Lima tahun lalu.
Raja Helen memerhati pasukan sukarelawannya yang sedang memberikan makanan kepada gelandangan yang berada disekitar ibu kota. Para sepupunya juga turut serta.
Itulah aktiviti mereka setiap malam minggu sejak tertubuhnya Elma’s Jewelry. Syarikat dibawah naungannya sendiri.
“Hah! Termenung apa tu?” Sergah Raja Hud dari belakang sebelum dia mengambil tempat di sebelah adiknya. Magnum kesukaan Raja Helen dihulurkan pada gadis itu.
“You nak I mati ke? Buatnya I ada sakit jantung macam mana?” Soal Raja Helen. Namun huluran aiskrim tetap disambut.
“Sebab I tahu adik I ni sihat la I berani buat.” Jawab Raja Hud.
“Mana you tahu I sihat?”
“Haih. Adik, kitakan selalu buat pemeriksaan kesihatan. You sihat kan? I ada laporan kesihatan you tau.”Raja Helen mencebik. Segala benda tentang dirinya pasti diketahui Raja Hud. Langsung tidak boleh berahsia.
“Adik, abang nak cakap sesuatu boleh?” Tanya Raja Hud lagi. Sudah hampir seminggu dia fikir bagaimana mahu memberitahu adiknya.
“Apa?”
“Minggu depan, abang akan ke Itali. Abang akan menetap dekat sana sebab abang akan ambil alih syarikat arwah mummy. Daddy dah nak bersara.” Kata Raja Hud. Dia melihat wajah Raja Helen yang tiada perubahan.
“Okay.” Hanya itu yang keluar dari mulut gadis itu.
“Okay je? Adik tak marah? Tak merajuk?” Soal Raja Hud tidak percaya.
“Hmm. Buat apa nak marah? Memang lambat-laun, you akan ambil alih syarikat tu. Nak atau tak kita mesti akan terpisah. You boleh selalu balik sini or I pergi sana. Habis cerita.”Raja Hud tersenyum mendengar jawapan si adik. Dia mengusap lembut rambut panjang adiknya.
“Besar dah adik kesayangan abang. Jaga diri ya bila abang tak ada dekat sini. Kalau ada masalah, call saja. Sepantas kilat abang balik ke sini.” Bahu Raja Helen dirangkul.
“Ya,ya saja sepantas kilat. You flash ke?” Sindir Raja Helen.
“Untuk you, apa pun I boleh jadi.” Kata Raja Hud diakhiri dengan ketawa.
“Macam mana hubungan you dengan Thaf? Bila dia nak masuk meminang you? Abang tak sukalah tengok korang bercinta lama-lama.” Raja Hud bertanyakan tentang kekasih adiknya, Tengku Hassanal Aldric Althaf. Kawan satu university mereka.Semasa di Manchester dulu, lelaki itu dikenali sebagai Althaf. Raja Helen terdiam. Perkara semalam berputar kembali dalam fikirannya. Hubungannya dengan lelaki itu sudah tamat.
“Adik, abang tanya ni. Bukan semalam you keluar dengan dia?” Soal Raja Hud lagi.Raja Helen mencari sesuatu didalam handbag. Dia menghulurkan sampul putih kepada Raja Hud.
“Apa ni?” Tanya Raja Hud sambil menyambut huluran itu. Dia membuka dan mengeluarkan isi didalam. Berkerut dahinya apabila melihat nama yang tertulis atas kad itu.
“Hubungan kami sudah berakhir. Dia nak berkahwin dengan pilihan keluarga dia. Katanya perempuan tu sepupu dia.” Kata Raja Helen. Air mata yang bertakung ditahan sehabis daya dari mengalir.
“Kenapa you tak cakap awal-awal dengan abang? Kurang ajar dia ni buat you macam ni.” Suara Raja Hud berubah menunjukkan dia berada dalam keadaan marah.
“Tak ada jodoh abang. Nak buat macam mana. Biarlah dia, I boleh hidup walaupun tanpa dia.” Balas Raja Helen. Dia sudah terima dengan hati yang terbuka.
"Helen! Hud! Jom balik. Makanan sudah habis.” Laung Ethan kepada dua beradik itu. Terlihat mereka semua sudah mula mengemas tempat itu.
“Jom lah balik. I pun dah penat. Bawa kereta I boleh?”
“Boleh princess. Come, babygirl.” Raja Hud menggengam tangan adiknya lalu berjalan mendekati yang lain.Setelah selesai mengemas, mereka semua mula meninggalkan tempat itu dan mula bergerak pulang.
**
Raja Helen berpaling ke arah pintu utama apabila melihat pintu itu terbuka. Hari ini hari minggu jadi semua berada dibanglo tok pa mereka.