MELIHAT Aayiz sedikit tenang, Uzayr leraikan pelukan dan duduk di hadapan Aayiz. Lelaki itu menghindar bertatap mata dengannya. Uzayr ukir senyum dan menarik lembut dagu Aayiz agar angkat wajah memandangnya.
"Aku tak marah. Aku takkan marah kau, Aayiz. Tengok aku, pandang mata aku," arah Uzayr. Aayiz lambat-lambat akur dengan arahan Uzayr.
"Semuanya dah berlalu. Sekarang, kau pergi bersihkan diri, aku tunggu dekat bawah. Kita makan sama-sama dengan grandpa kau, Aaisy dengan Iman. Boleh?" Aayiz mengangguk sekali.
"Good. Aku keluar dulu. Mandi, pakai baju elok-elok," pesan Uzayr dan terus bangun mahu keluar. Namun, tangannya ditahan oleh Aayiz.
"Kenapa? Sakit?" soal Uzayr dan kembali duduk membelek leher Aayiz. Lelaki itu menolak perlahan tubuh Uzayr agar sedikit menjauh untuk dia berbicara.
"Ke-kenapa kau tak marah? Kenapa kau masih berlembut dengan aku? I do something stupid, Uz..." soal Aayiz. Uzayr ketawa kecil dan mengusap lembut kepala Aayiz.
"Untuk apa aku marah? Kau dah buat pun. Tapi aku bersyukur sebab Allah masih berikan kau peluang untuk hidup dan memohon ampun dariNya." Mendengar itu, Aayiz jadi semakin dihurung rasa bersalah.
"I broke our promise..."
"Aku tak kisah pasal janji tu. Kita manusia biasa dan terkadang akan melanggar janji sendiri. Jadi aku tak salahkan kau. Aku tahu kau dah berusaha." Uzayr tak mahu Aayiz berfikir soal itu. Jika boleh jujur, dia benar-benar kecewa. Tapi, dia tahu Aayiz sudah berusaha dengan keras.
Dia tahu apa yang menurutnya remeh itu ternyata memberikan impak yang besar buat orang lain. Dia takkan pertikaikan tindakan Aayiz. Lagipula, Aayiz sendiri tahu tindakannya itu salah.
"Aku minta maaf..." lirih Aayiz. Uzayr tersenyum.
"Aku maafkan. Tapi, kau tahu tindakan kau salah, right?" Aayiz mengangguk sebagai jawapan. Uzayr mengangguk sama. Baguslah.
"Jangan buat lagi. Aku takut hilang kawan aku yang manja ni. Aku minta maaf tinggalkan kau lama-lama." Aayiz menggeleng.
"Aku yang patut minta maaf... Aku dah susahkan kau dan buat kau terpaksa balik. Aku minta maaf bebankan kau-"
"Tak apa, Aayiz. Cukuplah, jangan cakap macam tu. Kau tak pernah bebankan aku..." potong Uzayr. Sakit mendengar Aayiz berkata begitu sedangkan dia tak pernah rasa terbeban sikit pun.
Aayiz pandang Uzayr lama sebelum kembali berbicara, "Aku tak nak Aaisy... Aku benci dia..."
Uzayr tersenyum nipis dan meraup rambut Aayiz ke belakang. "Aku tahu."
"Tiap kali aku tengok muka dia, aku rasa sakit, Uz... Dia dapat segalanya sedangkan aku kena menderita sorang-sorang... Aku tak sanggup tengok muka dia lama-lama... Aku tak kuat..." Uzayr mengangguk faham.
"Sejak tahu dia sakit, semua kebahagiaan aku hilang. Aku dibuang dekat tempat tu bertahun lamanya. Aku hilang segalanya sebab dia... Aku hilang kasih sayang mama dengan papa, aku hilang masa kecil aku, aku hilang diri aku, aku hilang kewarasan akal aku, Uz. Sebab dia... Aku dilupakan, aku dibenci, aku dipukul, aku dihina semua sebab dia... Aku bukan pilihan mama dan papa sebab dia... Hidup aku hancur sebab dia..."
"Aku... Aku benci dia. Sakit sangat, Uz... Sakit sangat... Dia ambil kawan aku, dia ambil orang yang aku suka, dia ambil best friend aku, dia buat best friend aku tinggalkan aku dengan dia. Sebab dia, sebab kehadiran dia, aku bukan pilihan sesiapa. Aku selalu di belakang dia. Aku benci... Aku bencikan dia..."
"Dia tahu aku suka perempuan tu. Tapi dia rampas perempuan tu dari aku. Dia tahu kawan aku masa tu cuma sorang. Tapi dia rampas kawan aku dari aku. Dia tahu cuma ada sorang je yang pedulikan aku lepas semua yang jadi... Tapi dia lagi-lagi buat orang tu tinggalkan aku. Semua orang tinggalkan aku sebab Aaisy... Aku benci tu..."
Luahan Aayiz buatkan Uzayr memeluk tubuh lelaki itu dan dalam diam mengalirkan air mata.
"Aku tak tinggalkan kau sebab Aaisy..." Aayiz menggeleng.
"Tipu... Semua orang tinggal aku sebab Aaisy. Sebab Aaisy juga aku bukan pilihan," ujar Aayiz lirih. Dia tak membalas pelukan Uzayr malah hanya biarkan Uzayr memeluknya.
"Aku betul-betul tak tinggalkan kau sebab Aaisy. Tapi sebab kau... Kau ingat tak waktu tu kau cakap kau nak aku kejar impian aku untuk bangun kafe yang aku suka?" Aayiz mengangguk. Uzayr tersenyum. Dia tak mahu lepaskan pelukannya ini.
Dia tak mahu Aayiz melihatnya yang mengalirkan air mata. Dia tak mahu Aayiz rasa bersalah.
"Aku pergi kursus tu untuk belajar lebih lagi. Aku ikut pergi sana untuk tengok cara pembuatan dan cari resepi baru untuk tambah dalam menu. Aku cari inspirasi dekat sana untuk hias kafe aku. Semua sebab aku dah janji dengan kau untuk berusaha bangun kafe yang aku impikan... Aku dah janji, jadi aku terpaksa pergi tinggalkan kau dengan Aaisy. Aku minta maaf." Aayiz leraikan pelukan itu dan memandang wajah Uzayr yang basah dengan air mata.
"Tak tipu?" soal Aayiz. Uzayr mengangguk. "Aku tak tipu."
Aayiz tersenyum nipis. Dia usap air mata Uzayr dengan lembut.
"Sakit sangat ke, Aayiz? Sakit sangat ke bila dengan Aaisy?" soal Uzayr. Aayiz menunduk dan mengangguk perlahan.
"Sakit macam mana?" Aayiz pandang Uzayr dengan wajah yang kacau.
"Sesak... Aku rasa susah nak bertahan hidup dan susah nak bernafas. Aku tak boleh dekat dengan dia..." Uzayr mengangguk faham.
"Tapi masih ada peluang untuk dia kan?" Aayiz menggeleng.
"Aku tak yakin. Aku bencikan dia."
Bam!
- Continue -
YOU ARE READING
[C] AKU BUKAN PILIHAN
Random[C O M P L E T E] Memilih atau dipilih, sayangnya... Aku bukan pilihan. Aku hanya pengganti. Pengganti disaat Aaisy sakit, pengganti disaat Aaisy tak mampu melakukan sesuatu. Aku Muhammad Aayiz. Yang sayangnya lahir dikeluarga yang tidak tahu erti...