• Bab 24 •

244 22 6
                                    

AAYIZ berpaut pada bahu Uzayr saat biliknya diterjah. Dia terkejut bahkan takut dihakimi atas perbuatannya.

"Aayiz, jangan benci aku..." ujar Aaisy perlahan. Aayiz menunduk. Dia menggeleng. Dahi diletakkan atas bahu Uzayr.

"Jangan benci aku, Aayiz..." ucap Aaisy lagi. Aayiz menggeleng lagi. "Kau lambat," ujar Aayiz perlahan.

"Kau lambat, Aaisy." Aayiz tak sedikit pun melihat ke arah Aaisy. Tak sedar juga yang bukan hanya Aaisy dan Uzayr yang berada di situ.

Aaisy menunduk. Air mata mengalir turun. Lambat? Benarkah? Aaisy hanya mahu baiki semua ini. Dia hanya mahu kembali bersama dengan adiknya. Salahkah itu?

"Apa yang kau maksud dengan lambat? Aaisy dah bertahun-tahun cuba untuk rapat balik dengan kau!" bentak Iman. Aaisy hanya diam. Hatinya sakit mendengar pengakuan Aayiz itu.

"Jangan tinggikan suara kau, Iman. Aayiz tak suka," tegur Uzayr dingin. Iman berdecit.

"Kalau kawan kau tu sendiri yang bermasalah, jangan libatkan orang lain. Jangan tahu nak menyalahkan orang je!"

"Kau tak tahu apa-apa." Suara perlahan Aayiz itu berjaya hentikan pergaduhan mulut antara Iman dan Uzayr.

"Apa yang aku tak tahu? Kau cuma gila perhatian sebenarnya kan? Suka bila Aaisy macam orang bodoh kejarkan kau?"

"Iman!" tegur Aaisy. Dia pandang Iman dan menggeleng. Cukuplah, dia tak mahu tambah masalah.

Aayiz angkat wajah dan membersihkan air matanya. Dia pandang semua orang yang berada di biliknya itu.

"Bukan Aaisy. Tapi aku. Aku yang macam orang bodoh tunggu keluarga aku sendiri terima aku. Kau nak bandingkan? Iman, kau tak tahu apa-apa. Kau orang asing. Jangan mencelah!" kata Aayiz. Dia pandang Uzayr dan grandpa bergantian sebelum nafas dihela.

"Rumah anak yatim dan rumah keluarga aku, semua tu jadi tempat luka untuk aku. Kau tahu apa soal hidup aku? Kau tahu apa yang aku alami? Tak, Iman. Kau tak tahu. Tak ada siapa yang tahu kecuali Uzayr! Tak ada siapa yang tolong aku kecuali Uzayr!"

"Sekarang aku tanya, siapa korang nak masuk campur dalam kehidupan aku? Siapa kau dalam hidup aku, Iman? Siapa kau dalam hidup aku, Aaisy? Siapa?" soal Aayiz. Matanya tajam menikam wajah Iman dan Aayiz.

Tuan Ilham beredar. Mungkin lebih baik dia tak berada di situ. Ini masalah orang muda. Jika terjadi kekerasan fizikal barulah dia akan masuk campur.

"Aku abang kau. Keluarga kau," jawab Aaisy seraya menatap Aayiz.

"Abang? Keluarga? Kalau betul kau abang aku, keluarga aku, kau takkan sesekali sakitkan aku sampai aku sendiri rasa nak mati." Mereka semua terdiam mendengar ujaran Aayiz itu.

"Abang? Keluarga? Mana? Mana kau bila aku betul-betul perlukan kau? Mana keluarga aku? Mana abang aku? Mana? Diorang tak pernah wujud saat aku perlukan diorang."

"Kau tahu, Aaisy? Waktu tu, aku cuma ada diri sendiri. Lepastu, datang seorang penyelamat yang berjaya selamatkan aku dari kematian. Kau bayangkan, aku masih kecil waktu tu. Tapi terpaksa bertaruh atas hidup aku untuk selamat dari seksaan. Kau boleh bayangkan tak macam mana sakitnya aku?" soal Aayiz. Mereka tak mampu bersuara sedikit pun.

