21

22 3 2
                                    

"Sedapnya ibu masak"

Sudah dua kali lauk yang dimasak oleh Asma dicedok masuk ke dalam pinggan Hanif. Asma senyum gembira. Suka betul dia apabila ada orang memuji masakan yang dia masak.

"Aisyah, tambah lagi. Ni kan lauk kesukaan Aisyah," ujar Asma.

"Aisyah sakit perut la, bu," balas Aisyah. Tangannya menekan-nekan bawah perut sambil muka berkerut menahan sakit.

"Senggugut?" Tanya Hanif. Serentak Asma dan Aisyah memandang lelaki itu.

"Ha'ah"

"Nanti kita ambil ubat dekat klinik," kata Hanif.

Kedua-dua anak-beranak itu memandang sesama sendiri. Isyarat mata Aisyah menginginkan Asma untuk memberi respon daripada pihaknya.

"Aisyah tak makan ubat-ubat tu semua. Nanti Hanif penuhkan satu botol dengan air panas, lepastu tuan dekat perut Aisyah," ujar Asma.

Hanif merenung jam di dinding. Entah mengapa, Asma merasa ada sesuatu yang pelik pada Hanif hari ini. Entah dari sudut mana, dia tak pasti. Gelagat lelaki itu macam sekejap okay, sekejap tak okay.

"Lambat lagi kita nak balik. Apa kata Aisyah pergi berehat dulu?" Tanya Hanif. Matanya memandang si isteri.

Seperti sudah dipukau oleh suami, Aisyah bangun dan segera melangkah masuk ke dalam bilik. Kaget Asma dibuatnya.

"Hanif makan lah lagi. Nanti sebelum balik, ibu bungkusan makanan ni sikit untuk Hanif dengan Aisyah. Malam karang tak payah masak," kata Asma lagi.

Hanif mengangguk. Selesai makan, dia terus masuk ke depan, membasuh pinggan yang dipakai dan terus masuk ke bilik. Telefon yang dicas, diambil berserta dompet yang berada di atas meja belajar.

"Aisyah," panggil Hanif. Bahu Aisyah digoncang perlahan.

"Huh?"

"Aku nak keluar sekejap. Nanti pukul 2 atau 3 petang macam tu, aku datang balik. Make sure semua benda dah siap packing. Jangan nak bazirkan masa aku lepas aku balik nanti".

"Nak pergi mana?" Tanya Aisyah.

"Nak jumpa kawan," jawab Hanif. Acuh tak acuh sahaja jawapan yang diberi.

"Asyik jumpa kawan je," rengus Aisyah perlahan.

"Kawan lah. Kawan-kawan aku je yang banyak tolong aku selama ni," balas Hanif.

Pintu bilik ditutup rapat sebelum dia berjalan menuju ke dapur. Kelihatan ibu mentuanya sedang sibuk membungkus makanan.

"Ibu," panggil Hanif.

"Ye? Hanif nak ke mana?"

"Hanif nak pergi klinik sekejap. Kejap lagi nak ke rumah mak sekejap. Takut tak sempat," jawab Hanif ringkas.

"Nanti kirim salam dengan mak awak, ya," ujar Asma.

Selesai meletakkan semua bungkusan ke dalam plastik, Asma mula melangkah ke arah sinki.

"Ibu. Aisyah suka bunga apa ek?" Tanya Hanif.

"Bunga?"

"Hanif ingatkan nak belikan dia bunga. Hanif ada nampak satu pasu yang Aisyah letak atas meja belajar. Semua bunga dalam pasu tu dah kering. Tu yang Hanif ingat nak belikan bunga yang baru untuk Aisyah," jawab Hanif.

Telefon pintar dikeluarkan dari dalam poket seluar. Aplikasi Google ditekan sebelum dia mengetik sesuatu di atas skrin. Dalam beberapa saat sahaja, berpuluh-puluh gambar bunga muncul. Membuntang sebentar mata Hanif apabila melihat gambar-gambar tersebut.

"Aisyah suka bunga ni tak?" Sebuah gambar bunga orkid ditunjukkan ke arah Asma.

"Itu bunga untuk orang-orang tua macam ibu ni," balas Asma. Matanya disepetkan sedikit gara-gara brightness telefon Hanif.

