" Kau nak pergi mana pagi-pagi ni? Kerja? Cuti kan?" Soal Ameer kepada Azieq.
" Ada hal sikit." Jawab Azieq.
" Hal apa? Sejak bila kau busy sangat?" sampuk Fahrin.
" Sejak kawan baik kau tu menghilang, balik semenanjung lepastu tak jumpa jalan pergi kerja. Dah aku gerak dulu" Kata Azieq, mendatar.
Dia terus berjalan pergi.
" Kau taknak breakfast dulu ke?" Soal Ameer.
Azieq tidak menghiraukan Ameer. Dia terus melangkah pergi meninggalkan Ameer dan Fahrin.
" Tapi aku dah masak.." Kata Ameer, perlahan sahaja suaranya.
" Jangan risau, aku ada untuk habiskan masakkan kau. Kau masak apa harini?" Soal Fahrin.
" Menu harini, nasi goreng penawar.." Jawab Ameer.
" Penawar?" Soal Fahrin, pelik dengan nama masakkan Ameer.
" Yupp, kalau kau makan, nasi tu akan jadi penawar hati kau. Baru la kau tak broken dan dingin aje macam Azieq tu." Kata Ameer, selamba.
Fahrin terus melepaskan ketawa selepas mendengar penerangan Ameer.
" Aku dah bunuh siapa? Siapa yang ada lawyer dalam family dia? Selalunya aku bunuh penjahat aje. Bukannya orang tak bersalah." Gumamnya sendiri.
Dyna menatap skrin komputer ribanya. Dia mengkaji semula maklumat setiap orang yang dia pernah bunuh.
" Eh dia.. tapi aku tak bunuh dia.. dia yang tak dapat bertahan.." kata Dyna selepas dia membaca maklumat seseorang yang dikenalinya.
Tiba-tiba, telefon pintarnya berbunyi menandakan ada panggilan yang masuk. Dyna terus menjawab panggilan tersebut.
" Hello?" Soal Dyna.
" Restaurant Tomyam'ZKaw, pukul 1, meja hujung sekali waktu kau jalan masuk." Kedengaran suara garau seseorang dari sebalik telefon.
" Hah? Kau siapa?" soal Dyna, hairan.
" Jangan lambat. Dia akan tunggu kau sampai pukul 1:15." kata suara garau itu lagi.
Panggilan tersebut terus dimatikan.
Dyna mengerutkan keningnya. Dia menayangkan wajah yang tertanya-tanya.
" Dyna.." panggil Alice. Dia juga mengetuk pintu bilik Dyna dahulu sebelum dia masuk ke dalam.
" Ya?" Soal Dyna.
" Kau masih cari orang tu?" Soal Alice. Dyna menganggukkan kepalanya.
" Sudah la Dyna.. dari semalam sebelum aku tidur, sampai sekarang kau menghadap aje skrin laptop tu. Kau tak sakit mata ke? Rehat la Dyna.." Kata Alice.
" Ya nanti dah habis ni aku rehat.." Kata Dyna.
" Kau tak penat ke? Aku tengok kau, aku yang penat." Kata Alice.
" Masih tak penat lagi. Kau tak pergi kerja ke?" Soal Dyna.
" Aku nak pergi la ni... Sudah la tu Dyna, kau tak tidur lagi kan? Tidurlah sementara kau tak pergi kerja. Kalau kau nak makan, aku ada beli breakfast pagi tadi. Nanti makan lah." Kata Alice.
" Yaa, kejap lagi aku stop, lagipun aku nak keluar juga kejap lagi." Kata Dyna.
" Pergi mana?" Soal Alice.
YOU ARE READING
Endyna Daisha 2: THE CURE
ActionEndyna Daisha: 2nd series Endyna Daisha, satu-satunya anak perempuan kepada pasangan Edwan Malik dan Hawa Dalilah. Prinsip hidupnya? 'AN EYE FOR AN EYE'. Selepas selesai membalas dendam demi arwah tunangnya, dia kembali bekerja sebagai ejen untuk...