• Bab 13 •

248 22 0
                                    

AAYIZ menghela nafasnya saat Aaisy berkata sesuatu yang menyusahkan. Aayiz benar-benar tak mengerti lagi bagaimana caranya untuk menghalau Aaisy pergi dari hidupnya.

Pagi-pagi datang rumahnya dengan alasan nak minta maaf soal Iman. Lepastu tiba-tiba bercakap benda yang menyusahkan. Aayiz benci situasi ini.

"Kita boleh mulakan semuanya dari awal, Yiz. Kau tak nak ke hidup bahagia dengan keluarga kita? Dengan mama papa, dengan aku?" Lagi, lagi dan lagi Aaisy berusaha memancingnya.

"Cukuplah, Aaisy. Sekali tidak, selamanya tidak," jawab Aayiz.

"Kau belum cuba, Yiz. Sebulan. Cuba sebulan dan kalau kau masih rasa sama atau lebih teruk, aku takkan ganggu kau lagi dah. Please..."

"Tak nak, Aaisy! Kau dan aku berbeza! Kau perlukan mereka tapi aku tak! Mereka perlukan kau dan mereka tak perlu aku! Cukuplah!" Aayiz muak. Aaisy menghela nafas berat. Dia tak tahu bagaimana lagi harus memujuk Aayiz yang begitu keras kepala.

"Seminggu. Setidaknya untuk seminggu kau cuba. Kita cuba baiki semuanya dalam seminggu." Aaisy masih tidak berputus asa. Aayiz merengus kasar.

Mengapa Aaisy begitu berusaha? Mengapa Aaisy terus sahaja mengganggu hidupnya? Aayiz benar-benar benci lelaki itu.

"Aku cakap tak nak!"

"Aayiz-"

"Untuk orang macam kau, semuanya nampak mudah. Kau sikit pun tak peduli perasaan orang lain. Kau cuma fikir diri kau yang beruntung dan buat orang macam aku jadi manusia yang jahat dan tak bersyukur," potong Aayiz. Aaisy terdiam. Dia tak mengerti maksud Aayiz.

"Untuk orang macam kau, ibu bapa adalah orang yang luar biasa hebat. Kekuatan dan semangat untuk korang semua. Berbanding terbalik dengan orang macam aku yang anggap ibu bapa adalah sumber luka. Orang macam kau takkan tahu macam mana rasanya orang macam aku ni tahan diri daripada terus membenci ibu bapa kami sendiri."

Aayiz mahu bersuara lagi, tapi dengan cepat Aaisy bersuara tanpa memberi peluang untuk Aayiz sambung kata-katanya itu.

"Aayiz, apa yang mama dengan papa buat adalah untuk kita. Untuk kebaikan kita. Jangan main hakim sendiri macam ni. Kau secara tak langsung dah tuduh mama dengan papa-"

"See?" potong Aayiz. Dia tak mahu mendengar ceramah tak bermutu Aaisy itu. Cukup terbukti yang orang seperti Aaisy ini takkan pernah faham bagaimana perasaan orang sepertinya.

Aaisy tarik tangan Aayiz perlahan dan dibawa pergi ke ruang tamu. Aaisy sesak berada di dapur dengan rasa panas yang datang dari kukusan.

Dia tahu dia datang diwaktu yang tidak tepat. Aayiz baru panaskan lauk guna kukusan. Dia yakin lelaki itu belum sarapan.

"Aku cuma nak kau tahu yang semua ni adalah untuk kebaikan kita. Bukan aku nak bela mama dan papa. Aku cuma tak nak kau terus salah faham dengan mereka," ujar Aaisy sambil mengambil tempat duduk di sofa membiarkan Aayiz berdiri menatap remeh dirinya.

"Please, Aaisy. Shut up. Kau nampak bodoh dengan semua ucapan kau. Muhammad Aaisy, kau beruntung sebab dari lahir lagi rasa kasih dan sayang mereka pada kau tak pernah berubah. Kau beruntung. Tapi tak dengan aku yang tak beruntung," balas Aayiz. Salah faham? Tiada kesalahfahaman dalam hal ini.

Memang dari awal nasib mereka sudah berbeza. Aaisy diberkahi keberuntungan yang banyak sedangkan dia tidak beruntung sama sekali hingga terpaksa lalui peritnya hidup di usia yang masih sangat muda.

"Untuk orang macam kau selalu... selalu rasa ibu bapa selalu betul. Ibu bapa selalu sayang anak apa pun perbuatan mereka pada anak. Tak peduli hampir mati anak tu pun, ibu bapa sayang anak tu. Anak tu degil, sebab tu kena macam tu. Banyak sangat spekulasi yang orang macam kau buat. Menyalahkan anak sedangkan ibu bapa tu sendiri yang bersalah. Orang macam kau tutup mata atas silap ibu bapa dengan pegang title anak yang kononya baik sangat!"

"Dari awal, mindset bodoh tu lah yang buat anak-anak macam aku dekat luar sana tak berani nak suarakan luka yang didapatkan dari orang yang bergelar ibu bapa. Tak berani nak melawan sebab konon katanya sayang, bersebab, nak jadikan anak tu manusia dan lebih teruk lagi, label derhaka dah tercetak jelas atas dahi orang macam aku. Fucking bullshit!"

