Raja Helen sudah siap berpakaian formal. Hari ini Atiqah memintanya ke pejabat kerana ada urusan penting. Urusan yang dia perlu lakukan sendiri.
"Cantik isteri hubby ni." Tegur Tengku Hassanal yang berpakaian sama. Masing-masing mempunyai tanggungjawab sendiri.
Tengku Hassanal memeluk pinggang isterinya. Kepalanya direhatkan di atas bahu Raja Helen. Tak puas dia melihat wajah cantik wanita itu.
"Peluk-peluk orang pula. Tak nak bersiap lagi ke? Nanti lambat pula masuk pejabat."
"Hubby tak ada apa-apa pagi ini love, so tak apa kalau masuk lambat. Bagilah hubby peluk love puas-puas." Leher isterinya dicium. Wangian Raja Helen mampu membuatnya tidak tentu arah.
Raja Helen memusingkan badannya supaya menghadap Tengku Hassanal. Tangannya lincah mengikat tali leher untuk suaminya. Bila masa dia pandai buat benda begini pun dia tidak tahu.
"Love turun dulu ya hubby. Takut lambat pula nanti." Kata Raja Helen.
"Okay, kejap lagi hubby turun." Tengku Hassanal melepaskan pautan di pinggang isterinya.
Sempat Raja Helen mencium pipi suaminya sebelum mengambil barangannya dan berlalu dari situ.
Tengku Hassanal menyemburkan perfume ke arah badannya sebelum menbetulkan sedikit rambutnya dengan tangan. Kakinya diatur untuk turun ke bawah.
"Nak ke pejabat Helen? Kenapa tak cuti lagi, baru semalam selesai majlis kamu." Soal Emilio.
"Helen ada kerja sikit tok pa. Has pun masuk pejabat juga hari ini." Jawab Raja Helen. Dia menyapu jem pada roti.
"Adik."
"Hmm?"
"Nak bagitahu sesuatu ni." Kata Raja Hud.
"Apa dia? Lambat lah, sepatah, sepatah. Cakap je lah terus." Balas Raja Helen. Angin pula dia.
"Garangnya. Ada isi juga ke?" Sampuk Hazel.
"Hah? Isi apa?" Tanya Ethan blur.
"Hish kamu bujang jangan nak menyampuk." Kata Harleen sambil menepuk paha anak lelakinya. Dia faham maksud Hazel.
"Apa kena...."
Harleen menyumbat sekeping roti ke dalam mulut Ethan. Sibuk saja.
"Tak sekarang ni nak cakap ke tak ni abang? I nak pergi kerja ni." Tanya Raja Helen.
"Cakap apa ni love?" Tengku Hassanal mengambil tempat disebelah isterinya.
"Entahnya abang ni." Jawab Raja Helen. Dia menyapu jem pada roti lalu diletakkan ke dalam pinggan Tengku Hassanal.
"Hazel mengandung." Kata Raja Hud dalam satu nafas. Sunyi terus meja makan itu.
"Alhamdullillah, bertambah lagi ahli keluarga kita. Tak sangka ya tok pa dah nak dapat cicit." Suara Emilio memecahkan kesunyian.
"Awal sangat kau bagi aku anak saudara ni kak. Kuat betul abang ipar aku." Kata Eidlan. Tapi dia turut gembira dengan berita itu.
"Kau bila lagi Helen? Tak nak bertanding ke?" Sambungnya lagi.
"Kau ingat buat anak macam buat kuih ke gila?" Tanya Raja Helen sambil mengacah mahu membaling sudu ke arah Eidlan.
"Sabar love sabar." Tengku Hassanal mengusap lembut belakang isterinya.
"Tahniah Hazel. Tak sabar nak tunggu anak saudara aku ni keluar." Ujar Raja Helen lalu bangun dari duduknya.
"Love pergi dulu hubby." Tangan Tengku Hassanal dicium hormat.
