BAB 4

125 18 7
                                    

               Dyna membuka matanya, tetapi dia tidak dapat melihat kerana padangannya sangat gelap. Dia dapat merasakan sesuatu menutup matanya. Tidak terlalu kasar, lembut, dan licin. Sah, kain.

Dia juga cuba untuk menggerakkan badannya, tetapi tangannya diikat. Kakinya pula dibiarkan bebas. Mulutnya juga dibiarkan bebas.

" Aku dekat mana ni? " Bisiknya.

Dyna cuba untuk mengerak-gerakkan tangannya. Dia cuba untuk membuka ikatan, tetapi tidak berjaya.

Tiba-tiba, kedengaran suara seseorang menjerit meminta pertolongan.

" Tolong !!!! "

" Fahrin? " Soal Dyna, selepas mendengar suara Fahrin melaung meminta pertolongan.

" Dyna? " Soal Fahrin pula, apabila mendengar suara Dyna.

" Kau ok ke?" Soal Dyna.

" Aku ok, tapi aku tak nampak apa-apa Dyna! Aku dah buta ke?! Habislah akuuu! "

" Otak kau! Kau ingat kau sorang aje ke yang tak nampak? Aku pun sama la. Mata kita kena tutup dengan kain." Kata Dyna, mendatar.

" Ohh ya ke? Tapi kenapa aku tak rasa apa-apa pun yang tutup mata aku?" Soal Fahrin.

" Mata kau tak kena tutup? Tangan kau kena ikat tak?" Soal Dyna pula.

Fahrin mengerakkan tangannya, dia juga mengerakkan badan dan kakinya. Bebas, tiada yang diikat.

" Tak pun. Aku boleh bercakap, tangan tak kena ikat, kaki aku boleh gerak, tapi aku tak boleh melihat Dyna! Sah aku buta!" Kata Fahrin.

" Mata kau sekarang tertutup ka terbuka?" Soal Dyna lagi.

" Tertutup" jawab Fahrin, jujur.

" Bodoh. Buka mata kau la gila! Macam mana kau nak melihat kalau mata kau tertutup?!" Marah Dyna, tetapi tidak meninggikan suaranya.

" Oh ya tak ya juga eh" kata Fahrin. Dia membuka matanya.

" Wahh! Aku dah boleh melihat Dyna! " Kata Fahrin sambil tersenyum apabila dia dapat kembali melihat.

" Bagus, kau nampak aku tak?" Soal Dyna.

" Nampak.." jawab Fahrin. Dia terus bangun lalu menghampiri Dyna yang sedang diikat di atas kerusi.

" Cakk ! " Kata Fahrin, selamba selepas membuka balutan kain yang menutup pandangan Dyna.

Dyna terus menjeling Fahrin.

" Kau ingat aku budak-budak ke nak main cak cak ni?" Soal Dyna, mendatar.

" Hehehe "

" Buka ikatan aku cepat" arah Dyna. Tanpa membuang masa, Fahrin terus membuka ikatan tali yang mengikat tangan Dyna.

" Kita dekat mana ni Dyna?" Soal Fahrin.

" Aku tak pasti.. " jawab Dyna sambil memeriksa keadaan sekeliling.

Dyna dan Fahrin berada di dalam ruangan kosong. Gelap kerana tiada lampu, tetapi mereka masih dapat melihat sekeliling kerana cahaya matahari yang menembusi lubang-lubang kecil dinding.

" Cuba cari jalan keluar Fahrin" arah Dyna.

" Yaa baik. Tapi kan, tak pelik ke?" Soal Fahrin.

" Pelik? Kenapa?"

" Kenapa kau kena ikat dekat kerusi, mata kau pula ditutup. Padahal aku tak." Ujar Fahrin.

" Shush " kata Dyna. Fahrin terus menutup mulutnya.

Endyna Daisha 2: THE CURE Where stories live. Discover now