Uzayr diam dan hanya memandang Aayiz. Dia takut Aayiz pengsan lagi. Dia takut trauma Aayiz kembali.

"Penyelamat aku tu yang kenalkan aku pada seorang kawan yang betul-betul setia sampai sekarang. Yang tak pernah berpaling sikit pun pada kau macam orang lain. Kawan yang aku anggap keluarga. Kawan yang berjaya selamatkan aku dari kematian bodoh asbab diri aku sendiri yang lemah. Berkali-kali tanpa jemu."

"Orang yang tak pernah bosan, orang yang tak pernah hakimi perbuatan aku, orang yang tak pernah lelah dengan segala perangai buruk aku. Orang yang betul-betul bawa aku keluar dari masa kelam yang menyakitkan." Aayiz pandang Iman sinis. Bibir ikut mengukir senyum sinis.

"Aku bodoh sebab pernah terhasut dengan kata-kata kau. Nyatanya, sampai sekarang pun aku sedar yang dia takkan pernah jemu dengan aku. Dia takkan pernah rasa aku ni menyusahkan dia. Takkan pernah. Orang tu, Uzayr. Dia je yang ada dengan aku dari dulu sampai sekarang."

"Aku dekat 'rumah anak yatim' sampailah harini. Cuma dia yang betul-betul tunjukkan bahawa dia ialah keluarga sekaligus kawan yang setia. Dekat mana kau? Dekat mana yang katanya keluarga aku? Dekat mana?" soal Aayiz seraya menatap Aaisy yang masih mengalirkan air mata.

"Tak ada. Sampai suatu hari tiba-tiba kau datang dengan kata nak berbaik. Nak perbaiki segalanya. Tapi yang kau buat hanyalah menambah luka dan akhirnya buat aku jatuh benci. Muhammad Aaisy, aku akui aku selalu kalah dengan kau dalam segala aspek. Aku bukan pilihan, aku bukan keutamaan, aku bukan yang terpenting. Aku jauh di belakang kau."

"Tapi, ada beberapa aspek yang aku lebih unggul dari kau dan kau ketinggalan jauh! Aku ada keluarga yang baik, yang mampu terima setiap kekurangan aku tanpa mengungkit. Grandpa tak pernah ungkit masa lalu, tak pernah salahkan aku, tak pernah pilih kasih, tak pernah sebelahkan yang salah. Aku ada kawan yang manjakan aku, aku ada kawan yang nasihatkan aku, aku ada kawan yang mampu ajarkan aku banyak perkara. Aku ada kawan yang mampu jadi keluarga dan sebahagian dari hidup aku."

"Dalam hal tu, aku lebih unggul sebab apa yang mama dan papa beri pada kau adalah sebab kau mampu jadi yang terbaik. Mereka harapkan kau dan letak harapan setinggi langit agar kau balas segala jasa mereka." Aayiz ketawa mengejek.

"Sedang aku tak. Aku hanya diberi harapan dan kepercayaan sesuai dengan kemampuan aku tanpa grandpa atau Uzayr harapkan balasan. Kau kalah dengan grandpa dan Uzayr."

"Uzayr yang aku anggap abang, yang aku anggap keluarga. Bukan kau atau mama dan papa sekalipun. Aku dah muak! Aku penat dengan segalanya. Jadi tolong... akhiri segala rancangan kau untuk musnahkan hidup aku lagi!"

"Aku tak perlukan kau!" Aaisy terduduk di lantai. Uzayr jatuhkan kepala di bahu Aayiz. Dia terharu.

Esakan Aaisy memenuhi ruangan. Iman hanya mampu diam saja. Dia tak tahu apa yang dapat ia lakukan.

"Tak... Tak adil! Tak adil, Aayiz!" bentak Aaisy dalam tangisnya.

"Tak adil..."















- Continue -

[C] AKU BUKAN PILIHANWhere stories live. Discover now