Raja Hud mengambil nasi lemak lalu diletakkan ke dalam pinggan Raja Helen. Kini semua makanan dimasak oleh Mak Jah.
Itu peraturan yang ditetapkan oleh Emilio sendiri atas dua sebab. Satu untuk mengelakkan dari singa betina mengamuk satu lagi untuk menjaga hati Neng Dahlia.
"Cukup?" Tanya Raja Hud.
"Cukup. Ingat i makan banyak sangat ke?" Jawab Raja Helen.
"I nak cepatkan tarikh akad nikah. Majlis resepsi masih tarikh sama. Maknanya, akad nikah tu minggu hadapan." Ujar Raja Helen sambil menuap nasi.
"Amboi, gelojoh betul korang berdua ni. Sampai awalkan tarikh akad nikah." Sampuk Laith.
"Kenapa tiba-tiba saja adik? Hari tu elok saja setuju dengan tarikh tu."
"Entah, Has yang nak cepatkan. Tak sabar nak kahwin dah kut. Lama menduda kan." Jawab Raja Helen. Tak kan lah dia mahu beritahu perkara sebenar pula.
"Daddy ikut saja. Helen setuju, daddy pun setuju lah." Putus Mattheo. Jika dia kata lebih-lebih pun, bukan Raja Helen mahu dengar.
"Baguslah."
"Bila pula giliran kamu berdua ni Hud? Hazel?" Soal Edoardo. Rasanya sudah lama bercinta.
"Sabar papa. Bagilah dekat Helen dulu." Jawab Hazel. Dia pun tak pasti dengan Raja Hud. Entah serius dengannya entah tidak.
Raja Hud pula hanya diam tidak mahu membalas. Dia hanya meneruskan suapan.
"Helen pergi dulu. Assalamualaikum." Raja Helen mengambil beg tangannya.
"Nak pergi dengan apa? Daddy tengok kereta adik tak ada pun dekat depan. Has hantar ke semalam?" Tanya Mattheo.
"Ha'ah Has hantar. Helen bawa kereta lagi satu. Nanti Helen minta Gio atau Arif hantar semula kereta ke rumah." Jawab Raja Helen sebelum meneruskan langkah.
Satu persatu mula meninggalkan meja makan setelah selesai dan meneruskan hari mereka dipejabat.
**
"Morning Datuk."
"Morning. Apa aktiviti kita hari ini Ati?" Soal Raja Helen.
"Ini senarai pekerja baru yang Datuk kena tengok. Semua ni lulus temuduga semalam. Hari ini, Datuk ada meeting dengan pembekal dari luar negara."
"Itu saja?"
"Ya Datuk."
"Okay, awak boleh keluar."
"Baik Datuk."
Tak sampai lima minit Atiqah keluar, pintu pejabat Raja Helen dikuak kasar dari luar. Kelihatan Dinara masuk bersama Tun Syafiyah diikuti Atiqah dari belakang.
"Maaf Datuk, saya dah halang mereka tapi mereka tetap berkeras nak masuk." Atiqah menekur lantai. Bersedia untuk dimarahi.
"It's okay. Awak boleh keluar Atiqah. Saya handle manusia tiada adab ni." Kata Raja Helen sambil bersandar pada kerusi.
Atiqah menunduk dan keluar dari situ. Pintu pejabat ditutup supaya tiada yang mengganggu.
"Siapa yang kau kata tak ada adab tu?" Tun Syafiyah mengutarakan soalan sebaik saja Atiqah menutup pintu.
"Siapa lagi yang ada dekat sini selain you, dia dan i? Tak cukup lagi ke kena dengan Has semalam sampai datang buat kacau dekat pejabat i?"
"Kau jangan nak kurang ajar dengan nenda ya. Jangan ingat Has bela kau, kau boleh naik lemak." Balas Dinara.