• Bab 35 •

215 21 0
                                    

AAYIZ diam di atas katil. Uzayr yang memerhati sedari tadi menghela nafas kecil dan mendekati Aayiz. Dia duduk di birai katil dan memandang Aayiz yang kelihatan termenung jauh.

"Aayiz," panggil Uzayr seraya menepuk bahu Aayiz beberapa kali. Lelaki itu terus memberi perhatian pada Uzayr.

"Kenapa?"

"Aku yang patut tanya kau soalan tu." Aayiz tersenyum hambar.

"Kenapa? Fikir apa?" soal Uzayr.

"Tak ada apa... Aku cuma penat jalan jauh-jauh, kepala aku pun jadi pening." Uzayr mengangguk sahaja. Dia terus bangun menuju ke arah katilnya di seberang dan terus menyelongkar beg yang dibawa.

Aayiz hanya memerhati dari situ tanpa berganjak. Tak lama setelahnya Uzayr kembali duduk di birai katilnya dan bantu menyapu sedikit minyak angin agar sakit kepalanya berkurang.

AAISY menghela nafas berat dan terus menutup televisyen. Dia diam berpeluk tubuh.

Klak!

"Aaisy, dah mandi?" soal Tuan Ilyas. Aaisy hanya berdehem sebagai jawapan. Sudah seminggu berlalu sejak dia sedar di hospital. Selama itu, ibu bapanya tidak lagi menjenguknya. Ada beberapa orang dari keluarga besarnya yang menjenguk. Itupun hanya sekali dan beberapa minit sahaja.

"Kalau macam tu, pergi bersiap dan ikut papa pergi event. Tengku Mauza nak jumpa," arah Tuan Ilyas. Aaisy menghela nafas perlahan dan terus berdiri memandang papanya.

"Aaisy tak sihat, pa-"

"Jangan beri alasan. Kamu nak papa buat Aayiz makin bencikan kamu?" soal Tuan Ilyas. Ditelinga Aaisy, itu kedengaran seperti ugutan.

"Pa! Selama ni Aaisy ikut semua cakap papa. Aaisy betul-betul tak sihat, pa. Aaisy penat sangat... Tolong izinkan Aaisy rehat harini."

"Jangan nak manja boleh tak, Muhammad Aaisy?! Pergi siap! Jangan sampai aku humban kau dalam bilik air!" Naik seoktaf suara Tuan Ilyas.

Aaisy diam. Tuan Ilyas terus mendekati Aaisy dan menarik tangan Aaisy dengan kasar menuju ke tingkat atas. Bilik tidur Aaisy menjadi tujuan. Aaisy sempat meronta tapi apakan daya? Dia begitu lemah. Ditambah dengan penyakitnya itu.

Dugh!

Tubuh Aaisy dihumban hingga berlaga dengan dinding. Paip air dibuka dan tubuhnya dijirus air.

"Pa! Sejuk! Sejuk, pa! Cukup!" teriak Aaisy. Tubuhnya mula menggigil.

"Kau nak bersiap ke tak nak?" soal Tuan Ilyas kuat. Aaisy mengangguk laju.

"Ya... A-Aaisy bersiap..." Tuan Ilyas tersenyum. Kepala Aaisy diusap. Sempat Aaisy cuba mengelak sebelum tangan itu menyentuh kepalanya.

"Bagus anak papa. Siap-siap, okay?" Aaisy menyeka laju air matanya dan mengangguk laju.

"Bagus, papa keluar dulu. Siap-siap cepat. Sepuluh minit je. Kalau lambat kamu tahu apa akan jadi?" Aaisy mengangguk. Tuan Ilyas tersenyum dan terus beredar.

Aaisy memeluk kedua belah lututnya. Tubuhnya benar-benar berasa sejuk bagai berada di dalam peti beku.

Esakan perlahan kedengaran. Aaisy bencikan dirinya. Aaisy benci apabila dia benar-benar lemah. Esakan yang semula perlahan, kini kedengaran kuat.

Perlakuan sebegini sudah sering dia dapatkan. Kekerasan fizikal dan mental sering dia dapatkan. Semua kerana grandpa yang mempercayai dirinya untuk mengambil alih syarikat besar milik lelaki tua itu.

Oleh kerana itu, seluruh ahli keluarga yang mengetahui hal itu terus bersikap baik padanya. Menunjukkan kepedulian yang palsu. Kerana hal itu juga dia mengalami banyak masalah. Terutama dari papa dan mamanya yang tidak terima keputusan Tuan Ilham itu.

Aaisy tersedar akan masa yang singkat itu. Terus sahaja dia bangun dan menyeka laju air matanya sebelum segera bersiap.
















- Continue -

[C] AKU BUKAN PILIHANWhere stories live. Discover now