• Bab 20 •

264 26 4
                                    

TERESAK-ESAK Aayiz menangis menatap Uzayr dari dalam talian. Dia benar-benar tak mahu Aaisy berada dekat dengannya.

"Baliklah, Uz..." lirih Aayiz.

"Yiz, aku ada kerja dekat sini. Kau tahanlah seminggu."

"Aku tak nak Aaisy! Dia tu menyibuk!" bentak Aayiz.

"Muhammad Aayiz..." tegur Uzayr. Aayiz berdecit dan terus tamatkan talian setelah berkata, "Aku tak nak kau juga! Semua menyakitkan hati!"

Sudahnya dia menangis sendirian dalam bilik itu. Aaisy di luar bilik hanya mampu mengeluh kecil. Patut ke dia tinggalkan Aayiz?

"Kenapa serumit ni?" soal Aaisy sendirian. Setelah berfikir panjang, dia masuk ke dalam bilik Aayiz dan melabuhkan punggung di birai katil Aayiz.

Lengan Aayiz diusap lembut beberapa kali sebelum dia bersuara.

"Aku bukan Uzayr yang pandai memujuk, yang tahu banyak perkara tentang kau. Tapi, tak salahkan kalau kau bagi aku peluang untuk baiki hubungan kita? Lagipun... aku ni abang kau..." Lembut Aaisy berujar.

"Pergi," arah Aayiz dengan suara yang sedikit serak.

"Aku tak mungkin tinggal kau yang macam ni." Setelahnya keadaan menjadi hening. Aaisy berasa canggung dengan hal ini.

"Em... Yiz, kau nak peluk?" Aayiz teresak kuat. Dia terus tarik abangnya itu dan terus memeluk Aaisy dengan sangat erat.

"Aku nak Uzayr dekat sini... aku tak biasa bila dia tak ada macam ni..." luah Aayiz dengan lirih. Aaisy yang terkedu terus tersedar dan mengusap lembut kepala Aayiz.

"Untuk sementara, aku akan usaha jagakan kau macam Uzayr. Bagi aku peluang. Aku janji takkan kecewakan kau," ucap Aaisy. Aayiz leraikan pelukan.

"Kau takkan mampu."

"Berikan aku peluang, Aayiz. Aku nak rasa jadi seorang abang." Aayiz menunduk. Mungkin lebih baik kalau Aaisy kata dia menyerah.

"Aku penat. Aku nak tidur, tolong keluar." Aaisy mengangguk faham. "Baringlah, aku tutupkan lampu."

"JANGAN!" Naik dua oktaf suara Aayiz. Aaisy terkedu.

"Ke-kenapa?" soal Aaisy.

"Aku tak sengaja. Tak apa, biarkan je lampu tu. Pergilah." Aaisy tiada pilihan selain akur. Dia mengangguk dan terus berlalu keluar kemudian terus tutup rapat pintu bilik, Aayiz.

HAMPIR seminggu Aayiz benar-benar menolak kehadiran Aaisy. Dengan Uzayr pun lelaki itu masih merajuk.

"Aayiz, aku dah siapkan makanan dekat dapur. Pergilah makan."

Aayiz bangun tanpa kata dan menuju ke dapur. Sudah agak lama Aaisy tak mendengar suara Aayiz. Rasa macam dia sendirian di rumah sedangkan dia selalu bersama Aayiz.

"Sampai bila kau nak diam macam ni?" soal Aaisy perlahan. Aayiz sedikit pun tak berniat mahu menjawab.

"Yiz, sejak malam tu kau selalu mengelak dari aku. Bercakap pun tak. Aku ada buat salah ke?" soal Aaisy lagi. Aayiz ambil pinggan yang sudah terisi itu dan terus berlalu ke ruang tamu meninggalkan Aaisy.

Dia duduk di sofa tanpa membuka televisyen. Senyap sunyi sahaja. Aaisy yang melihat itu rasa ingin marah. Sungguh, entah di mana silapnya sampai diabaikan begini.

"Aku keluar kejap," ucap Aaisy. Aayiz langsung tak merespon dan hanya fokus makan. Aaisy menghela nafas berat dan terus beredar. Dia tahu takkan ada sikit pun jawapan dari Aayiz.

Aayiz melihat belakang tubuh abangnya yang sudah keluar dan menutup pintu itu dengan ekor mata sahaja.

"Aku nak mati..." gumam Aayiz. Dia pandang pinggan itu lama dan terus dibawa ke dapur.

Tangannya bergetar saat mahu masukkan sisa makanan itu ke dalam tong sampah. Dia gigit dinding pipi dalamnya dan buang sisa makanan serta pinggan itu ke dalan tong sampah.

Tangan dibersihkan dengan sabun dan dia berlalu naik ke tingkat atas. Sendirian. Dia perlahan-lahan mengukir senyuman hambar.

"Maafkan aku, Uzayr... Maaf..." gumam Aayiz disertai air mata yang mengalir dengan deras.

Kerusi ditarik ke bawah kipas yang berhenti berputar itu. Tali yang diambil semalam dari dalam bilik stor diikat kemas pada kipas itu.

Satu gelung tali yang terjuntai itu dimasukkan ke lehernya. Dia ketawa kecil. Sudah lama dia mencari peluang. Untunglah Uzayr tiada di depan mata dan dia langsung tak melihat wajah Uzayr lagi beberapa hari ini.

Sudah cukup. Sudah cukup dengan semua ini. Dia lelah. Ibu bapanya yang terus menyalahkan dan memaki dirinya bagai dia tak mempunyai perasaan kerana Aaisy yang menolak rawatan untuk menjagakan dirinya selama seminggu.

"Aku dah banyak susahkan orang... kalau aku mati, aku takkan susahkan sesiapa. Aaisy akan sembuh, Uzayr takkan terbeban. Iman takkan sibuk fikir aku yang sakitkan kawan dia. Semua orang akan lebih bahagia kalau aku tak ada," bisik hatinya perlahan. Satu kaki dihulurkan ke depan. Satu kaki lagi menahan.

Berat kaki itu mahu ikut dan turun dari kerusi. Berat rasa ingin biarkan tali itu menjerut lehernya.

"Selamat tinggal, Uzayr..."













- Continue -

[C] AKU BUKAN PILIHANWhere stories live. Discover now