AAYIZ merengus kasar. Padahal dah cakap tak payah datang. Ni datang bawa kawan pula. Benci betul manusia seperti Muhammad Aaisy.
"Yang kau tak faham bahasa kenapa? Aku dah cakap tak payah kan!" marahnya. Aaisy tetap tersenyum. Dah biasa, anggap je angin lalu."Aku ada bawakan mini hokkaido. Makanlah." Aaisy menyerahkan satu kotak kek pada Aayiz. Lelaki itu hanya memandang sebelum Uzayr menyambut huluran itu.
"Tak baik macam tu, Muhammad Aayiz," tegur Uzayr sambil menatap garang lelaki itu.
Dek kerana geram, Muhammad Aayiz memilih pergi ke ruang santai untuk berguling-guling. Sebelah kaki sengaja dihentak kuat-kuat. Biar mereka tahu bahawa dia sedang marah.
"Pfft! Comel..." gumam Aaisy. Iman dan Uzayr menggeleng. Ada je benda nak menyakitkan hati Si Aayiz tu.
"Masuklah, buat macam rumah sendiri."
"Hoi! Rumah ni aku pun bayar! Mana boleh diorang yang tak menyumbang apa-apa nak buat macam rumah sendiri!" teriak Aayiz. Mereka terkekeh. Dengar pula. Nak mengutuk pun payah kalau telinga Aayiz tu telinga lintah.
"Nak minum air tak?"
"Tak payahlah. Kami ni pun baru habis makan." Uzayr mengangguk faham. Mereka bertiga duduk tak jauh dari Aayiz yang sedang berguling sana sini.
"Macam mana dengan Aayiz? Okay?" soal Iman. Uzayr mengangguk.
"Okay, cuma tulang kaki dia je retak sikit."
"Cuai. Uzayr, lain kali letak dia dalam stroller," gurau Aaisy. Uzayr ketawa. Iman menggeleng.
"Merapu je kau! Dengar dekat dia nanti habis muka kau kena cakar," kata Iman. Uzayr mengangguk setuju. Aaisy tersengih.
"Zayr, Aayiz tak benci aku kan?" soal Aaisy. Riak wajahnya juga sedikit muram. Iman memandang Aayiz.
"Jangan risaulah, Aaisy. Dia tak mungkin bencikan kau," kata Uzayr. Aaisy tersenyum hambar. Harapnya begitu.
"Aayiz! Kau benci abang kau tak?!" terkejut mereka saat Iman mula berteriak. Aayiz yang sibuk berguling terus berhenti dan berdiri menuju ke arah mereka.
"Korang mengumpat pasal aku ke?" soal Aayiz mendatar. Serentak mereka menggeleng.
"Dah tu?"
"Jawab je," arah Iman. Aayiz melirik sekilas ke arah Aaisy. Lelaki itu menatap Aayiz penuh harap.
Uzayr juga ingin tahu jawapan Aayiz. Biarpun dia tahu yang Aayiz akan menangkan ego.
"Aku benci dia. Benci sangat. Dah kan? Uz, aku nak naik. Tidur kejap." Uzayr mengangguk.
"Hati-hati. Kalau tak boleh, panggil aku." Aayiz mengangguk dan terus beredar. Iman dan Uzayr memandang Aaisy yang terdiam itu.
"Percaya cakap aku, dia tak maksudkan pun."
"Betul! Adik kau tu kan bela ego setinggi gunung kinabalu." Aaisy mengeluh kecil dan mengangguk faham.
"Tapi jujur, sakit jugalah bila dengar," ucap Aaisy.
PINTU dikuak. Kepala dijengul dan Uzayr ukir senyum nipis. Dia terus masuk ke dalam tanpa izin.
"Kau kenapa?" soal Uzayr sambil duduk di birai katil memandang Aayiz yang memeluk lutut dan sembunyikan wajah pada pelipat tangan.
"Aku teringat waktu aku merayu-rayu nak balik, Uz... Aku teringat macam mana mama tendang aku waktu tu."
"A-aku teringat mama cakap 'Muhammad Aayiz bin Ilyas Danish, mulai harini kau bukan anak aku lagi.' Sakit..." Uzayr berbaring menatap lurus ke atas.
"Dah makan ubat?" soal Uzayr. Gelengan diberi.
"Aku takut..."
"Aku teman kau makan ubat. Ambil ubat, ambil air." Aayiz pandang Uzayr beberapa saat sebelum dia ambil botol air mineral dan botol ubatnya di atas meja tepi katil.
"Telan berapa biji yang patut kau telan." Aayiz lagi-lagi akur.
"Minum air."
Setelahnya, Uzayr ambil botol air itu dan dia tuangkan sedikit atas tangannya sebelum dia raup di wajah Aayiz.
"Hah..."
"Muhammad Aayiz, satu benda kau kena ingat..." Aayiz pandang Uzayr.
"Masa lalu takkan berubah dan masa depan takkan sama seperti masa lalu. Percayalah. Jangan takut untuk melangkah." Aayiz menunduk.
"Uz, tak penat ke? Tak penat ke kena jaga aku? Family aku sendiri pun dah give up. Aku menyusahkan kau je, kan?" Uzayr ketawa dan menggeleng.
"No, Aayiz. Aku tak penat. Jangan risau, okay? Aku tahu kau boleh, aku tahu kau kuat." Aayiz tersenyum.
"Aku ada dekat sini. Aku ada untuk kau, Yiz. Kita kawan baik kan? Kawan yang saling membantu dan suka buat benda random." Aayiz mengangguk dengan senyuman.
"Terima kasih..."
"Sama-sama! Dah, kau pergi mandi. Malam ni aku bawa kau jalan-jalan. Tapi dalam kereta jelah. Kaki kau pun belum elok." Aayiz mengangguk akur.
- Continue -
YOU ARE READING
[C] AKU BUKAN PILIHAN
Random[C O M P L E T E] Memilih atau dipilih, sayangnya... Aku bukan pilihan. Aku hanya pengganti. Pengganti disaat Aaisy sakit, pengganti disaat Aaisy tak mampu melakukan sesuatu. Aku Muhammad Aayiz. Yang sayangnya lahir dikeluarga yang tidak tahu erti...