24. Special Chapter (I)

28 3 1
                                    

Pagi yang tenang dan cerah di desa Konohagakure. Kini desa itu telah mengalami banyak perubahan. Mengingatkan bahawa desa itu telah hancur secara kesuluruhan akibat daripada penyerangan oleh salah seorang anggota Akatsuki iaitu Pain tepat sebelum berlakunya peperangan besar. Telah tiga tahun berlalu sejak terjadinya Perang Dunia Shinobi 4 yang telah meregut banyak nyawa tidak terkecuali nyawa seorang yang amat Uzumaki Naruto sayangi. Yang tidak lain tidak bukan adalah Uchiha Sasuke. Seseorang yang dianggap lebih dari seorang sahabat.

Di salah sebuah bilik di rumah milik Yondaime Hokage, seorang lelaki berambut kuning pendek terdiam sambil memerhatikan sebuah gambar yang dibingkai. Terlihat di gambar tersebut, terdapat empat orang. Seorang remaja lelaki yang berada di lingkungan umur 12 tahun. Di kedua belah sisinya terdapat dua orang gadis yang seusianya berdiri. Dan di belakang mereka terdapat seorang lelaki dewasa.

Matanya tertuju kepada salah seorang gadis di dalam gambar tersebut. Seorang yang memiliki rambut hitam panjang, tersenyum kecil memandang ke arah kamera.

Air mata lelaki tersebut mengalir perlahan. Diusap gambar gadis berambut hitam tersebut perlahan. Di kecup sekejap gambar tersebut sebelum memeluknya erat. Sakit. Dadanya terasa amat sakit mengingatkan pemergian gadis yang telah mencuri hatinya tersebut.

'Tuk. Tuk. Tuk'

'Krett'

"Naru-chan..."

Tanpa menoleh pun Naruto telah mengetahui siapa gerangan yang membuka pintu biliknya. Ibunya, Uzumaki Kushina.

Dilap air matanya kasar sebelum menoleh ke arah Kushina.

"Y-ya Kaa-chan?!" Sahut Naruto sambil cuba tersenyum.

Namun yang terhasil adalah senyuman yang langsung tiada serinya.

"Jom teman Kaa-chan dan Tou-chan jalan-jalan. Naru-chan sudah lama tidak meluangkan masa dengan kami berdua. Selalu saja sibuk dengan misi. Naru-chan tidak merindukan kami kah, dattebane?"

Kushina pura-pura sedih. Dia tahu bahawa anaknya itu sedang bersedih. Kerana hari ini genap tiga tahun pemergian seorang Uchiha Sasuke. Hari ini juga merupakan hari lahir seorang Uzumaki Narito. 10 Oktober.

Sejak kejadian itu juga Naruto tidak pernah lagi menyambut ulang tahun kelahirannya. Setiap 10 Oktober, Naruto hanya berkurung di bilik seorang diri selama satu hari. Tidak makan, tidak minum bahkan tidak mandi. Dia hanya terbaring lemah di atas katilnya. Namun setelah 10 Oktober, Naruto akan kembali menyibukkan diri dengan misi. Bahkan dia sanggup menjalankan misi Rank D sekiranya tiada misi Rank atas. Dia melakukannya selama tiga tahun tanpa rehat. Dia hanya berehat sekiranya Minato dan Kushina memaksanya. Disebabkan hari ini 10 Oktober, Kushina tidak mahu anaknya itu terus berkurung, jadi dengan sengaja dia mengajak anaknya itu keluar.

"Naru mahu tid-..."

"Temanlah Kaa-chan dan Tou-chan! Ya? Ya? Yaa?!!"

Kushina kini sudah maduk ke bilik Naruto dan bertindak menarik-narik perlahan tangan anaknya.

Naruto menghembus nafas perlahan. Hatinya sedikit tersentuh melihat tindakan Kushina. Dia tahu bahawa ibunya itu tidak mahu dia terus terpuruk dengan pemergian Sasuke. Ibunya itu selalu saja berusaha untuk membuanya gembira. Dari selalu mengajaknya untuk keluar berjalan, memberinya untuk memakan ramen sebanyak yang ia mahu, menyakatnya dan sebagainya. Dengan satu tujuan iaitu ingin dia, Uzumaki Naruto tidak terus bersedih dengan kejadian yang telah berlalu.

"Baiklah. Cuma hari ini saja." Balas Naruto akhirnya mengalah.

Kushina tersenyum lebar dengan mata bersinar-sinar.

"Yattaaa! Kalau begitu bersiaplah! Kaa-chan dan Tou-chan akan menunggumu di bawah okay, dattebane?!"

Naruto mengangguk faham. Kushina langsung berjalan keluar dari bilik meninggalkan Naruto seorang diri. Memberinya ruang untuk bersiap-siap.

The Moon With Her Sun | CWhere stories live. Discover now