• Bab 19 •

212 20 0
                                    

PAGI-PAGI lagi Uzayr dah perlu berangkat. Kursus yang dihadiri diadakan di luar negara. Ikutkan hati memang tak mahu tinggal Aayiz.

Tapi apakan daya, semua dah disiapkan. Tambah pula dia ada mahu mengunjungi suatu tempat untuk keluarkan menu baru di kafe miliknya nanti. Terpaksalah dia tinggalkan Aayiz.

"Mana Aayiz?" soal Aaisy.

"Tidur lagi tu." Berkerut dahi Aaisy mendengar itu.

"Come on, Uzayr Eskandar!" Uzayr tahu reaksi Aaisy bakal begini.

"Aaisy, aku bukan sengaja nak biar dia tidur tak solat subuh semua. Bukan. Tapi Aayiz telan ubat yang ada efek mengantuk. Dia takkan bangun selagi tak tiba masa. Sebab tu berat sangat aku nak tinggal dia selama ni," terang Uzayr. Aaisy terdiam.

"Jaga Aayiz elok-elok. Jangan tengking dia, jangan paksa dia. Kalau hujan kilat, elektrik terpadam, pastikan kau ada dengan dia tak berganjak sikit pun."

"Aku tahu, Uzayr. Dari semalam kau asyik ulang benda sama. Aku tahu jaga adik aku." Uzayr mengangguk faham.

"Baguslah macam tu. Aku pergi dulu." Aaisy mengangguk.

TEPAT jam tiga petang, Aayiz terjaga dan terus berlalu ke bilik air untuk bersihkan diri. Tubuhnya masih rasa lesu. Pasti kerana terlebih tidur.

Setelah selesaikan bersihkan diri, dia segera mengganti solat yang tertinggal sebelum berlalu turun ke bawah. Uzayr pesan untuk turun makan kalau dah bangun tidur. Makan sekeping biskut pun tak mengapa katanya.

"Aayiz, kau okay?" Aayiz abaikan kehadiran Aaisy dan berlalu ke dapur diikuti Aaisy.

"Nak aku panaskan lauk? Uzayr ada masak sikit sebelum pergi tadi." Aayiz masih abaikan abangnya itu. Dia benar-benar buat seolah Aaisy tidak wujud.

"Aayiz, tak baik abaikan aku macam ni."

"Diamlah! Hilang selera aku nak makan! Kau ni memang tak habis-habis nak menyibuk!" Marah Aayiz kuat. Aaisy masih kekal senyum.

"Aku cu-"

"Tak payah nak cuma sangat! Kau bukan Uzayr dan kau takkan pernah mampu gantikan tempat Uzayr! Aku benci kau! Kenapa kau terima tawaran Uzayr? Kau patut tolak! Kau tahu aku benci kau!" potong Aayiz. Aaisy tersengih dan mengusap pangkal leher.

"Aku tak ada niat pun nak ganti tempat sesiapa. Aku cuma jalankan amanah je," jawab Aaisy dengan senyuman.

"Ck! Aku tak perlu bantuan kau sekarang. Pergilah. Aku tak ada tenaga nak gaduh dengan orang macam kau." Aaisy tersenyum sahaja dan terus kembali ke depan untuk cop dan tanda tangan segala jenis dokumen. Belum lagi nak kena teliti satu persatu. Berpinar matanya.

"Menyibuk!" rungut Aayiz kesal.

MALAM itu Aayiz diserang demam ringan. Uzayr kata Aayiz banyak berfikir. Sebab itulah Aayiz demam. Jadi Aaisy buat keputusan untuk tengok Aayiz.

"Uz..." racau Aayiz. Aaisy menggigit pipi dalamnya.

"Salah ke kalau aku cakap aku cemburu dengan Uzayr? Aku abang kau,Yiz... tapi kau tetap cari orang lain walau aku dekat sisi kau," gumam Aaisy perlahan seraya mengusap lembut kepala Aayiz.

"Uzayr... Uzayr, tolong... aku tak nak... aku takut... tolong aku, Uz..."

"Shhh... be strong, Muhammad Aayiz. Aku dekat sini." Tangan dingin Aayiz digenggam erat. Adiknya pasti menderita.

"Nak Uzayr..." lirih Aayiz seraya perlahan-lahan membuka mata. Mata sayu itu memandang Aaisy agar lelaki itu pergi memanggil Uzayr.

"Uzayr kan kerja." Lembut Aaisy berusaha untuk memujuknya. Mata Aayiz berkaca-kaca.

"Nak Uzayr! Aku nak Uzayr! Tak nak kau!"














- Continue -

[C] AKU BUKAN PILIHANWhere stories live. Discover now