"Kalau ni?" Kali ini gambar bunga ros pula ditunjukkan ke arah wanita tua itu.

"Ros cepat mati," jawab Asma selamba.

Hanif merengus perlahan. Entah bunga apa yang sesuai diberikan kepada si isteri, dua sendiri tidak tahu.

"Dah tu, Aisyah suka bunga apa..."

Asma diam. Matanya melilau memandang ke atas, seakan-akan ingin mencari semula memori-memori lama yang semakin pudar dalam ingatan.

Hanif pula masih tekun mencari. Seketika bahunya ditepuk oleh Asma, nasib sahaja telefon yang dipegang tidak jatuh ke lantai.

"Dulu, Aisyah ada bawa balik macam bouquet? Coquette?..."

"Bouquet bu, bouquet..." Laju tangan Hanif mengusap lengan Asma, membetulkan ayat ibu mertuanya itu.

"Apa-apa lah. Ibu tengok bunga tu macam jenis bunga yang kecil-kecil. Ada warna biru, hijau, putih," sambung Asma.

"Bunga kecil-kecil?" Getus Hanif. Segera dia mencari jenis bunga yang dikatakan oleh Asma melalui Google.

"Bunga ni?" Tanya Hanif. Gambar bunga baby's breath ditunjukkan ke Asma.

"Ha'ah. Yang ni lah bunga tu. Apa ke nama entah, ibu pun tak tahu," kata Asma.

Lega. Bukan main susah dia nak cari bunga yang Aisyah suka. Nak-nak pula, apabila dibantu oleh si ibu mertua.

"Okay lah, bu. Hanif nak ke pekan sekejap. Dalam pukul 3 petang macam tu, Hanif balik," ujar Hanif.

Kakinya mula melangkah keluar dari rumah. Sesekali dia menjeling notifikasi yang dipaparkan di skrin telefon.

'Perempuan ni memang tak reti sabar ke?'

Pedal minyak ditekan sebelum dia mula keluar dari perkarangan rumah. Ada satu benda yang perlu dia selesaikan. Kalau ditangguhkan dengan lebih lama, pasti akan memudaratkan dirinya. Silap hari bulan, segala rahsia pecah dengan begitu sahaja.

×××

"Eh mesin ni memang bodoh lah!" Marah Hanif sendirian. Mesin ATM ditendang dengan kuat sebelum dia berjalan menuju ke kereta.

Melilau lelaki itu mencari mesin ATM di pekan, namun hanya beberapa sahaja yang dia jumpa. Entah kebetulan atau tidak, kelima-lima mesin yang dia jumpa rosak atas sebab-sebab tertentu.

Deringan telefon membingitkan telinga. Segera dia menekan butang hijau dan diletakkan di telinga.

"Dah ke? I betul-betul perlukan duit sekarang ni," kata pemanggil.

"Kau ni memang tak boleh sabar ke? Semua tempat aku pergi, semua mesin rosak," marah Hanif.

"You serius lah? Takkan lah! Habis sekarang ni macam mana? I nak beli makanan pun tak ada duit. Anak I ni asyik merengek je," balas Umairah.

"Eh perempuan! Kalau mesin tu boleh dipakai, dah lama lah aku transfer duit dekat kau. Bukannya aku saja-saja tak bagi kau duit. Kalau ikutkan hati aku, memang aku tak nak tolong kau. Dasar perempuan murahan!"

Panggilan telefon dimatikan. Geram pula dia dengan sikap Umairah yang dari dulu memang tak reti nak menyabar.

Seketika, rokok yang baru dibawa keluar dari kotak dibakar dan disedut dalam-dalam.

"Umairah, Umairah. Tak habis-habis nak menyusahkan aku," kata dia lagi.

Sekejap lagi, dia perlu balik. Satu apa pun dia tak belikan untuk Aisyah. Rokok yang disedut beberapa kali itu dibuang keluar dari tingkap. Tali pinggang keledar dipakai sebelum pedal minyak ditekan.

Sekarang bukan masa untuk memikirkan tentang Umairah. Dia perlu mencari cara untuk bahagiakan Aisyah.

Itu apa yang perlu dia lakukan sekarang.

[O.G] SAYANGKU, AISYAH Where stories live. Discover now