Dyna mengemas barangnya. Komputer ribanya dicapai lalu dimasukkan ke dalam beg. Dia juga mencapai gambar berbingkai yang diambil bersama-sama arwah tunangnya iaitu Eiman Zikry. Gambar itu ditatap sayu.
" Perlukah saya cari seseorang untuk dicintai? Seseorang yang mampu mencintai saya seperti awak. Patutkah saya?" Soal Dyna sambil memandang gambar berbingkai itu.
Tok, Tok, Tok
Tiba-tiba, pintu biliknya diketuk seseorang dari luar.
Rafeeq membuka pintu bilik Dyna lalu masuk menghampiri Dyna. Dia duduk bersebelahan Dyna.
" Gambar Eiman?" Soal Rafeeq apabila dia melihat Dyna sedang memegang gambar berbingkai itu.
" Hmm" balas Dyna.
" Raf nak pesan something ni.." kata Rafeeq.
" Apa tu?"
" Dyna nak pergi Sabah kan.. nanti dekat sana jaga lah diri. Jangan nakal-nakal. Dyna dekat tempat orang, Dyna taktahu jalan dekat sana. Pastikan ikut arahan ketua dan pasukan baru Dyna.. Raf dan yang lain tak mampu nak jaga Dyna kalau dekat sana. Yang paling penting, jangan mudah percayakan orang.. dan jangan sampai tercedera." Pesan Rafeeq, lembut.
" Yaa.. Dyna janji Dyna jaga diri. Raf jangan risau, Dyna ni budak baik." Kata Dyna, sambil tersenyum.
" Jangan cari pasal dengan musuh sangat, risau jadi apa-apa nanti." Kata Rafeeq.
" Kan memang tugas Dyna. Raf jangan risau lah.. Dyna ok aje.." kata Dyna.
" Bukan tentang Dyna, Raf tahu Dyna akan ok kalau berlawan. Raf risau banyak orang masuk hospital aje lepas jumpa Dyna. Yang lagi teruk, tak pasal-pasal diorang kena gali kubur setiap hari." Kata Rafeeq.
" Hahahaha, tak... Dyna tak berkasar. Nanti Dyna tumbuk-tumbuk manja aje.. sakit macam kena gigit semut aje nanti." Kata Dyna.
" Ceh" kata Rafeeq sambil menjeling Dyna.
" Betul la.. oh ya, Raf tak pergi kerja ke?" Soal Dyna.
" Kejap lagi Raf pergi.. Dyna tak masuk kerja ke? Pagi-pagi dah kemas barang. Excited betul yaa"
" Mana ada excited. Risau ada la. Dyna kemas ni sebab kejap lagi nak pergi kemas barang dekat office pula. Barang dekat sana lagi banyak dari barang ni." Ujar Dyna.
" Ouh.. ha kemas cepat. Kejap lagi dah habis kemas turun bawah, breakfast." Kata Rafeeq.
" Yaa baik" kata Dyna.
Selepas selesai bersarapan, Dyna terus ke pejabat SPAJR dengan memandu kereta.
Audi R8 nya diparkir sebelum dia melangkah masuk ke dalam pejabat.
" Dyna kuuuu" tegur Fahrin sebaik sahaja dia ternampak Dyna.
Dyna menghentikan langkahnya. Keningnya dikerutkan. Dia terus menjeling Fahrin dengan jelingan yang tajam.
" Apa jeling-jeling?" Soal Fahrin.
" Kau dah siap kemas ke?" Soal Dyna. Soalan Fahrin tadi dibiarkan tanpa jawapan.
" Belum.." jawab Fahrin.
" Ouh, dah makan ke?" Soal Dyna lagi.
" Belum.." jawab Fahrin.
" Semua belum, apa yang kau buat dari tadi hah?" Soal Dyna, mendatar.
" Jangan la marah.. aku baru sampai la tadi.. lepastu aku tolong Kyle buat kerja sikit. Aku ingat nak tunggu Rezza, aku nak ajak dia breakfast sekali.. tapi sampai sekarang dia tak datang lagi.." kata Fahrin, dia mencebikkan mulutnya.
YOU ARE READING
Endyna Daisha 2: THE CURE
ActionEndyna Daisha: 2nd series Endyna Daisha, satu-satunya anak perempuan kepada pasangan Edwan Malik dan Hawa Dalilah. Prinsip hidupnya? 'AN EYE FOR AN EYE'. Selepas selesai membalas dendam demi arwah tunangnya, dia kembali bekerja sebagai ejen untuk...