Kata-kata Aayiz buatkan Aaisy hilang kata. Kenapa semuanya jadi semakin rumit? Dia hanya mahu Aayiz mengerti yang semua ini terjadi untuk kebaikan mereka berdua. Hanya itu. Kenapa malah jadi makin runyam begini?

"Orang macam kau yang tak sanggup, yang takut hilang mak bapak, yang rela pertaruhkan nyawa untuk mak bapak, takkan pernah faham perasaan orang macam aku! Bagi orang macam kau, mak bapak yang baik, yang penyayang, sosok yang hebat, semua tu tak sama dengan apa yang orang macam aku nampak dan rasa selama ni!"

"Bagi orang yang macam aku, mak bapak nampak menyeramkan. Nampak macam orang yang bila-bila masa je boleh bunuh orang macam aku! Kau tak faham tu dan takkan pernah faham!"

Aaisy menunduk. Dia ingin membantah semua ujaran Aayiz itu. Tapi dia takut jika dia bantah semua ucapan Aayiz sekarang, lelaki itu akan semakin jauh. Dia takut sosok adik yang selama ini ia inginkan semakin menjauh dan akhirnya menghilang.

"Untuk orang macam kau, semua orang boleh pergi kecuali mak bapak. Mereka dunia korang, nyawa korang. Tapi tak untuk orang macam aku. Aku tak boleh faham perasaan kau, Aaisy. Aku tak dapat apa yang kau dapat. Aku bukan pilihan untuk mereka dan sikit pun aku tak boleh nak faham dekat mana letaknya kebaikan yang kau sebut-sebut tadi tu. Aku tak boleh," ujar Aayiz perlahan. Dia mengambil tempat duduk dan bersandar lesu.

"Untuk orang macam kau yang berharap terus ada dengan mak bapak, yang nak mak bapak ada setiap saat dengan kau, aku tak mampu faham tu. Sebab untuk aku, aku berharap tak pernah ada lagi mak bapak dalam hidup aku. Kejam? Jahat? Cakaplah apa pun, aku cuma berharap aku atau mereka yang menghilang."

"Untuk orang yang macam kau, yang hidup untuk mak bapak, abadikan seluruh hidup kau untuk balas jasa mereka, aku takkan mampu faham. Sebab yang ada pada aku sekarang hanya rasa kecewa, hampa dan benci," sambungnya lagi. Aayiz benar-benar ingin abangnya ini mengerti dan berhenti bermimpi konyol seperti tadi.

"Untuk orang macam kau, ibu adalah bidadari tak bersayap dan ayah adalah pahlawan tak berkuda. Untuk orang macam kau, ibu adalah sosok penyayang dan ayah adalah sosok penyelamat. Tapi bagi aku, semuanya terbalik."

"Aku tak pernah dapat kasih sayang dari sosok penyayang tu. Aku selalu dapat sakit dari dari sosok penyelamat tu. Perasaan sakit tu buatkan aku jadi benci dan aku tak boleh nak faham sikit pun apa yang orang macam kau cakap soal mak bapak."

"Tapi mama dengan papa tak seteruk tu, Aayiz! Diorang beru-" Tak sempat habiskan ayat, Aayiz terus menghempas kasar tangannya atas meja dan menatap tajam ke arah Aaisy.

"KAU TAK FAHAM, MUHAMMAD AAISY! KAU TAK FAHAM!" Berombak laju dadanya. Aaisy benar-benar dibuat terkedu.

"Saat orang macam kau berterima kasih dan berusaha balas kebaikan mak bapak, orang macam aku pula sibuk berfikir macam mana nak lari dari kekangan mereka! Bila orang macam kau anggap mak bapak sebagai rumah paling nyaman dan aman, orang macam aku anggap mak bapak sebagai tempat menumpang yang bayarannya gunakan mental dan fizikal!"

"Waktu orang macam kau ada tempat nak berkeluh kesah, nak bercerita, nak bersandar kala terpuruk, orang macam aku pula terpaksa meringkuk bawah selimut pendam semuanya sorang-sorang! Langsung tak ada keadilan untuk kami dan semudah tu je korang berkata-kata seolah kami tak berusaha untuk baiki semuanya! Kami usaha... Kami usaha, Aaisy! Sampai satu tahap kami dah penat dengan semuanya! Cukuplah! Semua ni dah cukup sakit untuk kami. Untuk aku, Aaisy. Cukup!"

"Berhenti cari cara untuk baiki hubungan keluarga kita sebab aku tak nak baiki apa-apa! Aku letih, Aaisy! Aku hampir gila, hampir mati dengan keadaan ni! Cukuplah seksa aku macam ni, Muhammad Aaisy!"

Aayiz hambur tangis di hadapan Aaisy. Dia tak mampu menahan diri lagi. Biarlah Aaisy melihatnya begini. Semoga setelah ini, Aaisy benar-benar berhenti mengganggu dirinya. Cukup, dia sudah terlalu letih untuk membidas, membalas dan mengungkap perasaannya lagi. Dia hanya mahu hentikan semua ini.

"Aku takkan menyerah, Aayiz. Aku akan pastikan kau kembali pada kami. Aku janji," ucap Aaisy dan terus minta diri. Tanpa menunggu jawapan, dia pergi meninggalkan Aayiz yang semakin kuat menangis kerana ucapannya itu tadi.












- Continue -

[C] AKU BUKAN PILIHANWhere stories live. Discover now