AAISY dan Aayiz sama-sama berdiam diri di halaman rumah. Mereka berdua dikurung di luar rumah oleh grandpa. Kata grandpa, "Bergaduh dekat luar, jangan masuk selagi tak selesai."
Aayiz berusaha untuk masuk rumah tapi gagal. Pintu dikunci. Sudahnya dia diam duduk di tepi kolam.
Aaisy pula duduk bersandar pada pintu. Aaisy sebenarnya rasa bersalah saat melihat wajah pucat Aayiz itu. Kalau tak sebab dia yang paksa Aayiz untuk bercakap dengannya, tentu Aayiz boleh berehat di bilik.
"K-kau tak nak balik ke, Aaisy? Kau perlu buat rawatan kan?" Aayiz mula bersuara. Aaisy pandang Aayiz yang langsung tak memandangnya.
"Hm... Rawatan tu luar negara. Aku sendiri tak tahu akan berjaya atau tak. Aku... aku datang sini, terima tawaran Uzayr, jagakan kau, semua tu sebab aku nak kumpul kenangan dengan kau."
"Aku tak tahu kau benci aku sampai macam ni. Aku minta maaf... Esok pagi aku akan gerak balik. Aku janji," jawab Aaisy panjang. Aayiz menunduk memandang kakinya yang berada di dalam kolam.
"Dulu kita pernah macam ni, kan?" soal Aayiz perlahan. Dia kemudian mendongak menatap langit. Aaisy tersenyum nipis dan mengangguk.
"Pernah. Dan aku akan ingat benda tu sampai bila-bila. Terutama panggilan abang dari kau." Aayiz mengepal tangannya.
"Bila rawatan kau?"
"Mama dengan papa dah tetap tarikh. Minggu depan aku pergi," jawab Aaisy. Aayiz mengangguk faham.
Keadaan kembali hening. Aayiz kembali terkenang masa-masa indah saat dia berusia empat ke lima tahun. Banyak masa yang dihabiskan bersama Aaisy.
Dia dan Aaisy sampai dikira kembar kerana memang sangat mirip. Juga kerana mereka yang selalu berdua. Di mana Aaisy berada, di situlah Aayiz akan berada.
"Abang Isy! Nak ikut!" teriak Aayiz. Aaisy tersenyum.
"Abang Isy nak pergi hospital, lah. Aayiz duduk rumah dulu, okay? Nanti abang balik kita main sama-sama lagi," pujuk Aaisy. Dia tak mahu Aayiz kebosanan menunggunya.
"Alah..."
MALAM yang begitu indah untuk Aaisy dan Aayiz melihat bintang di langit ditemani mama dan papa. Keluarga yang sungguh harmoni.
"Wah! Cantiknya langit tu!" seru Aayiz. Suara tawa kedengaran kerana Aayiz.
"Aayiz tahu tak apa tu?" soal mama. Laju Aayiz mengangguk.
"Bintang!" jawab Aaisy dan Aayiz serentak. Laju Aayiz menatap Aaisy dan mencebik.
"Mama tanya Aayiz!" marah Aayiz.
"Alah, Abang Isy tolong jawab je." Aayiz terus bangun kerana tak suka jawapan selamba Aaisy. Dia duduk di antara mama dan papa.
"Tengok abang tu, mama... papa..." adunya manja. Ibu bapanya memandang satu sama lain sebelum mengangguk dan menatap Aaisy garang.
"Muhammad Aaisy!" tegur keduanya dengan suara yang sengaja dibuat garang. Aaisy ketawa. Terus dia tutup wajah berpura-pura menangis.
"Minta maaf..." Aayiz tersenyum senang.
"Sayang mama papa!"
Aayiz menyeka air mata yang mengalir turun ke pipi. Dia pernah sebahagia itu di sisi keluarganya.
"Mama dengan papa mesti dah lupa waktu-waktu tu..." gumam Aayiz amat perlahan. Aayiz menarik nafas dalam sebelum menghembus nafas panjang.
"Sejuk..." Aaisy yang mendengar rengekan perlahan dari Aayiz terus mengetuk pintu.
"Grandpa! Kitaorang dah tak gaduh! Buka lah, grandpa! Aayiz sejuk!" Aayiz menatap Aaisy. Tak lama setelahnya pintu terbuka dan mereka dibenarkan masuk.
"Dah puas gaduh?" soal grandpa. Aayiz mengangguk lesu. Aaisy hanya tersenyum.
"Aayiz?"
"Hah?" Aayiz benar-benar nampak tak fokus dengan bibir yang membiru.
"Sejuk?" soal Uzayr risau. Aayiz mengangguk beberapa kali. Uzayr terus mendekati Aayiz.
"Jo- Aayiz! Sejuk gila tangan kau! Kau demam ke?" soal Uzayr panik dan memeriksa suhu badan Aayiz dengan tapak tangannya.
Namun, tubuh badan Aayiz tak panas. Dia menatap wajah pucat Aayiz.
"Rehat ya?" Aayiz mengangguk sekali. Tubuhnya terasa seakan membeku.
"Aaisy, Aayiz kenapa?" soal grandpa. Aaisy menggeleng tak tahu.
"Tapi tadi Aayiz rendam kaki dalam kolam." Uzayr menghela nafas berat.
"Aayiz, sakit?" soal Uzayr. Serta-merta air mata Aayiz jatuh.
"Aku... Aku tak tahu..." Uzayr mengangguk dan mengusap lembut bahu Aayiz.
"It's okay. Kita naik, panaskan badan kau. Nanti masuk angin." Aayiz mengangguk dan berusaha menyeka air matanya.
Interaksi keduanya diperhatikan hingga bayang mereka hilang dari pandangan. Grandpa tepuk bahu Aaisy beberapa kali sebagai semangat dan terus berlalu ke bilik yang disediakan untuknya.
- Continue -
YOU ARE READING
[C] AKU BUKAN PILIHAN
Random[C O M P L E T E] Memilih atau dipilih, sayangnya... Aku bukan pilihan. Aku hanya pengganti. Pengganti disaat Aaisy sakit, pengganti disaat Aaisy tak mampu melakukan sesuatu. Aku Muhammad Aayiz. Yang sayangnya lahir dikeluarga yang tidak tahu erti...