AAYIZ bergegas mendapatkan Aaisy yang masih menangis di atas kerusi. Aayiz tahu Aaisy pasti sangat merisaukan keadaan ibu bapa mereka itu.
"Aaisy," panggilnya. Aaisy angkat wajah memandang adiknya itu dan terus bangun memeluk Aayiz. Untuk saat ini Aayiz biarkan. Uzayr tersenyum nipis melihat interaksi itu.
"Kau nak tolong papa kan?" soal Aaisy penuh harap. Aayiz mengangguk. Aaisy tersenyum dan kembali memeluk adiknya itu.
"Terima kasih... kau boleh jumpa dokter nanti. Dia akan datang sini kejap lagi. Aayiz mengangguk. Dia tolak Aaisy duduk.
"Kau sorang?" soal Aayiz. Aaisy menggeleng.
"Iman pergi cari makanan dengan air." Aayiz mengangguk faham. Tangannya naik ke dahi Aaisy untuk merasai suhu badan lelaki itu.
"Kau kena tahan wad kan?" Tebakan Aayiz tepat. Aaisy menunduk.
"Pergi masuk wad kau. Aku boleh tunggu sini." Aaisy menggeleng.
"Aku nak tunggu keadaan mama dengan papa stabil... aku tak nak masuk wad lagi."
"Boleh tak jangan degil? Kau sakit macam ni nanti aku yang dipersalahkan, Muhammad Aaisy." Aaisy teresak kecil.
"Aaisy, aku tahu kau risau. Tapi dengan keadaan kau macam ni, kau akan mati dekat sini nanti. Pergi masuk wad kau, rehat. Aku boleh urus semuanya. Untuk kalini je, aku minta kau dengar cakap adik kau ni," arah Aayiz. Aaisy menatap Aayiz.
"Tapi-"
"Muhammad Aaisy, aku dah cukup besar untuk tangani situasi yang macam ni. Ikut cakap aku dan masuk wad kau. Hb kau rendah dan kau boleh pengsan. Bahaya. Muka kau tu pun makin pucat. Dengar cakap aku." Aaisy tiada pilihan selain mengangguk akur dengan perintah adiknya itu.
Dia sedar yang saat ini bukanlah waktu yang tepat untuk dia terus berdegil. Dia tahu Aayiz sudah cukup besar untuk tangani situasi ini. Dia hanya takut dengan segala kemungkinan buruk yang mungkin akan terjadi.
"Aaisy, lepas makan ubat terus tidur." Aaisy mengangguk akur dan terus bangun untuk kembali ke wad. Dia perlu percayakan Aayiz.
AAYIZ keluar dari wad dengan memegang lengannya yang terasa begitu kebas dan tak bermaya. Dia hanya mampu mendermakan dua beg darah. Untunglah dua beg darah itu sudah mencukupi.
"Kau kalau hanya nak beri harapan pada Aaisy lebih baik tak payah datang. Aku tahu kau buat semua ni sebab terpaksa. Nak tunjuk baik. Kan?" tuduh Iman. Entah kenapa hatinya benar-benar dikuasi rasa marah pada Aayiz sampai main buat andaian saja.
Aayiz menghela nafas berat dan memandang Iman sekilas. Dia benar-benar sudah kehabisan tenaga untuk melayani Iman yang mahu bergaduh dengannya ini.
"Tak payah nak serkap jarang macam tu. Untuk pengetahuan kau, aku tak buat benda macam ni untuk tunjuk baik pada sesiapa. Pada Aaisy sekalipun."
"Habistu apa tujuan kau? Haritu aku suruh kau kembali pada keluarga kau, bukan main lagi ucapan kau tu. Sekarang tiba-tiba dapat hidayah? Kau dah buang diorang, sekarang kau terhegeh-hegeh nak jadi hero pula? Kau bukan benci sangat ke dengan mak bapak kau?" soal Iman dengan kesal.
Aayiz benar-benar tak mengerti apa yang Iman mahukan darinya. Aayiz menghela nafas berat dan menatap lurus ke depan. Dapat ia lihat Uzayr yang tersenyum padanya di hujung koridor itu.
"Benci, sakit macam mana sekalipun aku sebab perlakuan mak bapak aku sendiri, tak pernah terdetik pun dalam hati aku untuk aku buang mereka. Tak pernah. Jahat macam mana pun, aku tetap seorang anak yang dahagakan kasih sayang mak bapak. Aku cakap macam-macam tapi aku tak mampu buat pun. Aku derma darah aku, itu tak mampu bayar balik apa yang mereka dah beri untuk aku."
"Ya, sakit... Benci, dendam, semua masih ada. Cuma aku bersyukur sebab aku dilahirkan ke dunia ni. Walau sakit, terseksa sekalipun. Aku bersyukur sebab aku dapat jumpa orang yang baik dan mampu berikan aku kebahagiaan dalam hidup. Aku memang tak beruntung dalam hal keluarga, tapi aku cukup beruntung bila dapat Uzayr sebagai kawan yang ada dengan aku setiap kali aku susah mahupun senang. Untuk tu, aku berterima kasih pada mak bapak aku sebab lahirkan aku."
"Kau cerna baik-baik kata-kata aku ni, Iman. Aku buat semua ni bukan untuk tunjuk baik, bukan untuk berlagak baik. Aku cuma nak balas rasa terima kasih sebab dah temukan aku dengan kawan yang betul-betul baik dan mampu terima semua kekurangan aku. Cuma itu. Bukan untuk raih kasih sayang dan perhatian mereka. Aku tak perlu semua tu. Aku dah ada kawan yang aku anggap keluarga dan mampu berikan aku semua tu. Aku dah tak perlukan orang lain dalam hidup aku. Entah tu mak bapak aku atau Aaisy sekalipun." Iman ketap rahang geram dengan jawapan Aayiz itu.
"Berhenti ganggu hidup aku dengan mulut puaka kau tu, Iman. Cukuplah dengan semua ni. Aku tak nak dengar apa-apa dari orang luar macam kau. Lagipun, kau tak ada hak untuk masuk campur dalam urusan keluarga aku."
Tanpa menoleh, Aayiz beredar mendekati Uzayr yang menunggunya di hujung koridor.
Iman mengepal tangannya erat. Aayiz sepatutnya kembali ke keluarganya. Bukan malah berlagak menjadi pahlawan dan pergi tanpa rasa ingin dibalas seperti ini.
Iman tak mahu Aaisy semakin sakit dan terluka dengan kelakuan Aayiz ini. Apa pun caranya, dia akan buat Aayiz kembali pada keluarga lelaki itu sendiri. Cukuplah Aaisy menanggung sakit sebab beban fikiran mengenai Aayiz.
- Continue -
YOU ARE READING
[C] AKU BUKAN PILIHAN
Random[C O M P L E T E] Memilih atau dipilih, sayangnya... Aku bukan pilihan. Aku hanya pengganti. Pengganti disaat Aaisy sakit, pengganti disaat Aaisy tak mampu melakukan sesuatu. Aku Muhammad Aayiz. Yang sayangnya lahir dikeluarga yang tidak tahu erti...