• Bab 36 •

280 22 2
                                    

AAYIZ ketawa kecil melihat hidung merah Uzayr itu. Mungkin patah? Kesian, tapi itulah padahnya bila kuat menyakat.

"Suka kau kan?"

"Mestilah! Siapa suruh kau kuat sakat aku? Kan dah kena. Allah dah bayar cash!" Uzayr mencebik dan menarik kek coklat di hadapan Aayiz.

"Lain kali buka pintu tu hati-hati. Nasib baik tak patah hidung aku. Malu tahu tak? Orang tengok je... Aku rasa macam jadi badut je sekarang ni." Aayiz tersengih menampakkan barisan gigi putih nan rapi susunannya itu.

"Sorry, Abang Uz..."

"Abang lah sangat," ucap Uzayr seraya memutar bola matanya ke atas. Aayiz terkekeh kecil.

"Uz, terima kasih bawa jalan-jalan Terengganu." Uzayr mengangguk dan tersenyum.

"Seronok?" soal Uzayr. Aayiz mengangguk.

"Seronok juga. Lagi-lagi bila aku tengok kuih yang aku tak pernah jumpa macam lompat tikam dalam plastik tu." Uzayr ketawa. Suka betul Aayiz dengan kuih yang satu itu.

"Kalau kau nak, lain kali kita boleh pergi lagi. Jambatan angkat dia tu kau belum tengok lagi," ujar Uzayr.

"Boleh! Lain kali kita lalu situ!" Uzayr mengangguk setuju.

"Aku tak sabar nak baring atas katil aku."

"Rindu rumahlah ni?" usik Uzayr. Aayiz tersengih. Seminggu dia berada di Kuala Terengganu, dia mengunjungi beberapa tempat untuk hilangkan perasaan sedih dan kecewanya itu.

Cukup singkat masa yang diambil dan dia benar-benar merindukan rumah dan katilnya. Dia perlu segera buang jauh-jauh perasaan sedih dan kecewanya itu. Dia perlu segera faham dan sedar siapa dirinya dimata mereka semua.

AAISY tersenyum manis saat papanya membawa dia menemui banyak orang. Aaisy berusaha beramah mesra dan menyembunyikan rasa takutnya.

"Jangan buat papa malu, Aaisy. Sekali kamu malukan papa, jangan harap kamu dapat bebas lagi."

Ugutan itu selalu terngiang-ngiang di telinganya itu. Dia tak mahu mendapat hukuman berat dan kebebasan yang sukar dia dapatkan ini hilang.

Dia belum dapat meraih kepercayaan Aayiz dan dia belum dapat berbaik dengan Aayiz. Dia belum dapat menjadi seorang abang buat Aayiz. Dia tak mahu semua ini terhenti di sini.

"Pa, Aaisy rasa sesak nafas... boleh tak Aaisy rehat kejap?" soal Aaisy. Tuan Ilyas memandang anaknya itu dan mengeluh panjang.

"Pergi duduk dekat meja tu. Nanti papa bawakan makanan. Kalau ada orang tegur, kamu tegur dia balik. Senyum dan jangan tunjuk sakit. Boleh?" Aaisy mengangguk.

Tuan Ilyas tersenyum dan mengusap lembut kepala Aaisy, "Good! Pergilah," ujar Tuan Ilyas.

Aaisy akur dan segera menuju ke tempat yang dimaksud. Dia terus duduk bersandar dan mengatur nafasnya. Dia kelelahan. Aaisy melihat sekeliling.

Dia menghela nafas berat. Sakit rasanya melihat semua kepalsuan di sini. Orang yang baik, ramah, serta dipuji dan dipuja sana sini. Semuanya palsu. Di sini, semua orang sanggup lakukan apa sahaja untuk pangkat dan harta dunia.

Aaisy tahu hal itu dan dia perlu berjaga-jaga. Dia tak mahu terjadi hal buruk padanya sebelum dia berjaya meraih kepercayaan dan maaf dari Aayiz.

"Aayiz... aku bersyukur sangat sebab kau tak perlu rasa apa yang aku rasa..." gumam Aaisy dengan senyum nipis.











- Continue -

[C] AKU BUKAN PILIHANWhere stories live. Discover now