DUA TAHUN KEMUDIAN...
"Arghhh!"
"Hoi! Kau dah kenapa?!" Aaisy menoleh dengan dada yang berombak kencang. Nafas cuba diatur.
Iman mendekati sahabatnya itu dan memeriksa suhu tubuh Aaisy. Untunglah sudah hilang sedikit panasnya.
"A-aku dekat mana?" soal Aaisy. Suaranya kedengaran cemas. Berkerut dahi Iman.
"Hah? Kau merepek apa? Kita dekat hospital. Tak ingat ke kau demam tinggi?" Aaisy terdiam sesaat memikirkan apa yang Iman katakan itu.
"Aku nak jumpa Aayiz..." Permintaan Aaisy itu sudah bertahun-tahun dan masih sama. Sejak awal proses penyembuhan hingga kini.
"Nanti dah sihat kita pergi jumpa Aayiz." Aaisy mengangguk akur sahaja. Air mata diseka.
"Lapar tak? Nak aku panggil nurse?" Aaisy menggeleng.
"Tak. Tak payah. Aku nak rest je," ujar Aaisy. Iman mengangguk faham.
Klak!
Pandangan mereka terhala pada pintu yang dibuka itu. Mereka ukir senyum pada dokter yang berada di hadapan pintu itu.
"Rasa okay ke, Encik Aaisy?" Aaisy mengangguk sekali.
"Okay sikit. Terima kasih bantu saya semalam." Dokter itu ketawa kecil dan mengangguk sahaja. Iman terus bertanya tentang keadaan Aaisy saat ini.
Sejak balik dari negara orang, Aaisy kerap sakit. Walau penyakitnya itu berjaya sembuh setelah pemindahan sumsum tulang, Aaisy seperti tiada perubahan kerana tubuhnya yang memang lemah sejak lahir.
Mereka mengangguk faham mendengar penjelasan dokter itu.
"Jadi, esok sa-"
"Dokter! Encik Aayiz, patient dari bilik sebelah mengamuk! Dia cederakan kawan dia!" Tak sempat habiskan ayat, ada seorang jururawat yang menyela dengan cemas. Dokter itu terus minta diri dan bergegas ke ruangan yang dimaksud.
Aaisy memandang Iman yang juga memandangnya. Mereka sama-sama berfikir yang dimaksud itu Aayiz yang mereka kenal. Namun, cepat sahaja mereka tepis.
"Bukan dia. Aku tak rasa tu dia." Untuk sedapkan hati sendiri saja tu. Aaisy berusaha untuk tenang. Tak mungkin Aayiz di sini.
SEGALA barang-barang yang berdekatan dicampak merata-rata. Tak peduli siapa yang mendekat, dia pasti akan halang. Benci, kesal, takut, semua bercampur.
"Please! Aku-""Maaf, encik kena tunggu di luar." Seorang jururawat memberitahu. Dia tiada pilihan lain selain akur. Dia tak mahu sahabatnya semakin teruk. Dia tak mahu melihat penderitaan sahabatnya itu dengan lebih teruk.
"YaAllah... Kuatkan dia. Bantulah dia dalam menjalani ujianMu, YaAllah... Lapangkan dadanya menerima segala ketentuanMu. Izinkan dia pulih semula. Izinkan dia kembali pada kehidupannya... Aku merayu padaMu..."
- Continue -
YOU ARE READING
[C] AKU BUKAN PILIHAN
Random[C O M P L E T E] Memilih atau dipilih, sayangnya... Aku bukan pilihan. Aku hanya pengganti. Pengganti disaat Aaisy sakit, pengganti disaat Aaisy tak mampu melakukan sesuatu. Aku Muhammad Aayiz. Yang sayangnya lahir dikeluarga yang tidak tahu erti...