Dia membuka matanya, tetapi dia tidak dapat melihat apa-apa. Pandangannya sangat gelap. Dia cuba untuk mengerak-gerakkan badannya, namun tidak berjaya. Badannya terasa sempit.
" Tolong!" Jeritnya, cuba untuk meminta pertolongan.
Namun, pemintaannya hanya sia-sia.
Dia cuba untuk mengerak-gerakkan tangannya. Tetapi tidak berjaya kerana diikat.
" Aku dekat mana ni?" Soalnya, cemas.
Sekali lagi dia mengerakkan badannya. Dia dapat merasakan dia sedang berada di dalam ruangan yang sangat kecil.
" Takda guna kau minta pertolongan. Takda siapa boleh tolong kau, Johnson." Kata seorang lelaki, sinis.
" Si -siapa kau?! Lepaskan aku lah!" Marah, Johnson.
" Hahaha... Uncle John.. uncle kesayangan Carla. Driver terbaik Dato David." Kata lelaki itu.
" Kau siapa? Macam mana kau tahu nama aku?!" Soal Johnson.
" Mesti lah aku tahu... Kau tahu tak, kau sekarang jadi buruan polis. Orang ingat kau lah yang bunuh keluarga Dato David. Haha"
" Aku tak bunuh! Kenapa aku kena bunuh anak boss aku sendiri?! Orang bodoh aje buat macam tu." Kata Johnson.
" Hahaha.. aku tahu bukan kau yang bunuh. Sebab aku lah orang tu. Kau duduk dalam tu diam-diam ya.. jangan mati dulu. Aku perlukan kau untuk bantu aku nanti." Kata lelaki itu.
" Aku dekat mana?! Keluarkan aku!" Marah Johnson.
Lelaki itu tersenyum sinis sebelum dia pergi meninggalkan Johnson terkurung di dalam kotak kayu.
Tok, Tok, Tok. Kedengaran bunyi pintu bilik Dyna diketuk seseorang dari luar.
" Dyna.." panggil Lissa.
" Ya?" Soal Dyna. Dia terus menghampiri pintu bilik lalu membukanya.
" Ada orang datang.." kata Lissa.
" Siapa?" Soal Dyna.
" Husband Dyna la.." kata Nayra, selamba.
Dyna mengerutkan keningnya.
' sejak bila aku kahwin?' soalnya didalam hati.
" Dyna dah siap ke? Pergi la cepat, Azieq tengah tunggu dekat luar.." kata Lissa.
" Azieq?!" Soal Dyna, sedikit terkejut.
" Ya.." kata Lissa.
" Dah kenapa sampai datang rumah ni?" Soal Dyna.
" Entah.." jawab Lissa.
" Gila la jantan tu. Hmm.. Dyna ambil barang kejap" kata Dyna. Dia terus mengambil barangnya.
" Kau makan apa pagi tadi? Tiba-tiba datang sampai rumah." Soal Dyna kepada Azieq.
" Makan nasi goreng yang Ameer masak. Lagipun, lagi senang kalau aku ambil kau. Nanti terus aje pergi office puan Amber. Daripada menunggu kau datang office, baik aku jemput jah." Kata Azieq.
" Faham.. eh, mana Ayish? Dia cakap nak ikut.." soal Dyna.
" Ada, dalam kereta.." jawab Azieq.
" Ouh..." Mereka terus berjalan pergi.
Nayra dan Lissa hanya melihat Dyna dan Azieq dari jauh. Mereka berdua terus tersenyum.
" Sejak bila Azieq macam tu weh?" Soal Nayra.
YOU ARE READING
Endyna Daisha 2: THE CURE
ActionEndyna Daisha: 2nd series Endyna Daisha, satu-satunya anak perempuan kepada pasangan Edwan Malik dan Hawa Dalilah. Prinsip hidupnya? 'AN EYE FOR AN EYE'. Selepas selesai membalas dendam demi arwah tunangnya, dia kembali bekerja sebagai ejen untuk...