau nampak Dyna tak?" Soal Azieq kepada Fahrin yang sedang melakukan kerjanya.

" Tak.." jawab Fahrin.

" Kau? Nampak Dyna?" Soal Azieq kepada Nayra pula.

" Tak, kenapa tanya? Rindu?" Soal Nayra, selamba.

" Kau tahu dia pergi mana?" Soal Azieq lagi. Soalan Nayra dibiarkan tanpa jawapan.

" Tak." Jawab Nayra, ringkas.

" Eh, kau dengan dia serumah kan?" Soal Azieq, mendatar.

" Ya.. tapi dia tak balik semalam. Last aku jumpa dia pagi tu, sebelum dia keluar." Kata Nayra.

" Dyna ada bagitau dia pergi mana?" Soal Azieq lagi.

" Banyak soalan lah kau ni. Dia cuma cakap dia nak jumpa kawan dia. Takkan kau tak tahu? Bukan ka dia keluar dengan kau?"

" Mana ada. Aku tak jumpa dia lagi kelmarin. Kenapa dia kena keluar dengan aku pula?" Soal Azieq, keliru.

" Mana lah aku tahu. Selalunya korang berdua berkepit aje macam pasangan suami isteri. Aku tak tanya pula dia pergi jumpa kawan mana, aku ingatkan dia keluar dengan kau." Kata Nayra.

" Lain kali tanya dia lah. Ini dah pukul berapa tak masuk kerja lagi. Dah la tak bagitau pergi mana." Marah Azieq.

" Kau ingat kau suami dia ka, kena bagitau dia pergi mana? Biar lah dia nak pergi mana pun." Kata Nayra, selamba.

" Ya, tapi sekarang waktu kerja." Kata Azieq.

" Korang cari Dyna ke?" Sampuk Ayish.

" Ya, best friend kau ni tercari-cari mana perginya buah hati dia." Balas Nayra, selamba.

" Buah hati?" Soal Fahrin, sendiri. Dia sedikit terkejut selepas mendengar apa yang keluar dari mulut Nayra.

" Buah hati? Bukan ka dia dah ada boyfriend?" Sampuk Ameer yang baru sahaja masuk ke dalam pejabat itu.

"Boyfriend?!" Soal Fahrin, terkejut.

" Ya.. aku jumpa dia dekat hospital kelmarin. Aku ingatkan dia nak jumpa Carla, tapi dia cakap dia nak jumpa boyfriend dia.." kata Ameer.

" Sejak bila dia ada boyfriend? Tak pernah bagitau aku pun.." soal Fahrin, sedikit kecewa.

" Entah, boyfriend dia doktor dekat situ.." kata Ameer.

" Perh.. tapi mana kau tahu?" Soal Nayra.

" Aku terserempak dengan diorang.. boyfriend dia panggil dia ayang, waktu tu lah terkantoi.." jawab Ameer.

" Ayang? Eh jap, nama doktor tu Fairuz?" Soal Fahrin.

" Ya.. mana kau tahu?" Soal Ameer.

" Ouh.. patut lah.. Azieq, jangan risau, kejap lagi dia datang la tu.." kata Fahrin sambil menepuk-nepuk bahu Azieq.

Mereka terus mengerutkan kening. Mereka memasang wajah yang tertanya-tanya selepas Fahrin berkata sebegitu.

" Kau kenal dia?" Soal Nayra kepada Fahrin.

" Kenal.. kenal sangat." Kata Fahrin.

" Korang borak apa?" Sampuk Dyna.

" Terkejut kite.." kata Ayish sedikit terkejut dengan sampukkan Dyna yang entah datang dari mana.

" Dyna... Dyna pergi mana semalam? Kenapa tak balik rumah?" Soal Nayra.

" Dah pukul berapa ni? Kau ingat office ni bapak kau punya ke? Sesuka hati aje nak masuk lambat." Sampuk Azieq, mendatar.

Endyna Daisha 2: THE CURE Where stories live. Discover now