"AKU minta maaf... Aku minta maaf... Aku tak sengaja..."
"Shh... Dah, dah, Aayiz. Semuanya okay. Aku tak cedera teruk. Jangan nangis lagi." Aayiz menggeleng. Dia pandang tangan Uzayr yang berbalut itu.
"No... I- I just-" Tak sempat habiskan ayat, Uzayr terus memeluk tubuh Aayiz. Lelaki itu hambur tangis kuat di dada Uzayr.
Pagi tadi di benar-benar hilang kendali hingga berakhir disuntik dengan ubat penenang. Apabila bangun, otaknya terus-terusan memutar adegan disaat dia mencederakan Uzayr. Bersalah. Itu yang dia rasakan.
"Aku tahu kau tak sengaja. Tak sakit, Yiz. Jangan nangis lagi dah, aku okay. Yang penting, kau tak cedera. Itu dah cukup," ujar Uzayr lembut seraya mengusap lembut belakang tubuh Aayiz.
"A-aku patut mati... A-ku minta ma-maaf..." Uzayr mengangguk.
"Dah lah, aku dah cakap aku okay. Aku sihat, Yiz. Takat kena kaca tu apalah sangat." Aayiz menggeleng. Dia tahu Uzayr bohong.
Dia jelas ingat bagaimana keadaan Uzayr kala itu. Darah yang mengalir di mana-mana dan Uzayr yang kelihatan tak bermaya. Tingkap wad itu yang menjadi senjata.
Dia mengamuk dan akhirnya menolak Uzayr hingga terhentak pada cermin tingkap. Cermin tingkap itu pecah dan tangan Uzayr yang melindungi kepala serta wajah yang menjadi mangsa.
Aayiz tak bodoh. Dia pernah rasakan hal itu dan itu sangat menyakitkan. Uzayr bohong padanya dan dia benar-benar dihuni rasa bersalah yang besar. Andai saja dia mati, semua ini takkan terjadi lagi.
"Semua sebab aku... Aku hidup, aku susahkan orang... Aku patut mati malam tu... Aku tak patut selamat..."
"Muhammad Aayiz, aku dah cakap kan? Kematian kau takkan ubah apa-apa. Jangan bodoh, Yiz." Keras suara Uzayr. Aayiz menolak Uzayr menjauh.
"Tapi kau tak percayakan aku..." lirih dan sayu suara Aayiz. Uzayr menghela nafas pendek.
"Aayiz... Diorang dah mati. Impossible kalau kau cakap yang kau nampak diorang." Aayiz menunduk mencengkam cadar putih itu.
"Aku tak tipu..."
"Kau tengah sakit waktu tu, Yiz. Mungkin cuma halusinasi kau je-"
"Aku tak sakit! Aku tak halusinasi! Aku tak gila, Uzayr!" potong Aayiz kuat.
"Aku tak cakap kau gila. Mungkin cuma bayangan kau sebab terlalu takut. Trauma kau datang dan kau-"
"AKU TAK SAKIT! AKU TAK GILA, UZAYR! AKU TAK SAKIT! AKU NAK PERGI! LEPASKAN AKU! TOLONGLAH! AKU TAK SAKIT! AKU TAK SAKIT PUN! AKU TAK GILA! AKU NAMPAK! AKU NAMPAK DIA! LEPASKAN AKU! BAWA AKU PERGI JAUH!!" Kuat suara Aayiz menengking dengan juraian air mata yang deras.
"Yiz..."
"AKU TAK GILA! AKU MEMANG NAMPAK! AKU NAMPAK DIA SENYUM! AKU NAMPAK DIA! AKU NAMPAK MACAM MANA DIA PANDANG AKU! AKU NAMPAK DAN AKU DENGAR DENGAN JELAS! DIA PANGGIL AKU! DIA PANGGIL NOMBOR YANG ADA ATAS BADAN AKU! DIA HIDUP! DIA HIDUP, UZ! AKU TAK TIPU! AKU TAK SAKIT! AKU SEDAR! AKU WARAS!" Uzayr mengangguk dan membawa Aayiz ke dalam pelukannya.
Kakinya yang masih terikat pada katil itu menyukarkan dia untuk lari. Aayiz meronta dan memukul-mukul tubuh Uzayr. Namun semua yang dia lakukan itu sia-sia sahaja.
"Aku tak gila... Dia ada, dia datang nak bunuh kita semua... Dia datang nak ambil aku. Lepaskan aku, bawa aku pergi..."
"Tolonglah, Uz... Aku waras, aku tak sakit, aku tak halusinasi... Percayakan aku... Tolong... Aku merayu... Aku takut..." Uzayr menggigit bibirnya sendiri menahan esakan dari terlepas. Sakit. Suara Aayiz, tutur kata, keadaan dan tindakan Aayiz, semua menyakitkan.
- Continue -
YOU ARE READING
[C] AKU BUKAN PILIHAN
Random[C O M P L E T E] Memilih atau dipilih, sayangnya... Aku bukan pilihan. Aku hanya pengganti. Pengganti disaat Aaisy sakit, pengganti disaat Aaisy tak mampu melakukan sesuatu. Aku Muhammad Aayiz. Yang sayangnya lahir dikeluarga yang tidak tahu erti...