• Bab 21 •

222 23 0
                                    

AAISY menghela nafas berat. Iman kerut dahi melihat sahabatnya tertekan begitu. Jujur, dia cukup tahu apa punca Aaisy begitu.

"Kau kenapa?" soal Iman.

"Aku tak tahu macam mana lagi nak pujuk Aayiz, Iman. Sekarang dia langsung tak nak bercakap dengan aku. Buat aku macam tak wujud. Aku tak tahu apa yang patut aku buat." Ceritanya. Iman sudah agak ada kaitan dengan Aayiz.

"Aaisy, bukan ke kau patut menyerah je? Aayiz takkan beri peluang. Dia... aku tak nak cakap ni tapi... Aayiz dah terlalu lama terseksa. Hati dia terluka parah dan tak mungkin semudah tu untuk dia terima kau atau mak bapak kau."

"Aaisy, seorang anak takkan mampu membenci ibu bapa dia sendiri. Tapi kalau sampai dah rosak mental Aayiz tu, bukan takat benci, tapi akan ada satu tahap di mana dia muak dengan hidup dan ambil keputusan yang buruk untuk akhiri masalah," sambung Iman. Aaisy pandang Iman tak percaya.

"Aku tahu aku jahat dengan adik kau. Tapi kau tahu, Aaisy... Aku pernah ada dekat tempat kau. Aku lagi-lagi buat kesalahan yang sama dan sekarang aku takut."

"Maksud kau?" soal Aaisy. Dia tak begitu banyak tahu soal Iman kerana lelaki itu benar-benar tertutup. Bahkan dia tak tahu bagaimana kehidupan Iman sebelum ini.

"Aku pernah ada adik. Hidup aku dengan adik aku sama macam hidup kau dengan Aayiz. Dibandingkan, dilebihkan seorang dan pilih kasih yang teruk. Adik aku akhirnya buat keputusan gila, dia overdose dan koma. Beberapa hari lepastu, dia meninggal..." Aaisy terkedu.

"Aku tahu bahayanya rosak mental. Aku tahu bahayanya tekanan yang Aayiz dapat untuk kehidupan dia. Aku tahu tapi aku tak boleh kawal diri dan tambah tekanan Aayiz sebab aku tak nak tengok kau menyesal macam aku. Tapi aku rasa aku buat semuanya jadi makin teruk. Aku minta maaf."

Aaisy menghela nafas perlahan. Dia ukir senyuman nipis dan memandang Iman.

"Aku hargai usaha kau. Terima kasih. Tapi aku takkan menyerah pada Aayiz. Aku sayang adik aku dan aku tak nak semua ni terus berlanjut. Aayiz berhak rasai kasih sayang keluarga. Aku akan berusaha untuk buat Aayiz diterima dan keluarga aku lengkap dipenuhi kebahagiaan." Iman tersenyum.

"Aku akan sokong apa sahaja yang kau buat, Aaisy. Ak-" Deringan telefon Aaisy menghentikan ucapan Iman.

"Angkatlah." Aaisy mengangguk. Iman terus tarik air dan dihirup perlahan. Dahaga.

"Hah?!" Iman memandang wajah panik Aaisy.

"O-okay..." Aaisy tamatkan panggilan dan terus mendail nombor seseorang. Kegelisahan Aaisy itu mengundang tanda tanya pada Iman.

"Hello, Uzayr..." Iman tersentak melihat air mata Aaisy.

"Aku minta maaf... Tolong balik sekarang, Uz... Aku merayu... Aayiz... Aayiz perlukan kau..."

"Aaisy? Kau menangis ke? Kenapa ni?" soal Uzayr dari dalam talian.

"Aku tak boleh jelaskan sekarang. Tapi tolong balik... Aayiz gantung diri, Uzayr... Tolong balik..."

TEPAT saat Aayiz tergantung di kipas, pintu bilik lelaki itu dibuka. Orang itu benar-benar terkejut dengan pemandangan itu dan kaki terpaku tak mampu digerakkan.

Beberapa saat setelahnya dia tersedar dan bergegas mencari cara itu turunkan Aayiz dari sana.

"Aayiz kenapa buat macam ni?" gumam orang itu perlahan.

Setelah berjaya turunkan Aayiz, dia baringkan lelaki itu di atas pangkuannya.

"Ke-kenapa... Kenapa grandpa datang? Kenapa selamatkan Aayiz?" soal Aayiz lirih dan perlahan.

"Aayiz kesayangan grandpa. Tak mungkin grandpa biarkan Aayiz pergi tinggalkan grandpa macam ni. Tunggu, grandpa panggil dokter."

Aayiz hanya diam membiarkan air matanya jatuh. Dia kehilangan semangat hidup, dia mahu mati. Padahal sebentar sahaja lagi tali yang menjerut kuat lehernya itu bakal merentap nyawanya.

Tubuh Aayiz dipeluk dengan erat sebelum Tuan Ilham bersuara, "Aayiz budak baik. Jangan buat macam ni, sayang... Grandpa tak nak hilang cucu kesayangan grandpa ni." Sayu hatinya saat melihat Aayiz.

"Aayiz penat, grandpa... Penat sangat..."













- Continue -

[C] AKU BUKAN PILIHANWhere stories live. Discover now