• Bab 12 •

260 21 0
                                    

PAGI harinya, Aayiz masih dalam mood yang buruk dan terkadang menangis tiba-tiba hingga buatkan Uzayr semakin bingung.

"Kau kenapa, Yiz? Aku ada buat salah lagi ke dengan kau?" Aayiz menggeleng dan menyeka air matanya.

"Habistu? Cuba cerita dengan aku. Kenapa?" Uzayr berusaha untuk korek informasi. Siapa tahu ada yang menyakiti Aayiz lagi.

"Aku... aku macam budak kecil..."

"Astaghfirullah! Muhammad Aayiz!" Dek kerana geram, tanpa sedar suaranya meninggi. Aayiz menangis dalam diam.

"Look, kau macam budak-budak sekalipun apa masalahnya, Aayiz? At least kau jadi diri kau sendiri. Tak fake, tak munafik. Kau kenapa hah? Selalu macam ni!" marah Uzayr kerana geram.

"Yiz, sebab perangai budak kecil kau tu lah aku suka kawan dengan kau. Aku suka sakat kau, tak payah lah nak insecure bagai macam ni. Membazir je air mata kau tu." Aayiz memainkan jari-jarinya. Dia gelisah tak tentu arah.

Semua angkara panggilan telefon yang dia dapat. Pergaduhannya dengan Tuan Ilyas buatkan dia jadi berfikir tentang ucapan lelaki paruh baya itu.

"Papa cakap lelaki tak boleh nangis, lelaki tak boleh manja, tak boleh macam budak-budak... Papa cakap aku akan dibenci kalau terus macam ni... Papa cakap kau pun akan benci aku sebab aku gedik, mengada-ngada, manja, ce-"

"Yang berkawan dengan kau, yang hidup dengan kau sekarang ni aku ke bapak kau? Hm?" potong Uzayr mendatar. Aayiz diam.

"Yang ada dengan kau, yang jaga kau, yang hampir 24 jam dengan kau setiap hari, aku atau bapak kau?" soal Uzayr lagi. Aayiz hanya diam tak berkutik. Sudah jelas bukan? Tentu sahaja Uzayr Eskandar. Tuan Ilyas mana nak peduli padanya.

"Aku dah cakap dengan kau banyak kali, Aayiz! Aku tak peduli kau pondan ke, maknyah sekalipun, selagi aku selesa berkawan dengan kau, selagi kau tak bawa aku terjerumus dekat mana-mana jalan yang menyesatkan, tak peduli kata orang, aku akan tetap kawan dengan kau! Kalau ramai orang yang hina kau, aku cukup bawa kau jauh-jauh, kita kawan berdua je. Tak ada masalah pun."

"Tak payah nak burukkan diri, nak menangis bagai nak rak macam ni. Biarlah manja, cengeng apa semua tu. Apa? Lelaki tak ada perasaan? Macam tu? Aku rasa otak bapak kau yang bermasalah. Cukuplah, Aayiz! Aku tak suka tau kawan aku menangis-nangis sebab benda macam ni. Bazir air mata!"

"Yang berkawan dengan kau ialah aku! Bukan bapak kau! Selagi bukan aku yang cakap, tak payah fikirlah! Kau dah besar, Aayiz, cukuplah dengar mulut orang sampai bebankan otak kau sendiri!"

Uzayr menghela nafas berat. Dia memandang Aayiz yang terus menunduk dan diam itu. Dia letak tangan atas bahu Aayiz.

"Aayiz, tak ada yang sakitkan kau kecuali fikiran kau sendiri. Tak yang bataskan hidup kau kecuali ketakutan dan trauma kau sendiri. Tak ada yang kawal diri kau kecuali keyakinan kau sendiri. Dari awal, kau fikirkan mulut orang sampai bebankan otak kau sendiri. Cukuplah, Muhammad Aayiz. Kau sakit sebab beban fikiran kau." Uzayr ukir senyum nipis.

"Cukuplah... Kau jadi diri kau sendiri je, Yiz. Abaikan mulut-mulut yang mengata dan menghina tu. They don't even know you."

UZAYR masuk ke bilik Aayiz untuk meminjam mesin laminate. Tapi dia dibuat mengucap panjang dengan Aayiz.

"Apasal kau tak lap rambut ni, Muhammad Aayiz? Masuk angin nanti! Aircond lagi, suhu berapa ni? Sejuk sangatlah!" bebel Uzayr. Aayiz menghela nafas pendek.

"Aku letih..." Uzayr berdecit. Buat dah perangainya tu.

"Kot ya pun letih, lap lah dulu rambut tu. Air menitik-nitik lagi tu, Aayiz! Kau boleh masuk angin nanti!" Aayiz mengangguk sahaja tanpa ada niat mahu lakukan. Dia benar-benar penat dan kehabisan tenaga.

Uzayr mengeluh dan mencapai tuala milik Aayiz yang tergantung. Dia duduk di belakang Aayiz dan terus lap rambut lelaki itu. Aayiz memejam mata. Rasa penat ini buatkan dia bertambah mengantuk.

"Mana remote aircond?" soal Uzayr.

"Atas katil ni je..." Uzayr mengeluh dan mencari di mana letak alat kawalan jauh penghawa dingin itu.

"YaAllah! Aayiz, kulit kau ni kulit buaya ke? Orang gila mana yang tahan tak berselimut, berseluar tiga suku dengan baju lengan pendeknya, duduk dalam bilik bersuhu 15°C ni?!" Aayiz tumbang ke kiri. Dengkuran halus menyapa telinga. Uzayr mengeluh kasar.

"Aku betul-betul tak faham perangai ajaib kau ni, Yiz," gumam Uzayr. Dia naikkan suhu jadi 22°C dan betulkan posisi Aayiz. Selimut ditarik dan tubuh Aayiz ditutup. Televisyen ditutup dan Uzayr terus tekan suis lampu tidur.

Setelah dipastikan Aayiz selesa, barulah dia tutup lampu dan terus keluar sebelum pintu ditutup rapat.

"Aku nak guna mesin laminate tadi..." Dahi ditepuk perlahan saat mengingat tujuannya ke mari sebentar tadi. Nafas dihela.

"Esok jelah. Kesian juga." Uzayr kembali ke biliknya.












- Continue -

[C] AKU BUKAN PILIHANWhere stories live. Discover now