Azieq dan Dyna menyusuri jalan raya ke restaurant berhampiran untuk membeli makanan. Azieq memandu kereta Aaron dengan cekapnya manakala Dyna duduk di kerusi penumpang.
" Ehem ehem" kata Dyna untuk menarik perhatian Azieq kerana mahu memulakan perbualan.
" Kenapa?" Soal Azieq.
" Aku nak tanya something boleh?" Soal Dyna.
" Tanya la.." Kata Azieq.
" Kenapa kau tak bagi aku drive?" Soal Dyna.
" Kau betul-betul nak tahu?" Soal Azieq pula.
" Ya.. kenapa?"
" Aku taknak bagitau.. biar lah aku drive.." Kata Azieq, selamba.
Dyna terus menghantar jelingan kepada Azieq. Dyna memuncungkan mulutnya lalu membuang pandangannya ke luar. Merajuk.
" Merajuk la tu.." Kata Azieq selepas melihat wajah Dyna.
Dyna tidak menghiraukan kata-kata Azieq. Dia hanya mendiamkan diri.
" Jangan merajuk.. nanti dah tak comel.. aku bukan taknak bagi kau drive, tapi kan aku dah pernah cakap sebelum ni, selagi aku masih ada, aku akan drive untuk kau." kata Azieq, lembut.
" Apa function lesen kereta aku kalau kau tak bagi aku drive? Aku pun nak drive juga.." Kata Dyna.
" Aku nak kau jadi passenger princess aku. Lagipun aku cepat mengantuk, aku taknak tidur bila kau drive. Aku takut kau bosan bila kau drive dan aku tengah tidur waktu tu. Kalau aku drive dan kau tidur, aku ok aje." Kata Azieq, lembut.
" Tak habis-habis dengan princess. Si Khai princess ketot, yang ini passenger princess. Kita ni bukannya budak-budak kecik lagi." Kata Dyna, perlahan. Tetapi Azieq masih dapat mendengarnya.
" Aku tak gelar kau princess la.. aku pun taknak panggil kau princess.. takkan aku nak ambil gelaran yang abang kau bagi dekat kau kan?" Sampuk Azieq.
" Hah?" Soal Dyna, sedikit terkejut.
' Macam mana dia tahu Khai tu abang aku?' Soal Dyna, di dalam hati.
" Aku panggil kau cinta lah. Cinta hati Azieq.." Kata Azieq, selamba.
" Hah?! Apa maksud kau?" Soal Dyna, terkejut dengan kata-kata Azieq.
" Hahahaha kau patut tengok muka kau.. dah macam beruk terkejut kau tahu? Hahahaha" Kata Azieq, selamba sebelum dia melepaskan ketawa.
" Jahat dho kau.." Kata Dyna sambil menjeling Azieq.
" Hahaha gurau lah.. jom la turun, kita makan dulu.. aku belanja." kata Azieq selepas dia memarkir kereta.
Dyna menjeling Azieq. Dia terus keluar dari kereta lalu mereka berdua berjalan masuk ke dalam restaurant itu.
" Kau nak beli apa untuk Carla? Mushroom soup?" Soal Azieq kepada Dyna.
" Ya.. mana kau tahu?" Soal Dyna.
" Aku teka aje.. kau nak makan apa?"
" Aku lapar.." Kata Dyna sambil mengusap perutnya.
" Ya aku tahu.. order la makanan, aku belanja.." Kata Azieq.
" Tapi aku taktahu nak makan apa.." Kata Dyna sambil mencebikkan mulutnya.
Azieq terus menepuk dahinya.
YOU ARE READING
Endyna Daisha 2: THE CURE
ActionEndyna Daisha: 2nd series Endyna Daisha, satu-satunya anak perempuan kepada pasangan Edwan Malik dan Hawa Dalilah. Prinsip hidupnya? 'AN EYE FOR AN EYE'. Selepas selesai membalas dendam demi arwah tunangnya, dia kembali bekerja sebagai ejen untuk...