• Bab 01 •

874 36 0
                                    

TANGAN yang ingin membuka pintu wad itu tertahan saat mendengar suara orang bersembang di dalam.

"Aku takkan pernah lupa macam mana aku diperlakukan. Takkan pernah sekalipun aku mati."

"Sakitnya aku yang rasa dan aku takkan pernah berubah jadi baik untuk mereka semua. Mereka yang bentuk aku jadi macam ni." Kepala tertunduk lesu.

"Tapi Yiz... They are your family."

"Family? Masih perlu dianggap keluarga ke lepas mereka dah telantarkan aku? Sakit, Uz... Waktu aku betul-betul memerlukan mereka, mereka campak aku ke hospital gila. Sakit tu tak terkata. Aku tak boleh maafkan mereka semudah tu, Uz..."

"Tapi, jauh dalam hati... Kau masih berharap, kan?"

Hening. Keadaan berubah hening. Muhammad Aaisy urungkan niat mahu menjenguk adiknya itu. Rasanya lebih baik dia pergi.

Sedangkan di dalam wad itu, Uzayr masih setia menunggu Aayiz untuk memberikan jawapan.

"Aku... tak tahu. Mungkin ya, mungkin tidak. Kau bayangkanlah, sejak kecil dah ditelantarkan dekat rumah anak-anak yatim. Dah masuk umur lapan ke sembilan tahun baru mereka datang ambil aku. Lepastu apa?"

"Diabaikan, ibarat bayang-bayang yang selalu kalah dengan cahaya macam Aaisy. Aku rasa tak pernah dan takkan pernah ada sikit pun celah untuk aku dalam keluarga tu."

Aayiz mengeluh panjang, "Andai kata aku tak cuba buat benda bodoh waktu tu, mungkin aku tak perlu lalui senario dramatik macam sekarang ni." Kaki diluruskan dan mata dipejam.

Uzayr menggeleng.

"Yiz, kadang-kala... Walau bukan silap kita, kita perlu bersedia memula dan meminta maaf."

"Tak nak," jawabnya ringkas tanpa membuka mata.

"Aayiz-"

"Tak nak, Uzayr... Tak nak... Please, nak tidur..." rengeknya sembari membuka mata menatap Uzayr meminta simpati.

Uzayr Eskandar yang memang dah penat dengan perangai keras kepala Muhammad Aayiz hanya mampu mengeluh dan mengiyakan saja.

Aayiz tersenyum lebar dan menarik tangan Uzayr sebagai ganti bantal untuk dia peluk.

Tangan Aayiz ditahan kuat. Aayiz berusaha melepaskan diri tapi tak berjaya. Pada akhirnya, semua genggaman ubat tidur itu jatuh atas lantai hospital begitu sahaja.

Uzayr segera menarik kedua belah tangan Aayiz untuk berjaga-jaga. Lelaki itu baru sahaja sedar dari koma akibat overdose ubat tidur minggu lalu. Takkan sekarang mahu lakukan lagi.

"Yiz... Aayiz, kau betul-betul nak sangat mati ke, Yiz?" soal Uzayr lembut. Dia tak boleh berkasar dan buatkan Aayiz makin sakit. Wajah Aayiz yang menunduk itu cuba dicari.

Lelaki itu menggeleng beberapa kali. Uzayr ukirkan senyuman kerana jawapan itu. Meskipun begitu, dia masih tak dapat menebak kenapa Aayiz masih berusaha untuk menelan semua pil itu. Padahal sakitnya sudah lelaki itu rasakan hingga mengalami koma selama tujuh bulan penuh.

"Tak nak... Aku tak nak mati..." ucapnya perlahan.

"Aku takut... rasanya menyakitkan..."

"Habistu kenapa kau ulang? Aayiz, kau tak bodoh kan?" Aayiz angkat wajah memandang Uzayr dengan tatapan redupnya itu.

"Tapi untuk hidup aku pun tak berani lagi... hidup lebih menakutkan, lebih menyakitkan... aku... aku tak mampu..." Uzayr cukup dibuat bungkam beberapa saat dengan jawapan Aayiz itu.

Uzayr angkat sebelah tangannya yang kosong dan diletakkan dipipi Aayiz. Pipi itu diusap beberapa kali dan Uzayr tersenyum.

"Aku tahu... aku tahu kau sangat-sangat menderita. Aku tahu kau terlalu sakit dengan semua ni. Aku tahu... Kau hebat sangat sebab mampu bertahan sampai sejauh ni."

"Tapi, Aayiz... kalau cubaan bunuh diri kau ni berjaya, macam mana dengan orang yang sayangkan kau? Aku contohnya. Macam mana, Yiz? Dengan pemergian kau yang macam ni, kau akan torehkan luka yang sangat-sangat dalam pada orang yang sayangkan kau," sambungnya. Aayiz kembali menunduk.

Uzayr menurunkan tangannya dan memisahkan kedua tangan dingin Aayiz. Digenggam erat kedua belah tangan itu dengan tangannya yang hangat.

"Aayiz, kau tahu... nantinya, perasaan bersalah, benci, kecewa, sedih bahkan marah sekalipun, semua akan bercampur jadi satu dan menghantui orang yang sayangkan kau seumur hidup," sambungnya lagi. Aayiz angkat kepala memandang Uzayr.

"Patutnya... kau bagilah kami peluang, Yiz. Bagi kami waktu, bagi kami peluang untuk tunjukkan yang kami sayangkan kau. Untuk kami sentiasa raih tangan kau dan rangkul bahu kau kala kau perlu. Bagi kami peluang untuk memula hubungan yang lebih baik. Yiz... mati bukanlah penyelesaian yang tepat."

Aayiz diam sahaja. Air mata mengalir tanpa dipinta. Tiada sebarang reaksi di wajahnya. Hanya saja, air mata terus mengalir tanpa henti seolah mengetahui bahawa pemilik tubuh sedang tidak baik-baik saja.

"Beri aku peluang untuk aku buktikan yang tahan kau untuk terus hidup adalah satu keputusan yang tepat. Beri aku peluang untuk kenalkan kau pada dunia yang lebih baik dari sebelumnya. Boleh?"

"Izinkan aku untuk memanjakan kau macam adik aku sendiri. Boleh kan, Muhammad Aayiz?" Anggukan diberi. Uzayr tersenyum. Syukurlah.












- Continue -

[C] AKU BUKAN PILIHANWhere stories live. Discover now