5

67 16 2
                                        

--------------------------------------------------------

jika hanya dalam mimpi sahaja kita bertemu, maka jangan pernah cuba kejutkan aku

------------------------------------------------------

Langkah kaki mereka diikuti dengan gelak tawa masing-masing. Tangan dipegang erat, mewujudkan suasana yang lebih romantik di antara kedua-duanya.

Mana kan tidak, lelaki itu bahagia apabila akhirnya dia berjaya mendapatkan apa yang dia mahu. Pipi Aisyah dielus lembut sambil memandang jauh ke dalam mata Aisyah.

"Aisyah janji Aisyah tak tinggalkan abang kan? Aisyah sayang abang kan?" Tanya Hanif.

"Mesti lah Aisyah sayang abang seorang. Takkan lah Aisyah nak tinggalkan abang seorang diri pula," jawab Aisyah sambil mencuit pipi Hanif.

"Kita hidup dengan cara kita je tau, tak payah ada orang lain. Cukup kita berdua je," kata Hanif. Aisyah mengangguk setuju.

Bagi Hanif, Aisyah adalah segala-galanya. Dari sekolah menengah lagi dia sudah jatuh cinta dengan wanita itu. Namun, perasaan itu dia pendam apabila melihat betapa mesranya Aisyah dan Aathif pada ketika itu.

"Aisyah betul-betul cintakan abang, kan? Aisyah sayang abang kan?"

Tangan Aisyah digenggam erat. Entah mengapa, dia terasa seperti wanita itu akan pergi meninggalkan dirinya.

Senyuman di bibir Aisyah semakin pudar. Kedua-dua matanya bertembung dengan sepasang mata Hanif. Wanita itu mencuba untuk melepaskan genggaman tangan tersebut sambil kaki mula menjauh daripada Hanif.

"Kenapa? Aisyah tak cintakan abang dah ke?" Tanya Hanif.

"Aisyah cintakan abang, tapi Aisyah bukan milik abang," jawab Aisyah.

Perlahan-lahan, Aisyah mula mengundurkan diri. Hanif yang kaget dengan tingkah laku Aisyah, laju sahaja ingin mengekori wanita itu. Namun, dirinya seakan-akan kaku. Dia cuba untuk mengangkat kaki, namun gagal.

Dia merasakan sebahagian tubuhnya seperti lumpuh di situ, hanya mata yang dapat mengekori gerak geri Aisyah yang kini jelas hilang dalam asap tebal yang datang entah dari mana.

"Aisyah! Aisyah nak pergi mana tu?!" Jerit Hanif lagi.

"Aisyah! Jangan tinggalkan abang, Syah," teriak lelaki itu.

"Aisyah!"

Dia bangun dari tidurnya. Rintik-rintik peluh terasa membasahi dahi. Dia melihat sekeliling, cuba mencari kelibat Aisyah.

Dia tahu Aisyah tak ada. Dia tahu Aisyah bukan miliknya. Namun, mengapa perasaan obsesi dia pada Aisyah semakin menebal di dalam hati?

Dia tidak tahu.

Yang dia tahu sekarang ini, Aisyah perlu menjadi miliknya. Buat selama-lamanya.

×××

"Ibu, Aisyah keluar sekejap," ujar Aisyah yang masih lagi bersiap-siap di hadapan cermin.

"Ke mana, Syah?" Tanya Asma.

Dia yang baru sahaja naik ke rumah dari mengangkat kain jemuran, memandang Aisyah dengan kening terangkat.

"Nak jumpa Irdina. Dah lama Aisyah tak keluar dengan dia," jawab Aisyah.

[O.G] SAYANGKU, AISYAH Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang