-----------------------------------------------------------
andai sahaja engkau nampak segala kesan tikaman dan perbuatan engkau di hatiku ini, pasti kau akan mengerti, betapa terlukanya aku di sini
-----------------------------------------------------------
"Kau suka ke seksa diri kau sendiri?"
"Aku tak tahan, Husna. Aku terlalu sayangkan dia sampaikan aku tak mampu nak dengar apa-apa lagi daripada Aisyah"
"Bersabar lah, Thif. Bunga bukan sekuntum. Banyak lagi perempuan baik dekat luar sana yang kau boleh jadikan isteri," ujar Husna.
Dia yang sudah mula mengipas-ngipas diri sendiri dek kerana bahang panas matahari, menjeling ke luar tingkap.
Dia faham perasaan Aathif. Rakan sekerjanya itu terlalu mencintai Aisyah sehinggakan lelaki itu membangga-banggakan Aisyah di hadapan rakan-rakan yang lain.
"Cakap senang lah, Husna. Hanya aku je tahu betapa susahnya nak lepaskan dia. Sanggup dia buat aku macam ni," ujar Aathif lagi. Tersedu-sedan dia menahan rasa sedih.
"Aku tak tahu nak buat apa, Thif. Kalau aku dekat tempat kau, aku pun akan menangis juga," balas Husna.
Aathif diam buat seketika waktu. Dia perlu meredakan tangisan. Kesedihan yang tiba-tiba muncul saat kaki melangkah meninggalkan perkarangan rumah Aisyah membuatkan Husna juga tak sampai hati nak pujuk dia.
"Jom lah, Thif. Kau kena tahu, apa yang berlaku sekarang ni, pasti ada hikmahnya. Aku tak rasa Aisyah tu tiba-tiba je berubah hati nak kahwin dengan mamat tu. Mungkin something happened to Aisyah. Or maybe Aisyah kena ilmu hitam ke? Who knows, kan?" Balas Husna.
Aathif diam. Mungkin benar apa yang dikatakan oleh Husna. Mungkin juga Aisyah memang benar-benar dah tak ada hati dengan dirinya lagi.
"Aku dah cuba, Husna. Aku dah cuba untuk jadi yang terbaik untuk dia. Aku dah cuba untuk bahagiakan dia. Tapi, kenapa dia sampai hati buat benda-benda yang tak pernah aku jangka?" Ujar Aathif. Nada suaranya perlahan.
Hatinya terlalu berat untuk menerima kenyataan. Dia cuba mencari sebab yang boleh dia guna untuk melupakan Aisyah, namun kasih sayangnya terhadap wanita itu jelas tak dapat menghalang perasaannya.
"Kau nak meraung pun, jangan sampai melebihi cinta kau terhadap Ilahi. Apa kata, kau balik rumah, kau rest. Rehatkan kepala otak kau tu dan tenangkan fikiran kau. Kalau betul Aisyah tu dah memang tak suka kau, aku pasti, akan ada wanita lain yang boleh sayang kau lebih dari perempuan tu," pujuk Husna lagi.
Bahu Aathif ditepuk-tepuk perlahan. Entah bagaimana Aathif boleh sekuat ini sampaikan boleh menjejakkan kaki ke kenduri kahwin bekas kekasih.
Aathif mengelap sisa air mata yang membasahi pipi. Enjin kereta dihidupkan sebelum dia kereta miliknya keluar menuju ke bandar Kuala Lumpur.
×××
"Nanti lepas makan, Aisyah ambil bantal baru dalam almari bagi kepada Hanif. Kejap lagi ada drama TV3 yang Aisyah suka, Hanif boleh temankan Aisyah kalau nak tengok sekali," ujar Asma.
Aisyah senyum. Biasanya drama bertajuk "Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin" akan ditonton sekali dengan si ibu. Namun, Asma yang tiba-tiba sahaja mengajak Hanif menonton televisyen bersama-sama mereka membuatkan Aisyah hilang mood.
"Boleh... Dah lama rasanya tak tengok drama-drama dekat TV ni. Biasanya sebelum pukul 10 malam, Hanif dah tidur dah. Ye lah, pukul 8 pagi klinik dah beroperasi. Kena datang awal, check segala macam benda dulu sebelum nak rawat pesakit," balas Hanif.