15: Nami No Kuni (II)

12 2 0
                                    

Kini mereka telah tiba di rumah Tazuna. Naruto dan Sakura terlihat sedang duduk bersembang perlahan. Sementara Sasuke terlihat bersandar sambil memejamkan matanya. Mereka duduk di dalam sebuah bilik.

"Sasuke oke tidak?" Soal Kakashi yang baru masuk bersama Tazuna dan menantunya. Naruto dan Sakura yang mendengarnya langsung menoleh.

"Erm oke, cuma letih sikit." Balas Sasuke perlahan.

"Mungkin kau menggunakan terlalu banyak chakra saat mengalirkannya di laut." Kata Kakashi.

"Erm mungkin. Arh tapi jangan risau. Tabi-chan eh maksudku Matatabi sedang membantuku memulihkan chakra." Balas Sasuke kembali memejamkan matanya.

"Baringlah di sini." Kata menantu Tazuna yang baru siap membentangkan sebuah Futon. Sasuke mengangguk faham dan langsung membaringkan dirinya di situ. Sakura membantu menyelimut tubuhnya. Mata Sasuke langsung terpejam.

"Ne Sasu-chan. Bukankah kau mempunyai Sharingan bahkan Mangekyou Sharingan. Kenapa tidak menggunakannya?" Narito terlihat hairan.

"Tou-san tidak mengizinkannya." Balas Sasuke ringkas tanpa membuka matanya.

"Kenapa?" Soal Naruto lagi.

"Tou-san kata pengendalian chakra ku masih belum sempurna. Apabila Sharingan ku aktif, ia akan menguras terlalu banyak chakra. Dan penggunaan Mangekyou Sharingan secara berlebihan boleh mengakibatkan buta. Jadi Tou-san melarangku menggunakannya. Hanya boleh guna ketika betul-betul dalam keadaan yang sangat darurat atau hampir mati." Balas Sasuke lagi.

"Fugaku Jii-chan sangat tegas eh." Naruto menggaru belakang kepalanya.

"Ya, demi diriku sendiri juga. Bukan untuk orang lain." Tambah Sasuke. Tidak mahu sahabatnya berfikir buruk tentang ayahnya.

"Ya, samalah seperti Kaa-chan ku. Dia selalu memarahi kerana makan ramen. Haih." Keluh Naruto.

"Itu memang salah kau. Kaa-chan mu sudah siap masak malah kau masak ramen instan." Sakura menggeleng kepalanya. Dia tahu tentang perkara itu kerana pernah mendengar Kushina bercerita kepada ibunya, Mebuki ketika mereka terserempak di pasar.

"Mou, Sakura-chan. Takde salahnya aku masak ramen instan, dattebayo." Naruto mencebik.

"Bagaimana dengan kau Naru-kun?" Sasuke bersuara.

"Eh apa?" Sahut Naruto hairan.

"Aku tahu bahawa Saku-chan mungkin akan kesusahan untuk menggunakan sebuah jutsu kerana dalam beberapa tahun kebelakangan ini dia lebih tertarik melatih kemampuan medisnya bersama Rin Nee-san. Kalau kau? Kenapa tidak menggunakan ninjutsu selain Bunshin hm?" Soal Sasuke perlahan.

"Ouh itu sebab Tou-chan dan Kaa-chan memintaku untuk tidak terlalu banyak menggunakan chakra. Kau tahu kan ada Kurama di dalam tubuhku. Tou-chan kata, jika aku kehabisan chakra, kemungkinan Kurama akan mengawal tubuhku. Sebab itu aku sedikit takut untuk menggunakan chakra." Naruto tersenyum kecil. Namun wajahnya terlihat sedih.

"Maksud kau, Kurama masih tidak mempercayai kau?" Soal Sakura pula.

"Entahlah, mungkin ya. Mungkin kerana dia masih trauma kerana kata Tou-chan, suatu ketika dahulu dia pernah disalahgunakan. Padahal aku takde niat nak mempergunakannya. Aku kan cuma nak berkawan dengannya." Naruto tertunduk sedih.

"Maaf kalau soalanku membuat kau sedih." Sasuke merenung Naruto lama.

"Hahh. Tak mengapa. Lagi pula Sasu-chan. Bukankah dulu kita pernah berlatih mengendalikan chakra bersama-sama dan kau kata bahawa pengendalian chakra kami tidak terlalu baik. Kenapa sekarang pengendalian chakramu memburuk huh?" Naruto mengangkat sebelah keningnya sambil menatap Sasuke.

The Moon With Her Sun | CWhere stories live. Discover now