BAB 3

136 17 10
                                    

Dyna memandang dirinya di hadapan cermin. Senyuman dibibir terukir sebelum dia mencapai kunci keretanya.

" Uii, diorang dah tunggu dekat bawah. Dah siap ke?" Tegur Rafeeq yang baru sahaja masuk ke dalam bilik Dyna.

" Dah.." jawab Dyna.

Mereka berdua terus turun ke tingkat bawah. Kelihatan Sam, Khai, Fairuz, Zackry dan Fahrin sedang menunggu mereka.

" Dah jom gerak, nanti tertinggal flight pula." Kata Rafeeq.

Mereka mengangguk lalu bergerak bersama-sama pergi ke lapangan terbang.




Selepas beberapa minit perjalanan, mereka pun tiba di lapangan terbang.

Dyna mengeluarkan barangnya sambil dibantu oleh Khai dan Rafeeq. Manakala Sam, Zackry dan Fairuz membantu Fahrin mengeluarkan barangnya.

Hari ini Dyna dan Fahrin akan bergerak ke Sabah selepas ditukarkan.

Kelihatan Tuan Nizam dan ejen-ejen lain sedang menunggu mereka sebaik sahaja mereka masuk ke dalam.

" Dyna! " Tegur Rezza sebaik sahaja dia ternampak Dyna berjalan menghampiri mereka.

" Mamat gila tu lagi." Kata Khai, perlahan.

" Mamat gila tu best friend adik kau tau" bisik Zackry kepada Khai.

" Eyy, patut la adik aku makin gila. Aku ingat dia berjangkit dari kau" kata Khai, selamba.

" Berjangkit dari kau lah, dasar otak petak." Kata Zackry, selamba.

Khai terus menghantar jelingan kepada Zackry.

" Tuan sampai pukul berapa tadi?" Soal Dyna.

" Baru aje sampai. Oh ya, bila dah sampai sana, akan ada ejen yang akan bawa kamu berdua. " Kata Tuan Nizam.

" Baik.. tapi, diorang ada bagitau tak misi apa yang kitorang akan dapat?" Soal Fahrin pula.

" Tak pasti.. tapi bukan hanya satu misi, itu yang saya tahu." Jawab Tuan Nizam.

" Hmm.. berapa orang ahli pasukan yang kitorang dapat?" Soal Fahrin lagi.

" Sembilan ahli yang ada sekarang, campur kamu berdua jadi lah sebelas. Oh ya, pangkat diorang semua inspektor. Jadi, bila kamu bekerja di sana, pangkat kamu juga akan bertukar jadi inspektor." Ujar Tuan Nizam.

" Wo wo, macam tu ja naik pangkat?" Soal Fahrin, sedikit terkejut.

" Itu cuma gelaran la.. kita masih ejen JR. Kalau jadi ejen SR memang pangkat inspektor, untuk kekalkan pangkat, kita kena jayakan misi 5 kali berturut-turut dan kekal dalam pasukan SR." Sampuk Kyle.

" Mana kau tahu ni?" Soal Fahrin.

" Tadi Tuan Nizam dah bagitau aku." Jawab Kyle.

" Yaa, betul." Kata Tuan Nizam.

" Kalau saya kembali ke pasukan JR, pangkat saya akan dibuang?" Soal Fahrin.

" Tak, kau tetap ada pangkat inspektor. Bukan pasukan SR saja yang dapat pangkat inspektor, ejen JR pun boleh.." Jawab Ayie.

" Oh faham.." kata Fahrin.

" Eh Dyna, abang-abang kau panggil" sampuk Rezza.

Dyna terus menghampiri abang-abangnya.

" Hiks, hiks.." kedengaran suara tangisan Khai.

" Dah kenapa tu?" Soal Dyna sebaik sahaja dia melihat keadaan Khai.

Endyna Daisha 2: THE CURE Where stories live. Discover now