BAB 18

38 5 0
                                    

Raja Hud menahan Hazel yang terserempak dengannya. Raja Hud mahu turun ke bawah manakala Hazel mahu naik ke atas.

   "Lepaslah." Hazel cuba menarik tangannya tetapi tidak berjaya.

   "Sampai bila Hazel nak mengelak dari abang? Terserempak dengan abang saja pasti Hazel lari. Kalau abang ada buat salah, cakap dengan abang bukan lari macam ni."

  "Bila pula Hazel mengelak dari abang? Jangan ganggu Hazel boleh? Pergilah dating dengan girlfriend baru abang tu."

Raja Hud menggaru kepalanya yang tidak gatal. Girlfriend mana pula ni?

   "Apa yang Hazel cakap ni? Hazel seorang saja kekasih abang mana ada orang lain dah. Lupa ingatan ke?"

   "Habis Maria tu siapa? Dia siap jumpa Hazel lagi dekat pejabat tau semata nak bagi warning supaya jangan dekat dengan abang. Hazel ke abang yang lupa ingatan ni? Abang pun bukan pernah serious dengan Hazel kan?"

Bertambah bingung Raja Hud. Maria mana pula ni?

   "Abang serious dengan Hazel. Datang lah Maria ke siapa ke, abang cuma nak Hazel. Abang pun tak kenal dia, Hazel boleh pula ikut cakap dia. Hazel tak percaya dengan abang ke?" Raja Hud memegang bahu Hazel. Dia merenung ke dalam anak mata hitam milik Hazel.

   "Tak, Hazel tak percayakan abang selagi abang tak buktikan yang abang betul-betul nakkan Hazel." Hazel menepis tangan Raja Hud pada bahunya lalu naik untuk ke bilik tidurnya.

Raja Hud mengeluh perlahan. Bukti? Laju dia turun ke bawah. Kunci motor berkuasa tinggi dicapai, dia perlu jumpa adiknya. Tak kisahlah Raja Helen sedang berbulan madu ke apa.

**

Raja Helen menggoncang tubuh suaminya dengan mata terpejam. Hidungnya menangkap bau hangit.

   "Hmm, kenapa love?" Tengku Hassanal bertanya dengan suara serak basahnya.

   "Hubby tak bau hangit ke?" Soal Raja Helen. Malasnya dia mahu bangkit, badannya sakit.

Belum sempat Tengku Hassanal menjawab, siren kebakaran nyaring terbunyi disertakan dengan air yang keluar dari siling.

Dua-dua membuka mata dan bangun dengan pantas. Capai saja pakaian yang berterabur di atas lantai. Sempat Raja Helen menyanggul rambut panjangnya sebelum keluar dari bilik.

Arif mencampak kuali yang dipegangnya ke dalam singki. Telur yang digoreng oleh Elvis tadi sudah bertukar jadi fossil.

   "Itulah kau, aku dah kata order saja makanan, kau nak juga masak. Kan dah hangit. Ganggu saja majikan kita nak proses Tuan Muda."

   "Mana kau tahu Tuan Muda? Kalau keluar Puan Muda macam mana? Lagi satu, kau ingat orang hantar makanan tu guna Helikopter ke gila? Bantah Elvis.

   "Diam! Menjawab saja kerja kau. Siapa nak cuci ni?"

   "Apa korang buat ni?"

Mereka bertiga serentak berpaling ke arah suara yang bertanya. Masing-masing menahan ketawa melihat keadaan majikan mereka.

   "Kami lapar Datuk. Kami cuba nak masak tapi hangit." Jawab Giovanni.

   "Kenapa tak kejut saya? Kalau terbakar villa ni macam mana?" Soal Raja Helen bengang.

   "Kami tak nak ganggu Datuk dengan Tengku tapi nampak macam dah mengganggu saja. Cantik baju Tengku hari ini." Ujar Elvis.

Arif menyenggol lengan Elvis. Serentak mata Raja Helen dan Tengku Hassanal melihat ke arah badan mereka.

LoveWhere stories live. Discover now