5: Asking For Help

16 2 0
                                    

Tiga tahun kemudian

Terlihat tiga orang kanak-kanak berusia 7 tahun sedang bersama-sama berlatih melempar shuriken di sebuah hutan. Salah seorang kanak-kanak lelaki di antara mereka terlihat sangat kesal. Bibirnya dimuncungkan. Dijeling sahabat perempuannya yang berambut hitam kebiruan yang sedang fokus melempar shuriken.

'Syut'

'Pak. Pak'

"Wahh, sugoi Sasu-chan." Sakura tersenyum ceria memandang ke arah Sasuke yang berjaya melempar kesemua shurikennya tepat sasaran. Sasuke tersenyum kecil.

"Heh, Sasu-chan itu Uchiha. Memanglah mudah. Guna saja Sharingan nya, auto kena. Cih. " kata Naruto dengan nada tidak puas hati. Riak wajahnya terlihat kesal.

"Huh, apa maksud Naru-kun? Sasu kan tidak menggunakan Sharingan. Dasar dobe." balas Sasuke tidak terima. Dipaling wajahnya ke arah lain. Merajuk.

"Tipu, mesti Sasu-chan menggunakan Sharingan. Ingat Naru tidak tahu ke huh? Kalau guna Doujutsu memanglah mudah, dattebayo." kata Naruto lagi. Sasuke merenung Naruto tajam.

"Sasu sudah cakap kan, Sasu tidak menggunakan Sharingan. Lagipun, apa Naru fikir, menggunakan Sharingan semudah berkata-kata haa!? Menggunakan Sharingan itu memerlukan kita mahir untuk mengontrol cakra tahu tidak hah?!" Sasuke langsung tidak menerima apabila sahabat lelakinya itu mengatakannya menggunakan Sharingan hanya untuk melempar shuriken.

"Cih, sebenarnya Naru-kun cemburu bukan? Kerana Sasu berjaya melemparkan kesemua shuriken tepat ke arah sasaran yang telah kita siapkan manakala Naru-kun pula hanya berhasil melemparkan separuh dari bilangan shuriken. Cih dobe." Sasuke tersenyum sinis. Dilihat wajah tidak puas hati Naruto. Lantas Sasuke menjelirkan lidah mengejek ke arah Naruto sebelum kembali memalingkan wajah ke arah lain.

"Jangan mengejek Naru, teme! Naru itu hebat tahu tidak! Naru adalah bakal Hokage! Sasu-chan tidak boleh mengejek Naru!" marah Naruto sambil menunjuk-nunjuk ke arah Sasuke sebelum pada akhirnya mata Naruto terlihat berkaca. Langsung Naruto memalingkan wajah ke arah lain. Tidak mahu kedua sahabatnya melihat dirinya menangis.

"Hei, Naru tidak perlu marah-marah macam tu pada Sasu-chan. Hei Naru, kenapa sampai menangis." kata Sakura yang kini berada di samping Naruto. Ditepuk-tepuk belakang Naruto perlahan, cuba untuk memujuk. Sasuke mengeluh perlahan sebelum akhirnya melangkah ke arah Naruto dan Sakura.

"Hei Naru-kun. Okok, maafkan Sasu oke! Naru-kun memang hebat. Ya, Sasu tahu tu. Separuh dari bilangan shuriken itu sudah cukup bagus tahu tak? Sudahlah, janganlah menangis oke? Sekarang, mari kita kembali ke tempat Rei jii-chan oke?" Sasuke cuba memujuk Naruto. Hairan kenapa Naruto boleh menangis semudah itu padahal hanya kerana melempar shuriken.

Naruto mengangguk perlahan. Di usap air matanya. Dirinya sendiri juga hairan kenapa dirinya berasa sangat sensitif dengan ejekan Sasuke. Padahal mereka berdua kan memang selalu saling melempar ejekan.

Mereka bertiga pun bersama-sama berjalan kembali ke arah dimana Rei berada. Dari jarak beberapa meter, dapat dilihat, Rei sedang duduk bersantai sambil bersandar pada sebatang pokok.

"Rei jii-chan!" jerit Naruto bersemangat apabila melihat Rei. Rei yang mendengarnya langsung melambaikan tangan kepada mereka.

"Sudah selesai latihannya hm?" Soal Rei sambil menghulurkan botol air kepada ketiga sahabat itu apabila mereka telah berada di hadapannya. Sakura mengangguk kecil.

"Ne Jii-chan, sebenarnya kita berada di area mana dan ingin menuju ke mana?" Soal Naruto kepada Rei. Rei tersenyum sebelum mengeluarkan peta dan menunjukkannya kepada ketiga sahabat itu.

"Kita kini berada di Hutan Tanah Api. Kita akan menuju ke Desa Otogakure. Jika kita ke arah sebaliknya pula kalau kamu semua nak tahu, kita akan sampai di Lembah Akhir." Jelas Rei. Naruto, Sasuke dan Sakura terdiam dan saling melihat di antara satu sama lain.

The Moon With Her Sun | CWhere stories live. Discover now