BAB 24

209 20 4
                                    


            Azieq membuka matanya. Lengannya terasa sangat kebas. Aaron sedang tidur sambil kepalanya di atas lengan Azieq.

" Good morning" Tegur Carla selepas melihat Azieq sedar dari lenanya.

Azieq menolak kepala Aaron dari lengannya. Aaron terkejut lalu terbangun dari tidurnya.

" Apa yang jadi?" Soal Aaron, terkejut.

" Kau tidur atas tangan aku, habis kebas." Kata Azieq, mendatar.

" Ouh ya eh? Aku ingatkan bantal.. selesa betul." Kata Aaron.

Azieq terus menghantar jelingan kepada Aaron.

Azieq dan Aaron berjaga semalaman untuk menjaga Carla semasa ketiadaan Dyna. Mereka berdua terlalu penat sehingga tertidur di sofa wad tersebut.

" Tadi akak Dyna ada datang.." kata Carla.

" Bila?" Soal Azieq.

" Waktu korang tidur.. dia datang bawakan makanan. Tapi dia tak datang sorang-sorang " Kata Carla.

" Dia datang dengan siapa?" Soal Aaron pula.

" Entah la tak kenal.. kawan dia maybe" Jawab Carla.

" Kenapa tak kejut kitorang?" Soal Azieq.

" Dia cakap dia kesian tengok korang tidur berpelukkan. Nampak macam penat sangat. So dia tak kejut la. Lagipun dia datang kejap aje untuk hantar makanan." Jawab Carla.

" Ada tanya dia pergi mana?" soal Aaron.

" Dia cakap dia ada kerja sikit. Dia suruh dengar cakap uncle dengan abang Azieq. Dia juga suruh makan makanan yang dia bawa bila korang dah bangun. Carla dah makan tadi."

" Ouh.." Kata Aaron.

" Kawan dia, lelaki atau perempuan?" Soal Azieq.

" Perempuan.." Jawab Carla.

" Kalau lelaki pun kenapa? Jealous?" Soal Aaron kepada Azieq.

" Bukan lah. Saja tanya." Kata Azieq.

" Ceh, jealous la tu.." Kata Aaron, sambil menayangkan senyuman mengejek.

" Pergilah mandi. Busuk." kata Azieq sambil menutup hidungnya.

" Wangi lah, sini cuba bau" kata Aaron sambil mendekatkan dirinya.

" Stay away from me." Kata Azieq. Dia juga menolak Aaron.

" Hahahaha" Aaron ketawa sebelum dia pergi untuk membersihkan diri.








         Azieq mencapai telefon pintarnya. Dia membuka mesej yang dihantarnya semalam tetapi masih tiada jawapan daripada Dyna.

" Tak balas. Kalau ya pun, buka dan baca la.. ini biarkan aje mesej tu." Kata Azieq, sendiri.

Dia terus mendail nombor Dyna. Selepas beberapa saat, panggilan tersebut dijawab.

" Kau dekat mana? Kenapa tak balas mesej aku? Kau pergi mana semalam?" Soal Azieq, mendatar.

" Dyna busy.." Kata suara garau dari sebalik telefon.

" Kau siapa? Mana Dyna?" Soal Azieq, hairan.

" Aku.. aku alien yang datang menakluki bumi, demi menangkap Azieq Eizzani. Aku kan tiba tak lama lagi, hashtags Dyna tengah busy." Jawab Rezza, selamba sambil mengikut irama lagu BoBoiBoy.

Azieq terus mengerutkan keningnya.

" Siapa kau ni? Macam mana kau tahu nama aku?" soal Azieq lagi.

" Kau buat apa dengan phone aku Rezza?" Kedengaran suara Dyna dari sebalik telefon.

Endyna Daisha 2: THE CURE Where stories live. Discover now