• Bab 08 •

284 26 0
                                    

AAYIZ tak henti-henti menangis kerana sakit di dadanya. Uzayr pula dah buntu tak tahu nak buat apa selain bantu mengusap dada Aayiz.

"Sa-kit!"

"Aku ajak pergi hospital kau tak nak. Aku tak tahu nak buat apa, Yiz." Aayiz teresak. Dia tepis tangan Uzayr.

"Pergi... Jom, pergi hospital..." ajaknya dengan nafas sesak. Uzayr lega kerana Aayiz tidak lagi berdegil. Dibawa lelaki itu terus masuk dalam kereta menuju ke hospital berdekatan.

Aayiz baru sampai tadi terus menangis-nangis sakit. Uzayr jadi buntu. Dah lah ajak pergi hospital pun tak nak. Tak tahu nak tolong macam mana kalau diri sendiri pun tak reti nak tolong diri.

AAYIZ tersengih dengan wajah pucatnya. Uzayr berdecit. Sungguh menyakitkan hati. Untung tak ada yang serius.

"Sakit lagi ke?" Aayiz menggeleng.

"Sorry... aku tak tahu aku kena gastrik..." Uzayr mengeluh dan mengangguk faham.

"Lain kali ingat, pemakanan kena jaga. Kau dapat penyakit gastrik tu semua sebab kau selalu tunda makan." Aayiz mengangguk lesu.

"Jom, balik." Aayiz akur. Uzayr terus menarik tangan Aayiz untuk dipapah. Penyakit baru Aayiz, gastrik. Tak pasal-pasal mendapat.

"Uz... aku ada cerita. Tapi aku mengantuk..." Tubuh Aayiz dibaringkan setelah Uzayr turunkan seat.

"Tidur jelah. Esok baru cerita. Rehat, kau tu baru lepas kena suntik." Aayiz mengangguk faham.

AAYIZ terjaga dari lenanya dan bergegas mencari Uzayr. Tanpa mengetuk pintu, dia menerjah masuk begitu sahaja.

"Uzayr!"

"Ketuk pintu, Aayiz!"

"Itu tak penting! Sekarang ni, nombor ni tak boleh tutup!" Uzayr melihat leher Aayiz. Sudah begitu lama sejak dia melihat nombor itu.

"Uz... Ka-kalau diorang jumpa aku macam mana? Macam mana kalau-"

"Tenang, Aayiz. Diorang semua dah mati. Jangan gelabah macam ni." Aayiz menggigit hujung kukunya.

"Foundation habis?" Aayiz mengangguk.

"Baju leher panjang?"

"Tak ada... Aku tak tahu kenapa tak ada." Uzayr jadi faham kenapa Aayiz gelisah tak tentram.

"Bagi botol foundation kau. Aku pergi beli. Tapi sementara tunggu, jangan keluar langsung." Aayiz mengangguk.

"Cepat... aku takut." Uzayr tersenyum dan mengangguk.

"Pergi ambil." Aayiz bergegas kembali ke biliknya untuk mengambil botol kosong foundation miliknya.

"Nah."

"Code berapa?"

"001. Kalau tak ada, kau cari lagi. Aku tak nak tunggu lama-lama." Uzayr mengeluh berat. Dia mengambil botol foundation itu dan diletakkan atas meja. Dia kemudian memegang kedua belah bahu Aayiz.

"Aayiz, calm down. Aku janji dengan kau aku takkan biarkan kau kembali ke tempat tu. Okay? Don't be scared." Aayiz terduduk di atas lantai. Tubuhnya menggigil.

"Uz, cepat..." Uzayr mengangguk.

"Aku keluar kejap. Take care." Aayiz tak membalas. Uzayr membawa botol kosong itu bersamanya.

Aayiz pandang cermin full body di sudut bilik Uzayr itu. Dia perlahan-lahan mendekati cermin itu.

Jelas terlakar tanda nombor dilehernya. Dia teresak perlahan. Dia tak mahu kembali ke tempat itu. Dia tak mahu kembali ke tempat itu lagi walau hanya sekadar lalu.

"Subjek 334, datang sini atau kau akan dapat hukuman sebab tak jalani tanggungjawab!"

"ARGHHH! AKU BENCI KAU! BENCI!" teriaknya kuat. Nombor '334' yang tercetak itu menakutkan.

Rasa benci semakin menebal dan rasa dendamnya semakin kuat. Semua kerana keluarganya. Kerana Aaisy. Kerana ibu bapanya. Dia benar-benar membenci mereka.

"Cepatlah Uzayr..." lirihnya amat perlahan. Kedua belah lututnya dipeluk erat.












- Continue -

[C] AKU BUKAN PILIHANWhere stories live. Discover now