• Bab 32 •

225 21 0
                                    

AAISY benar-benar pergi pagi itu bersama Iman. Grandpa pula sudah minta diri setelah sarapan untuk bersiap terbang ke negara orang atas urusan kerja. Fikirnya semua bakal berjalan dengan baik hari itu...

Namun, malam itu benar-benar menjadi mimpi buruk buat Aayiz. Sungguh. Telefonnya dicampak ke dinding dengan kuat.

"ARGHHHHHH!"

Uzayr yang memerhati terus mendekat dan menarik Aayiz duduk di sofa.

"Tenang... Tenang, Aayiz. Tenang," pujuk Uzayr lembut. Dada berombak laju. Aayiz benar-benar rasa diri tak berguna dan menyusahkan.

Uzayr terus mengambil telefon Aayiz yang sudah terbahagi tiga bahagian. Naya, telefon tu tak salah pun.

Telefon itu diletakkan atas meja. Uzayr kemudian melutut dan memegang kedua belah bahu Aayiz yang berusaha mengawal emosi.

"It's okay." Tangan Aayiz yang bergetar teruk itu digenggamnya. Uzayr ukir senyum dan mendongak menatap wajah Aayiz.

"Aku akan temankan kau. Kita pergi sana sama-sama dan kita doakan Aaisy. Okay?" Lembut sahaja Uzayr berkata. Menenangkan. Aayiz menggeleng.

"Aku tak nak." Sebelah tangannya naik menyeka setitis air mata Aayiz.

"Abang kau sekarang tengah bertarung nyawa, Yiz. Kau tahu kan sakitnya macam mana bila kita bertarung nyawa dengan harapan orang yang kita sayang akan datang tengok kita? Akan datang berikan semangat? Tapi yang diharapkan tu tak datang. Kau tahu kan rasanya?" Aayiz menunduk.

"Kita pergi sama-sama, okay? Jangan takut, aku ada untuk kau. Kita kan family." Tenang. Aayiz sedikit tenang dan menatap dalam-dalam anak mata Uzayr itu.

Lambat-lambat dia mengangguk pasrah. Bukan untuk atau kerana Aaisy, tapi kerana Uzayr yang berjaya memujuknya.

"Tapi dalam chat tadi mereka semua maki aku. Mereka salahkan aku sebab Aaisy... Aku ni macam tak ada harga diri je dekat mata mereka semua. Aku ni sampah," ujar Aayiz. Sedikit kecewa saat membaca semua pesan yang ditujukan padanya.

"Aayiz, jangan cakap macam tu. Aku selalu bagitahu kan? Bila kita terlebih emosi, kita kena kawal. Mulut, tangan kita, anggota tubuh kita semua boleh bergerak secara tak sedar dan sakitkan orang lain."

"Mereka tengah emosi, mereka tak bermaksud. Maafkan mereka. Boleh?" Lagi-lagi suara lembut dan pandangan mata yang mampu menenangkan Uzayr tujukan buatnya.

"Sakit... Kenapa kena limpahkan semua kesalahan pada aku? Peran mereka untuk aku selama ni tak ada pun, kenapa limpahkan salah pada aku? Uz, aku jauh dari mereka dan tinggal dengan kau dekat sini. Aku tak usik kehidupan sesiapa... Kenapa mereka kena usik hidup aku? Kenapa mereka kena buat aku gila?"

"Aku ada hati dan perasaan juga... Mereka maki aku, sumpah serapah aku, doakan perkara buruk untuk aku hanya sebab keadaan Aaisy yang drop. Aku salah apa? Dekat mana salah aku?" soal Aayiz.

"Aayiz-"

"Aku dah halang Aaisy. Aku dah halau dia, aku dah suruh dia pergi. Tapi dia degil. Salah aku ke bila dia jatuh sakit macam ni? Aku tak pernah paksa Aaisy untuk ada dengan aku. Tak pernah... Itu keputusan dia dan aku disalahkan atas keputusan dia. Kenapa? Sakit, Uz... Iman pun ikut salahkan aku sebab Aaisy yang paksa untuk tinggalkan rumah waktu subuh." Uzayr terus berdiri dan memeluk Aayiz.

Dia tahu Aayiz takkan berhenti menyoal. Dia tahu Aayiz tak dapat dihentikan sekarang. Dia biarkan Aayiz meluah dan dia akan diam menjadi pendengar yang baik.

"Mana letak salah aku? Aku tak ada paksa dia pergi subuh-subuh tak makan sampai ubat pun dia tak telan. Salah aku ke bila dia ambil keputusan yang rugikan diri dia? Aku dah cuba jauhkan diri, tapi dia yang mendekat. Salah aku ke? Kenapa kena buat aku macam ni?"

"Aku pun manusia... Sakit sangat bila baca apa yang mereka tulis tu. Mereka perli, hina aku macam-macam. Salah aku dekat mana? Dekat mana, Uz?" soal Aayiz lagi. Aayiz tak mengharapkan jawapan. Dia hanya mahu mempertanyakan itu. Andai ada jawapan, dia mahu tahu mengapa. Dia inginkan jawapan sekiranya ada. Tapi dia tahu itu mustahil.

"Waktu aku sakit, waktu aku perlukan mereka, langsung tak ada yang datang. Langsung tak ada yang salahkan Aaisy. Langsung tak ada yang marah. Malah orang luar yang tak aku kenal yang datang selamatkan nyawa aku. Sikit pun aku tak pernah soal mereka tentang tu. Tak ada pun aku hina, maki, doa bukan-bukan atau bahkan memerli mereka. Tapi kenapa bila macam ni, aku perlu terima semua perlakuan buruk tu? Kenapa?"













- Continue -

[C] AKU BUKAN PILIHANWhere stories live. Discover now