11: Uchiha House

21 2 0
                                    

Di Hospital

"Rin!" Panggil sebuah suara. Rin yang baru keluar dari bilik pesakit menoleh ke arah sumber suara. Terlihat Obito menghampirinya. Obito masih lengkap berpakaian anbu. Hanya tidak menggunakan topeng sahaja. Di belakangnya, Naruto, Sasuke dan Sakura mengikutinya berjalan menghampiri Rin.

"Obito. Korang juga ada eh. Kenapa datang sini?" Rin tersenyum. Rin merupakan seorang anbu di bawah Minato seperti Kakashi dan Obito. Namun Rin akan menghabiskan masanya bekerja di hospital apabila tiada misi anbu. Kebiasaannya Rin mengikuti misi anbu sebagai seorang medis-nin yang membantu pasukan anbu apabila tercedera.

Obito pula bekerja sebagai anbu dan juga anggota pasukan Polis dan Ketenteraan Konoha. Tugas Obito di anbu hanya tertumpu kepada misi di luar desa. Apabila tiada tugas yang diberikan, dia akan melakukan tugas sebagai pasukan Polis dan Ketenteraan Konoha, menjaga keamanan di dalam desa. Tadi ketika bertemu Naruto dan kedua sahabatnya adalah sebuah kebetulan di mana dia baru sahaja pulang dari menjalankan misi dan malah mendengar bunyi letupan. Kerana itu tanpa membuang masa dia terus pergi ke tempat letupan berasal.

Berbeza dengan Obito dan Rin. Kakashi yang merupakan seorang ketua anbu yang juga dibawah Minato telah meletakkan jawatannya kerana kini Kakashi merupakan Jounin pembimbing kepada tim Genin. Kini pasukan anbu di bawah Yondaime Hokage dipimpin oleh Itachi.

"Ni tengoklah dua budak ni." Balas Obito sambil menunjukkan Naruto dan Sasuke. Tepatnya ke arah lengan kedua mereka. Rin terkejut.

"Apa yang berlaku?" Soal Rin merendahkan sedikit ketinggiannya untuk melihat lengan Naruto dan Sasuke.

"Katanya mereka berlatih. Entah apa yang dilatihkan sampai jadi macam tu tidak tahu." Balas Obito.

"Haih. Jom ke bilikku. Luka tu perlu dirawat cepat. Mari." Rin kembali berdiri tegak dan melangkah pergi terlebih dahulu.

"Duduk lah dahulu." Kata Rin kepada Naruto dan Sasuke. Rin mengambil beberapa peralatan medis di letakkan di atas meja.

"Salah seorang dari korang, kemari lah." Kata Rin yang kini berdiri di hadapan singki. Naruto langsung menghampiri Rin. Rin membuka pili air sederhana. Dipegang lengan Naruto dan di letakkan di bawah pili air.

"Ouchh sakit Rin Nee-chan." Rintih Naruto. Giginya menggigit sedikit bibirnya cuba untuk menahan sakit.

"Tahan sedikit." Kata Rin. Matanya tidak beralih dari luka Naruto.

Setelah beberapa minit, ditutup pili.

"Duduk lah dahulu. Sasu-chan, kemari lah." Kata Rin. Perkara yang sama dilakukan kepada Sasuke. Tangan kanan Sasuke tergenggam kuat.

"Oke selesai." Rin tersenyum kecil. Sakura yang berada tidak jauh dari mereka hanya memerhatikan setiap gerak kerja Rin dengan teliti. Sementara Obito malah membaringkan diri di dekat katil pesakit. Matanya terpejam. Mungkin penat.

Rin menyapu sejenis krim pada lengan Naruto dan Sasuke hati-hati sebelum akhirnya dibalut kedua lengan mereka sehingga ke siku. Rin tersenyum melihat hasil kerjanya.

"Oke sekarang semuanya siap. Jangan gunakan tangan ni sebeleum sembuh oke. Jangan membukanya sesuka hati. Nanti datanglah ke sini lagi untuk diperiksa semula." Kata Rin.

Obito yang mendengarnya langsung bangkit dari acara baringnya. Ouh tidak tidur rupanya.

"Jom, dah hampir malam. Mereka mesti sudah menunggu." Kata Obito sambil berdiri dan melangkah pergi. Begitu juga dengan Rin kerana waktu kerjanya sudah habis.

Apabila tiba di depan hospital, Sakura meminta diri untuk pulang ke rumah. Jadinya hanya tinggal berempat saja iaitu Naruto, Sasuke, Obito dan Rin. Keempat mereka berjalan bersama sehingga tiba di rumah Naruto.

The Moon With Her Sun | CWhere stories live. Discover now