Kemeja berwarna maroon disarung kemas. Dyna memandang dirinya di hadapan cermin sebelum senyuman dibibir terukir menandakan dirinya berpuas hati dengan penampilannnya. Simple dan kemas.
Kunci kereta dicapai sebelum dia melangkah keluar dari biliknya.
" Good morning Dyna" sapa Lissa, lembut sahaja suaranya.
" Good morning too akak Lissa" balas Dyna sambil tersenyum.
Dyna tinggal bersama-sama dengan Lissa dan Nayra. Disebabkan Lissa dan Nayra lebih tua dari Dyna, jadi dia menggunakan gelaran 'akak' sebagai tanda hormat.
" Dyna tak bawak barang? " Soal Nayra sebaik sahaja dia melihat Dyna hanya membawa beg tangannya dan kunci kereta sahaja.
" Barang? Maksud akak?" Soal Dyna, tidak mengerti.
" Laptop, atau perhiasan untuk Dyna hias pejabat Dyna.. " jawab Nayra.
" Ouhh, laptop Dyna bukan untuk kerja. Untuk tengok movie aje.. kalau perhiasan tu, Dyna tak minat hias meja." Jawab Dyna.
" Ouhh dia macam Azieq la.. tak suka barang atas meja. Bak kata dia, barang banyak semak kepala. Agituu" sampuk Lissa, selamba.
" Ouhh, tapi Azieq ada letak gambar siapa tah atas meja dia" kata Nayra.
" Ya? Aku tengok meja dia kosong aje. Bersih, kalau sentuh habuk pun takda. The real taknak meja bersepah." Kata Lissa pula.
" Tapi aku semak tengok muka dia. Dengan muka kerek dia tu, rasa nak lempar pergi Korea Utara." Kata Nayra, selamba.
" Hahahaha ya dhoo, muka kerek dia buatkan kita rasa nak lempang dia." Kata Lissa, selamba.
" Errr, akak..." Sampuk Dyna. Dia mengerutkan keningnya selepas mendengar kata-kata yang spontan keluar dari kedua-dua mulut housemates nya itu.
" Eh, aku lupa ada Dyna. Kau la ni Nayra, tak baik mengumpat orang pagi-pagi. Haishh, berdosahh!" Kata Lissa sambil menampar bahu Nayra.
" Eh dia pun dua kali lima aje." Kata Nayra sambil memegang bahunya yang ditampar oleh Lissa.
" Takpa.. kita-kita aje yang tahu.." kata Dyna dalam keadaan berbisik.
" Tapi kan Dyna, betul la apa yang kitorang cakap. Dyna hati-hati tau, si Azieq tu acah cool. Berlagak ja lebih. Dyna juga jangan buat dia marah, kalau dia marah, singa pun nangis. Dah macam gorilla! Ini pula Dyna berpartner dengan dia.. uishh habis la kalau terbuat dia marah. " Kata Nayra.
" Eh kau ni, jangan buat dia takut. Dia baru aje nak bekerja harini. Kejap lagi kang, tak jadi misi." Sampuk Lissa.
" Hehehe aku pesan aje.. dah la jom breakfast" kata Nayra.
Dyna menganggukkan kepalanya sambil tersenyum. Dia mengikuti langkah Nayra dan Lissa untuk bersama-sama bersarapan sebelum bergerak ke tempat kerja untuk bekerja.
" Wahh, akak masak?" Soal Dyna, teruja melihat nasi goreng cina yang terhidang di atas meja.
YOU ARE READING
Endyna Daisha 2: THE CURE
ActionEndyna Daisha: 2nd series Endyna Daisha, satu-satunya anak perempuan kepada pasangan Edwan Malik dan Hawa Dalilah. Prinsip hidupnya? 'AN EYE FOR AN EYE'. Selepas selesai membalas dendam demi arwah tunangnya, dia kembali bekerja sebagai ejen untuk...