9

40 7 3
                                    

"Aku terima nikahnya Nurul Aisyah Sofia binti Osman dengan mas kahwin RM300 tunai"

"Sah?" Tanya tok kadi kepada saksi yang hadir.

Sebaik sahaja saksi mengangguk setuju dengan akad nikah tersebut, maka sempurnalah pernikahan di antara Hanif dan Aisyah, sekali gus menjadikan mereka pasangan suami isteri yang sah.

Aisyah ingin menjerit. Bukan ini yang dia mahukan! Bukan Hanif yang berada di hati! Masa kan dia mahu menerima lelaki itu sebagai suami setelah apa yang Hanif telah lakukan kepada dia?

Hanif tersenyum gembira. Akhirnya, tiada siapa yang boleh pisahkan dia dan Aisyah. Hatinya berbunga-bunga melihat wajah kekasih hati.

Aisyah merintih dalam hati. Tak sanggup dia ingin hidup dengan lelaki seperti Hanif. Dia merasakan seperti ingin keluar dan berlari jauh daripada semua orang.

Sesuai sahaja majlis akad nikah tamat, mereka mula memulakan perjalanan ke rumah Aisyah. Dalam tempoh tujuh hari sahaja, Asma berjaya mendapatkan bahan-bahan mentah yang cukup untuk membuat jamuan secara kecil-kecilan.

Mana kan tidak? Dia juga terkejut besar apabila mendapat tahu yang anaknya itu ditangkap berkhalwat di sebuah chalet. Walaupun perasaannya pada ketika itu bercampur antara marah dan kecewa, dia sebagai seorang ibu perlu menerima perancangan Tuhan.

Asma tahu ada sesuatu yang akan berlaku sejurus selepas Aisyah pergi bertemu Irdina. Tetapi, dia cuba menenangkan dirinya dan berfikir tentang positif sahaja. Istighfar diucap berkali-kali saat melihat anak gadisnya terbaring di atas katil tanpa seurat benang di tubuh.

Namun dia bersyukur kerana tiada siapa di kampung ini tahu akan apa yang berlaku. Ini juga memudahkan Asma untuk menjawab setiap soalan yang akan ditanya oleh orang sekeliling.

"Senyum lah sikit, sayang," ujar Hanif.

Baru hari pertama bergelar isteri, Aisyah sudah meluat dengan perangai Hanif. Dia cuba untuk mencari kesabaran. Istighfar tak henti-henti diucap secara Insiden seminggu yang lalu masih segar di fikiran membuatkan dia betul-betul membenci lelaki yang sekarang sudah menjadi suaminya.

"Kau jangan nak sentuh-sentuh aku. Aku jijik dengan kau," marah Aisyah seraya menepis tangan Hanif yang ingin mencuit dagunya.

"Jijik? HAHAHAHAHAHA! Kenapa sayang nak rasa jijik? Bukannya abang letak ludah pun dekat tangan abang ni," sinis Hanif.

Matanya masih fokus di atas jalan sementara Aisyah hanya memandang kosong ke arah Hanif. Tidak percaya rasanya apabila lelaki itu berkata sedemikian rupa.

Tak jijik? Bagi Hanif, mungkin ya. Tapi, tak bagi Aisyah! Wanita itu sangat-sangat jijik dengan Hanif! Terasa seperti mahu mencekik Hanif dari arah sisi!

"Sayang...."

"Kau jangan nak sayang-sayang kan aku lah kalau kau sendiri pun tak tahu apa maksud sebenar sayang tu!"

Hanif memberhentikan kereta di bahu jalan. Cuaca panas-panas begini, mudah sahaja membuatkan lelaki itu hilang sabar.

Wajah Aisyah yang cantik disolek makeup, sedikit sebanyak membuatkan Hanif tersenyum nipis. Pipi Aisyah dielus lembut walau isterinya itu menepis tangan miliknya .

"Aisyah, sayang.... Kita dah kahwin dah pun. Takkan lah sayang nak abang ceraikan sayang pula?"

"Ceraikan aku! Aku tak nak hidup dengan kau. Aku sayangkan Aathif seorang je!"

"Aisyah... Suami Aisyah ada dekat depan mata Aisyah tau. Mana boleh sebut-sebut nama lelaki lain," balas Hanif.

"Kau tak faham ke, Hanif?"

"Aisyah..." Panggil Hanif lembut. Riak wajah mula meluat dengan sikap Aisyah yang menyebut-nyebut nama Aathif.

"Aku tak nak hidup dengan kau, Hanif! Kau siapa, ha?! Tiba-tiba muncul dalam hidup aku! Aathif pun tak pernah buat macam ni dekat aku lah!" Tengking Aisyah.

