Raja Helen memandang sekeliling dewan tempat berlangsungnya majlis persandingan dia dan Tengku Hassanal. Naik lenguh rahangnya kerana dari tadi senyum pada lautan tetamu. Ditambah lagi dengan sesi bergambar.
Dewan ini semuanya diuruskan oleh Tengku Hassanal memandangkan lelaki itu melarangnya untuk campur tangan. Ada kejutan katanya.
"Cantik tak love dewan ni? Hubby buat khas untuk isteri hubby." Kata Tengku Hassanal yang melihat isterinya asyik memandang sekeliling.
"Dewan ni dihiasi oleh sepuluh ribu kuntum bunga mawar merah. Bunga kesukaan isteri hubby ni. Semua bunga fresh tau." Tambah Tengku Hassanal lagi.
"Cantik, macam lautan darah." Gumam Raja Helen perlahan.
"Hah? Love cakap apa? Hubby tak dengar." Tanya Tengku Hassanal. Dia rasa isterinya ada kata sesuatu. Dia dah tuli ke?
"Love cakap cantik hubby. Tak dan tua elok lagi dah pekak ke?" Jawab Raja Helen.
"Amboi mulut."
Raja Helen hanya menjeling. Dia sudah duduk tak serupa pengantin kerana sudah mula dilanda kebosanan.
"Daddy." Tengku Aazeen berlari ke arah daddynya lalu melompat naik ke atas pangkuan lelaki itu.
Raja Helen memandang dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Wajahnya dineutralkan sebaik mungkin.
"Cantiknya anak daddy ni pakai baju kurung. Kan mummy?" Kata Tengku Hassanal dengan senyuman lebar.
"Ya cantik sangat. Ni mesti dah mengantuk kan, mata layu saja." Ujar Raja Helen sambil mengusap wajah anak tirinya.
"Zeen nak tidur dengan mummy and daddy boleh tak? Zeen nak peluk mummy." Kata Tengku Aazeen sambil memegang tangan Raja Helen.
"Mana boleh, Zeen kan dah besar. Zeen kena lah tidur dalam bilik Zeen sendiri." Balas Tengku Hassanal.
"Alah, boleh lah mummy." Rayu Tengku Aazeen.
"Malam ni mummy tidurkan Zeen okey. Tapi Zeen tak boleh lah tidur dengan kami. Zeen kan nak adik." Hujung ayat dibisikkan pada telinga Tengku Aazeen. Harap-harap suaminya tidak dengar.
Bersinar mata Tengku Aazeen mendengar kata-kata mummynya. Terus melebar senyuman.
"Okey mummy." Jawab Tengku Aazeen sambil menunjukkan isyarat 'ok'.
"Jom turun baby. Mummy lapar lah."
"Anak saja? Suami ni tak nak ajak ke isteri?"
"Suami ada kaki kan? Jalan lah sendiri, tu dukung anak sekali. Suruh dukung isterikan takut ada yang tersadung dekat sini. Orang gila mana buat pelamin setinggi gunung pun tak tau." Bebel Raja Helen. Tengku Hassanal dan Tengku Aazeen membuat muka pasrah. Keluar sudah naluri isteri dan ibu Raja Helen.
"Kena siap-siap lah telinga kita lepas ni daddy." Bisik Tengku Aazeen. Bimbang didengari oleh Raja Helen.
"Tak apa, daddy tahu macam mana nak bagi mummy diam." Balas Tengku Hassanal turut dalam nada berbisik.
Mattheo mendekati anaknya yang sudah turun dari pentas pelamin. Bahu Raja Helen dipaut mesra.
"Cantik anak daddy ni. Tak sangka princess daddy dah kahwin, rasa macam baru semalam daddy dukung Helen dengan abang yang masih kecil merah." Ujar Mattheo dengan perasaan sebak.
Andai saja Raja Elma masih hidup, pasti wanita itu turut gembira bila anak-anaknya sudah menemui pasangan hidup masing-masing. Raja Hud dan Hazel pun sudah disatukan dalam majlis besar-besaran tiga minggu yang lalu.