SEHARI telah berlalu setelah kejadian dia yang melarikan diri dari tempat ngeri itu. Sehari di situ, dia mendapatkan ucapan tajam dan tatapan yang menyiratkan rasa cemburu yang dalam.
Belum lagi orang yang baru dikenalnya ini selalu mencari gaduh. Uzayr Eskandar. Itu yang dia dengar saat penyelamatnya tadi kenalkan lelaki itu padanya.
"Berapa kali nak aku ulang? Aku tak suka kau panggil aku dengan panggilan tu!" bentak Aayiz. Sungguh, dia benci panggilan itu. Dia bukan pengembang roti. Dia Aayiz, Yiz! Bukan yis!
"Panggilan sayang aku untuk kau, Yis!" sengaja Uzayr menekan panggilannya itu.
"Tak nak! Aku bukan yis roti! Panggil je aku, Aayiz!"
"Eh, kau sekarang dekat rumah aku, kenalah dengar cakap aku! Kalau tak, aku bagitahu diorang suruh pulangkan kau dekat tempat tu semula!" Aayiz terdiam sesaat. Ah, dia lupa yang dia menumpang. Dia lupa yang dia sepatutnya menjaga sikap. Dia tak mahu kembali ke sana.
"Fine! But, please tukar... Yis tu untuk roti, Es..." Aayiz mengalah. Sedaya upaya dia menyembunyikan kesedihannya. Dia terasa dengan ucapan Uzayr. Lelaki seusianya itu benar-benar bercakap lepas saja.
"Kau pun kena tukar juga, aku bukan ais sampai kau nak panggil aku dengan panggilan Es."
"Okay! Kita dua-dua tukar panggilan. Deal?" Uzayr mengangguk setuju.
"Deal!"
Aayiz menghela nafas lega. Akhirnya! Dia kemudian kembali ke bilik yang disediakan untuknya. Uzayr mengekor.
"Kenapa ikut aku?" soal Aayiz malas.
"Suka hati akulah, ini rumah aku. Bukan rumah kau. Lagipun, kau tu menumpang je. Nanti daddy dengan along hantar kau pergi juga." Lagi. Aayiz benar-benar dibuat makan hati oleh Uzayr.
Aayiz menghiraukan lelaki itu dan naik atas katil untuk tidur. Dia masih berasa sakit akibat cip gps yang dibuang itu. Meskipun sudah diubati, dia masih dapat rasakan rasa sakit yang amat kerana anggota badannya itu dijahit.
UZAYR menggeram marah. Dengan kasar dia menolak Aayiz hingga jatuh dari sofa.
"Eskan!" tegur alongnya.
"Bukan salah, angah! Budak ni yang salah! Semua benda dia ambil dari angah! Dia tu menumpang je! Kenapa masih dekat sini? Patutnya daddy dengan along halau dia dah!" Amarah menguasai.
"Eska-"
"Betul. Patutnya saya dah dihalau kan? Kenapa saya masih dekat sini..." potong Aayiz. Dia terus beredar dan menghiraukan panggilan itu.
"Eskandar! Along dengan daddy tak pernah ajar angah jadi macam ni! Kecil-kecil dah pandai cakap macam tu!" Berkaca-kaca mata Uzayr akibat dimarahi.
"Dia tu perampas! Dia rampas daddy dengan along dari angah! Angah benci dia! Dia tak patut ada dekat sini! Daddy dengan along bukan keluarga dia pun!"
Pergaduhan itu berterusan tanpa seorang pun sedar yang Aayiz masih berdekatan situ dan mendengar semuanya.
"Aayiz patut pergi..." gumam Aayiz perlahan. Otaknya juga menyokong. Dia sudah putuskan, dia akan pergi malam nanti.
- Continue -
YOU ARE READING
[C] AKU BUKAN PILIHAN
Random[C O M P L E T E] Memilih atau dipilih, sayangnya... Aku bukan pilihan. Aku hanya pengganti. Pengganti disaat Aaisy sakit, pengganti disaat Aaisy tak mampu melakukan sesuatu. Aku Muhammad Aayiz. Yang sayangnya lahir dikeluarga yang tidak tahu erti...