PRANG!
Terkejut Uzayr saat mendengar bunyi itu. Laju saja dia ke ruang tamu meninggalkan masakannya.
"Aayiz! YaAllah!" Uzayr terus papah Aayiz duduk di sofa. Kaki lelaki itu juga dinaikkan atas sofa.
"Ada luka?" soal Uzayr. Aayiz menunduk dan menyembunyikan tangan kirinya dari pandangan Uzayr.
Mata Uzayr menangkap itu dan segera mencapai tangan Aayiz itu. Aayiz diam sahaja. Dah tertangkap.
"Aku ubatkan." Suara Uzayr itu buatkan Aayiz terdiam. Dingin.
"Tak sakit, tak perlu." Uzayr menatap Aayiz tajam.
"Tak sakit? Eh, kau genggam gelas tu sampai pecah, Aayiz! Luka tu boleh kena jangkitan kuman kalau tak diubati dengan betul! Jangan degil boleh tak?! Aku penat, Yiz!" Marah. Aayiz menarik kasar tangannya.
"Kalau penat, jangan buat bodoh dan jaga aku! Aku nak mati! Aku nak mati tapi kau selalu halang! Kalau penat, lepaskan aku! Biarkan aku mati! Aku tak minta sesiapa pun untuk-" kata-katanya terhenti saat Uzayr memeluknya dengan erat. Air mata merembes keluar.
"Jangan cakap soal mati, nak mati dan sebagainya. Tolong..." Aayiz teresak kecil.
"Aku tak nak hidup. Aku menyusahkan banyak orang. Aku sedar tu... Aku tak minta kau selamatkan aku. Aku tak minta kau tarik tangan aku waktu aku jatuh terduduk. Aku tak nak buat kau penat dah... Aku nak mati je, Uz. Aku cuma nak mati. Aku penat... Aku sakit, Uz... Aku terseksa... Aku rindu waktu-waktu dulu... Aku tahu tak ada apa yang akan berubah. Aku nak mati je, Uz. Aku nak mati... Aku dah tak nak hidup..."
"Aayiz, jangan cakap macam ni." Aayiz tak membalas.
"Aku minta maaf. Aku emosi bila tengok kau macam tadi. Aku tak bermaksud untuk cakap macam tu. Aku minta maaf. Jangan fikir dah. Kau kena kuat," ujar Uzayr. Aayiz menggeleng.
"Aku tak nak hadap dah. Aku tak kuat. Aku nak mati je sekarang. Aku dah tak nak hidup. Aku rasa tak guna kalau aku hidup. Tolonglah... Aku tak nak hidup..." lirih Aayiz.
"Yiz, Allah percaya yang kau mampu. Sebab tu kau masih diberi nyawa, diberi nafas dan kesempatan untuk buka mata kau lagi. Jangan cakap macam ni, Yiz... Tak baik." Aayiz teresak kuat. Sakit. Mengapa dia? Itulah persoalan yang sering bermain dalam otaknya. Kenapa harus dirinya?
- Continue -
YOU ARE READING
[C] AKU BUKAN PILIHAN
De Todo[C O M P L E T E] Memilih atau dipilih, sayangnya... Aku bukan pilihan. Aku hanya pengganti. Pengganti disaat Aaisy sakit, pengganti disaat Aaisy tak mampu melakukan sesuatu. Aku Muhammad Aayiz. Yang sayangnya lahir dikeluarga yang tidak tahu erti...