• Bab 05 •

300 23 0
                                    

AAYIZ berlari mendapatkan Uzayr yang sudah berada depan pintu. Ditangannya ada tali leher yang mahu dia pakai.

"Uzayr! Tolong aku dulu!" Uzayr menoleh memandang Aayiz. Dia ketawa. Aayiz mengah dan berusaha mengatur nafas. Berlari kejap je dah penat tahap apa dah.

"Tolong ikat..." Uzayr tak banyak kata terus ambil tali leher yang Aayiz bawa tadi.

"Kau nak pergi mana?"

"Ada jemputan event dekat sekolah menengah. Jadi penceramah." Uzayr ketawa dan menurunkan kolar baju Aayiz.

"Banyaklah peminat kau nanti." Aayiz tersengih. "Aku tak minat budak bawah umur. Jenayah tu," sahutnya. Uzayr ketawa.

"Aku pergi dulu. Pastikan dapur tu betul-betul dah tutup and pintu dah kunci baru pergi." Aayiz mengangguk faham.

"Okay, Uz!"

PETANGNYA setelah pulang, Aayiz datang ke kafe kerana bosan. Uzayr pun nampak sibuk dekat kafe.

"Uzayr, makanlah dulu. Kejap lagi urus semua tu." Uzayr terus menyimpan kertas-kertas dan kalkulator ke tepi.

"Pedas tak ni?"

"Special untuk bos, jadi tak pedas," jawab Aayiz dengan sengihan. Dia tahu Uzayr tak tahan pedas. Uzayr mengangguk dan menarik pinggan nasi goreng itu.

"Aayiz! Order!" Aayiz mengeluh berat.

"Aku pergi dulu." Uzayr mengangguk dengan senyuman nipis. Aayiz berlari anak masuk ke tempatnya dan menyiapkan pesanan.

"Meja mana?"

"Hujung tu." Aayiz mengangguk faham dan terus membawa dulang berisi air ke tempat yang dimaksud.

"Nak tambah boleh?"

"Boleh. Nak tambah apa ya?" soal Aayiz tanpa memandang kerana sibuk meletakkan semua air yang dipesan.

"Nak tambah masa dengan Aayiz." Aayiz mengerutkan dahinya dan mengangkat wajahnya memandang gerangan yang meminta benda pelik itu.

"Aaisy..." gumam Aayiz. Lelaki itu tersenyum.

"Boleh ke?"

"Tak boleh. Kau kalau dah siap, tolong keluar. Ramai lagi nak guna kerusi tu." Aaisy mengeluh berat.

"Look, Muhammad Aayiz... Tak boleh ke kita macam dulu? Tak boleh ke-"

"Tak boleh. Memang tak boleh, takkan pernah boleh! Tolonglah menjauh dari aku, Muhammad Aaisy. Berhenti bawa bala untuk aku," potong Aayiz.

"Aayiz, don't be rude," tegur Iman. Aayiz memandang Iman.

"Kau pun, patutnya kau nasihat kawan kau ni! Jangan terhegeh-hegeh kejar orang yang bencikan dia." Setelahnya Aayiz beredar tanpa tahu yang kata-katanya itu meninggalkan luka buat Aaisy.

Iman memandang Aaisy yang hanya menunduk itu. Kata-kata Aayiz itu sedikit kejam buat Aaisy. Lelaki itu hanya berusaha memperbaiki dan Aayiz malah menolak mentah-mentah dengan kasar.

Kebencian tanpa dasar? Mungkin. Aayiz benar-benar membenci abangnya itu. Tiada sebarang kepalsuan dari rasa benci yang ia rasakan. Kerana dari dulu, Aaisy selalu merebut sesuatu yang berharga buatnya.

Jarak usia setahun antara mereka yang buatkan hubungan mereka menjadi lebih renggang. Terutama bila Muhammad Aaisy lebih bersinar dan menyisakan Muhammad Aayiz di dalam kegelapan tanpa sebarang pertolongan.

"Aku benci dia... Aku benci dia..." gumam Aayiz berkali-kali. Dia menuju ke arah Uzayr.

"Aku minta maaf. Aku mungkin buat masalah harini. Aku kena pergi." Uzayr segera berdiri menerima apron yang diserahkan oleh Aayiz itu.

"Lin! Tolong clear. Apron ni simpan. Saya dengan Aayiz balik dulu."

"Jom, ikut aku." Aayiz akur dan mengekor Uzayr dari belakang. Saat lalu di dekat meja Aaisy, dia melajukan langkah.

"Naik kereta kau. Esok kau hantar aku." Aayiz akur dan menyerahkan kunci keretanya pada Uzayr.

Ke mana Uzayr akan bawa dia nanti dia ikut saja. Fikirannya bercelaru. Rasa ingin marah tapi juga sedih. Apa itu tadi? Minta masanya? Tidak cukupkah bagi Aaisy saat mendapatkan masa, kasih sayang dan perhatian dari ibu bapa mereka yang dirinya sendiri pun tidak mampu dapatkan kalau tidak gantikan peran Aaisy saat event-event tertentu?

"Aaisy selalu... Selalu menunjuk! Apa? Apalagi? Aku tak peduli dengan apa yang dia ada! Cuma kenapa? Kenapa dia kena kacau hidup aku? Kenapa?!" Tangan yang terangkat tinggi itu diturunkan oleh tangan Uzayr.

"Nanti terbuka airbags tu. Nak mengamuk nanti." Aayiz berdecit dan membuang pandangan keluar.

Muhammad Aayiz dan Muhammad Aaisy adalah orang yang berbeza dengan wajah yang sangat mirip. Namun, kerana hal itu jugalah luka yang diterima Aayiz dan Aaisy lebih dalam.













- Continue -

[C] AKU BUKAN PILIHANWhere stories live. Discover now