• Bab 26 •

226 26 3
                                    

AAYIZ bangun dari tidurnya dengan rasa sakit yang amat dikepalanya. Semua ini pasti kerana dia yang menangis tak berhenti dan terus tidur.

Jam di dinding dilihat. Dia terus turun dari katil menuju ke bilik air untuk membasuh muka. Aayiz pandang wajahnya yang benar-benar kelihatan jauh dari kata baik.

Mata yang bengkak, wajah yang lesu dan bibir yang begitu pucat. Dia mengeluh kecil dan kembali ke dalam bilik mengambil tuala. Wajahnya di lap bersih dan dia terus keluar dari bilik.

Sunyi.

Aayiz yang menuruni tangga dan mendengar suara orang. Mungkin semua orang berada di ruang makan. Lagipula ini memang waktu makan malam. Dia menuju ke sana dan memerhati.

"Aayiz." Laju saja Uzayr bantu memapah Aayiz duduk di kerusi saat melihat kelibat Aayiz yang hanya menatap mereka semua.

"Aayiz okay?" soal grandpa. Aayiz mengangguk. Dia pandang Iman dan Aaisy yang hanya diam menunduk. Dapat Aayiz rasakan suasana di sini berubah janggal kerana kehadirannya.

Aayiz terus berdiri dan Uzayr menahan tangannya, "Kau nak pergi mana?" soal Uzayr.

"Balik bilik," jawabnya perlahan. Dia menatap semua orang di situ.

"Awkward," ujar Aayiz melepaskan tangan Uzayr dari terus menahannya. Dia menuju ke arah tangga.

"Muhammad Aayiz bin Ilyas Danish." Nama panjangnya diseru. Aayiz pegun dan diam menunggu ucapan selanjutnya.

"Duduk, makan." Itu arahan yang diberikan oleh grandpa. Dia tak mampu menolak atau melawan grandpa.

Aayiz kembali ke tempatnya tadi hanya diam menunduk. Nasi di depannya itu dipandang kosong. Pasti Uzayr yang letak waktu dia beranjak tadi.

"Kau nak makan dengan udang goreng atau-"

"Tak lapar." Uzayr ukir senyum dan mengusap lembut kepala Aayiz.

"Aku suap nak?" Aayiz pandang Uzayr yang masih tersenyum. Kebiasaan Uzayr memujuknya saat dia menolak makan.

"Lama..."

"Aku boleh tunggu sampai tahun depan sekalipun," jawab Uzayr disertai gurauan. Aayiz ketawa kecil dan mengangguk.

"Nak udang?" Aayiz menggeleng. Dia pandang asam pedas ikan goreng di atas meja itu. Uzayr ikut arah pandang Aayiz dan ketawa kecil. Pipi Aayiz dicubit.

"Cakap. Mulut kan ada?" Aayiz menepis tangan Uzayr dan mencebik. Uzayr terkekeh perlahan dan ambil lauk itu diletakkan atas pinggan Aayiz.

"Semua dah makan?" soal Aayiz tanpa memandang mereka semua.

"Belum. Semua tunggu kau nak makan sama-sama." Aayiz melihat pinggan semua orang yang berada di atas meja dan hanya terisi nasi putih itu.

Ya, mereka sengaja menunggu. Jika dalam satu jam lagi Aayiz tetap belum turun kerana tidur, mereka akan makan dulu dan menemani Aayiz makan kemudian.

"Ma-"

"Jangan minta maaf. Kau tak salah, ni keputusan kami." Aayiz pandang Aaisy yang memotong ucapannya. Grandpa tersenyum.

"Dah, semua makan cepat." Mereka mengangguk akur dan mengambil lauk pauk.

Uzayr tarik pinggan Aayiz dan mengikis jarak dengan Aayiz agar mudah untuk menyuapi Aayiz makan.

"Aku makan sendiri," ujar Aayiz seraya berusaha mencapai pinggan yang kini berada di tangan Uzayr.

"Aku suap. Kita makan sama-sama." Aayiz diam tak menjawab. Uzayr ketawa kecil dan mula mengambil nasi yang sudah digaulkan itu dan ditiup perlahan. Masih panas.

"Buka mulut," arah Uzayr. Aayiz menatap lama nasi itu dan mengeluh kecil.

"Bismillah," ucapnya perlahan dan terus menerima suapan Uzayr.

"Sedap tak?" soal Uzayr. Aayiz tersenyum dan mengangguk kecil. Aayiz bersandar dan mengunyah perlahan. Uzayr faham jika Aayiz kepenatan dan kurang berselera.

"Aku ada belikan kek masa kau tidur tadi. Aku dah janji masa tu, sekarang ni makan cepat, nanti boleh makan kek." Uzayr memancing. Hal itu berjaya menarik minat Aayiz. Mood lelaki itu seketika berubah. Aayiz menelan nasinya dan terus menyoal untuk memastikan dia tidak salah dengar.

"Kek?"

"Iya, tapi kalini roll cake katak comel yang kau tengok dalam video baru-baru ni," terang Uzayr. Aayiz tersenyum lebar.

"Nak kek!"

"Habiskan nasi dulu. Cepat habis, cepat boleh makan kek tu." Aayiz mengangguk laju.

"Cepat suap, Uz! Nak makan kek!" Uzayr ketawa dan menyuap Aayiz lagi. Laju pula makan apabila mendengar kek.







- continue -

[C] AKU BUKAN PILIHANWhere stories live. Discover now