AAYIZ minta diri pada grandpa dan terus memecut keretanya laju. Dia merindukan katilnya. Dia juga selamat dari amarah sang ayah.
"Kenapa papa tak halang dia?" soal Tuan Ilyas. Tuan Ilham menatap anaknya itu.
"Siapa?"
"Budak tu lah!"
"Siapa?" soal Tuan Ilham lagi.
"Aayiz!"
"Ouh." Tuan Ilyas tercengang.
"Pa! I'm serious!" Tuan Ilham berdecit dan berlalu duduk di sofa.
"Ilyas, anak kamu ada berapa?" soal Tuan Ilham. Tuan Ilyas duduk di sofa dan memandang pelik papanya itu.
"Dua?"
"Habistu, kenapa hanya satu yang kamu perhatikan? Ilyas, antara kamu dengan arwah abang kamu dulu, ada ke papa bandingkan kamu berdua? Sayang lebih salah sorang? Ada?" Tuan Ilyas berdecit.
"Pa, Aayiz tu berlakon jelah! Banyak aduan tau pasal dia! Dulu, dekat rumah anak yatim sampai nak mati anak orang dia buat! Lepastu cuba bunuh diri dengan kelar leher sendiri! That's too much!"
Tuan Ilham ketawa. Melampau? Tak sedar langsung ke itu adalah cara Muhammad Aayiz meminta pertolongan? Tak sedar langsung ke itu cara Muhammad Aayiz beritahu bahawa dia tak sanggup lagi?
"Ilyas, belajar perbaiki diri. Tengok balik apa yang kamu buat salah sampai Aayiz macam tu."
"Papa selalu bela Aayiz! Siapa anak papa sebenarnya? Yas ke Aayiz?!" soalnya kuat. Tuan Ilham berdecit.
"Ilyas Danish, sekarang yang salah adalah kamu! Kamu dan isteri kamu! Cukuplah tutup mata terhadap Aayiz. Berhenti memaksa dia seolah dia cuma hidup menumpang. Jangan sampai satu tahap, Aayiz cakap benci dengan keluarga dia sendiri."
"He can't. Never. Tak ada anak yang berhak untuk membenci mak bapak dia. Lagi satu, anak mana yang mampu membenci orang yang lahirkan dia?" Mendengar penuturan itu, Tuan Ilham ketawa kuat.
"Ilyas Danish, kamu mengarut apa? Berhak atau tidak, bukan kamu yang putuskan. Mampu atau tidak, bukan kamu yang tentukan. Papa pun boleh cakap macam tu, Ilyas. Tak ada mak bapak yang ada hak untuk kawal anak macam robot. Tak ada mak bapak yang berhak jahat terhadap anak."
"Tapi, akhirnya apa? Banyak yang kawal anak macam robot, banyak yang berperilaku jahat pada anak. Macam tu juga sebaliknya. Anak tak berhak membenci ibu bapa?"
"Mungkin betul, tapi untuk ibu bapa yang jenis macam kamu dan isteri kamu, papa cukup yakin yang Aayiz berhak untuk membenci. Aayiz bahkan mampu membenci abang dia sendiri sekarang. Tak mustahil suatu saat nanti giliran kamu dan isteri kamu pula."
Tuan Ilyas terdiam bisu. Tuan Ilham ukir senyum senget. Jahatkah dia jika dia ingin cucunya membenci ayah sendiri? Selama ini, apa jua yang terjadi terhadap Muhammad Aayiz, Tuan Ilham lah yang paling tahu.
Jadi tak salah bukan? Tak salah jika dia lebih kasar dan tegas dengan anaknya yang sudah berani menyakiti cucu kesayangannya.
"Kamu dan isteri kamu adalah ibu bapa yang teruk. Jangan sampai nanti jatuh derhaka terhadap anak. Banyak salah kamu berdua dengan Aayiz. Cepat-cepatlah sedar dan perbaiki semuanya. Aayiz tu manusia yang lemah. Silap sikit, hancur semuanya."
"Jangan nanti Aayiz pergi, korang pula yang menangis-nangis merayu minta dia kembali. Ingat, Ilyas... hati yang sering dilukai takkan sembuh hanya dengan waktu. Jangan sampai menyesal."
- Continue -
YOU ARE READING
[C] AKU BUKAN PILIHAN
De Todo[C O M P L E T E] Memilih atau dipilih, sayangnya... Aku bukan pilihan. Aku hanya pengganti. Pengganti disaat Aaisy sakit, pengganti disaat Aaisy tak mampu melakukan sesuatu. Aku Muhammad Aayiz. Yang sayangnya lahir dikeluarga yang tidak tahu erti...