"Aisyah!"

Laju sahaja Aisyah menghalang wajahnya dari ditumbuk Hanif. Degupan jantung terasa laju. Air matanya bertakung tatkala melihat Hanif yang sudah mengepal penumbuk.

"Kalau tangan aku ni dapat tumbuk muka kau, memang lebam aku kerja kan muka kau tu! Kau tak faham bahasa ke? Aku ni suami kau! Lupakan budak bodoh tu!" Marah Hanif. Urat-urat di dahi mula timbul akibat kemarahan yang membuak-buak.

Air mata mula mengalir perlahan membasahi pipi Aisyah. "Kau dah rogol aku, sekarang nak tumbuk aku pula?"

"Aku tak rogol kau sebab sengaja lah, Aisyah! Aku nak kau jadi hak milik aku. Kau ingat, aku tak tahu kau dengan si budak bodoh tu dah bertunang? Kau ingat, aku boleh berdiam diri ke? Kau memang bodoh! Kau tahu tak?"

Stereng kereta ditumbuk berkali-kali dengan kuat, meluahkan perasaan marah yang perlu dilepaskan. Seketika, Hanif senyap memandang ke luar cermin kereta.

Lamunanya disertakan dengan ketawa. Sinis sahaja ton suara lelaki itu. Aisyah mengerti, ada sesuatu yang sedang bermain di minda Hanif. Dan dia dapat merasakan bahawa sesuatu yang buruk bakal terjadi kepada dirinya nanti.

'Dah gila ke apa?' Getus Aisyah sendirian.

Nafas dihela perlahan. Butang on radio ditekan. Hanif perlu mengembalikan semula suasana gembira sebelum tiba di rumah mak mertua.

Kotak tisu diambil dari kerusi belakang sebelum diberikan kepada Aisyah.

"Nah, lap air mata tu. Kau kena nampak luar biasa hari ni sebab harini je semua orang boleh tengok kau cantik macam bidadari," ujar Hanif.

Nak tak nak, Aisyah kena ambil tisu yang diberikan. Kalau tidak, silap-silap, betul-betul si Hanif tumbuk mukanya.

"Apa yang sebenarnya kau nak daripada aku, Hanif?" Tanya Aisyah.

Hanif memusingkan badan menghadap Aisyah. Tangannya diletakkan di kusyen kepala, hampir-hampir memeluk Aisyah.

"Sayang," panggil Hanif. Pipi Aisyah dipegang dan dibawa menghadap wajah lelaki itu.

"Apa salah aku dekat kau, Hanif? Sampai kau buat aku macam ni?" Tanya Aisyah lagi.

"Aisyah, Aisyah. Dah lama aku pendam perasaan aku, Syah. Sejak aku jumpa kau dekat sekolah dulu, aku dah mula suka kan kau. Tapi kau? Berlagak. Sombong. Sibuk menggatal dengan Aathif. Jadi, sebelum Aathif kahwin dengan kau, it is better for me to marry you," jawab Hanif selamba.

Aisyah cuba untuk berdalih pandangan sebelum kepalanya ditarik menghadap semula ke Hanif.

"Aku tak nak kau rosakkan muka lawa kau tu. Kau kena senyum, kena tunjuk yang kau rela berkahwin dengan aku. Kalau tak, consequences will hit you hard," tambah Hanif lagi.

Dahi Aisyah dicium sebelum dia kembali ke posisi asal. Brek dilepaskan, menggerakkan kereta menuju ke rumah Asma.

Aisyah cuba untuk mengingat kembali memori zaman sekolah menengah. Air matanya ditahan supaya tidak tumpah membasahi pipi.

Semasa di sekolah menengah lagi, Aisyah dinobatkan menjadi Ketua Pembimbing Rakan Sebaya dan perlu mengendalikan kes-kes berat berkaitan pelajar-pelajar nakal di sekolah.

Di situ dia berjumpa dengan Aathif. Di situ juga dia berjumpa dengan ramai kenalan.

Mungkin kah Hanif pernah bersekolah di sekolah menengah yang sama? Atau, mungkinkah Hanif pernah menjadi pelajar nakal yang perlu dikendalikan oleh Aisyah suatu masa dahulu?

Aisyah diam. Otaknya serabut memikirkan dari mana datangnya Hanif. Seketika, dia menutup mata, cuba untuk mengingat sebelum perlahan-lahan dia terlelap di sebelah Hanif.

[O.G] SAYANGKU, AISYAH Where stories live. Discover now