BAB 2

45 5 1
                                    

Lima tahun kemudian.
  
  “Datuk, sudah tiba masa untuk jumpa client. Kereta pun sudah siap tunggu dekat bawah.” Ujar Atiqah apabila melihat majikannya seperti tenggelam dalam dunia lukisan.
  
  “Oh ya ke? Tak perasan pula saya. Jom lah, jumpa dekat mana ni?” Tanya Raja Helen sambil mengemas beberapa barang diatas meja. Kemudian handbag miliknya dicapai.
  
  “The Garden Hotel Datuk.” Jawab Atiqah yang mengekori dibelakang Raja Helen.

Raja Helen berfikir sejenak. Macam pernah dengar saja nama hotel tu.
  
  “Apa nama client tu Ati?” Tanya Raja Helen untuk kepastian.
  
  “Dia kata rahsia Datuk.”
  
  “Otak dia rahsia.” Sinis Raja Helen . Dia melajukan langkah ke pintu utama.

**

Raja Helen yang melihat lelaki yang tidak jauh darinya mahu berpatah semula tetapi dihalang Atiqah. Dia kenal lelaki itu.
  
  “Eh! Eh Datuk. Nak kemana? Client kita dekat depan sana.” Kata Atiqah yang memeluk pinggang majikannya. Ini lah kejadian bila dapat majikan tinggi lampai.
  
  “Saya tak nak jumpa dia. Awak sajalah yang pergi Ati, saya tunggu dalam kereta.” Balas Raja Helen yang cuba melarikan diri.
  
  “Tak boleh Datuk. Dia nak jumpa Datuk sendiri. Tolong lah Datuk, semalam dah terbatal. Nanti tercemar lah imej company kita.” Mahu menangis Atiqah dibuatnya.

Raja Helen menghentak kaki geram. Kenapa dalam banyak-banyak manusia, lelaki ini juga yang jadi client dia?

Dengan wajah serius, mereka berdua melangkah mendekati seorang lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan.
  
  “Sorry Tengku, kami lambat.” Tegur Atiqah terlebih dahulu. Tanpa dipelawa, Raja Helen duduk diatas kerusi dihadapan Tengku Hassanal.
  
  “Long time no see Datuk.” Kata lelaki itu dengan senyuman manis.
  
  “Tak jumpa pun tak apa.” Balas Raja Helen dingin.

Tengku Hassanal tersenyum kelat. Dia sedar perbuatannya merubah gadis kesayangannya.
  
  “Hai aunty. Oh my god daddy, she so beautiful.” Ujar kanak-kanak itu teruja. Dia duduk disebelah Raja Helen. Raja Helen memandang lelaki dihadapannya meminta penjelasan.
  
  “Ini anak I. Dia minat sangat dengan you Datuk. Sampaikan dalam bilik dia pun ada gambar you.” Tengku Hassanal memanggil dengan gelaran formal kerana Raja Helen menunjukkan sikap dingin.
  
  “Nama kita pun sama aunty.”
  
  “Oh ya? So what is your name?”
  
  “My name is Tengku Helen Aazeen. Just like you right aunty?” Kata Tengku Aazeen. Raja Helen tersenyum. Memang seperti namanya.

  "Aunty suka aiskrim tak?" Tanya Tengku Aazeen. Bahasa melayunya sedikit pelat.

  "Dulu suka, sekarang dah kurang sedikit." Jawab Raja Helen. Nasib lah dia agak suka budak-budak.

   "Daddy, boleh Zeen belikan aiskrim untuk aunty?"

   "Yes of course. Be careful."

Raja Helen hanya memandang kanak-kanak itu yang sudah semakin menjauh. Elvis mengekori dari belakang.
  
  “So, what should I call you? Tengku Hassanal or Alexander Carlo?”
  
  “Maybe you can call me husband or hubby. ” Jawab lelaki itu..
Dia menerima jelingan maut dari Raja Helen.
  
  “I tak ada masa nak layan perkara bodoh you. So cakap cepat-cepat apa you nak I buat.” Balas Raja Helen. Kenapa lah lelaki ini muncul kembali.
  
  “Boleh tak you reka rantai atau gelang untuk anak i? Kalau boleh I nak design tu hanya anak I yang pakai.” Tengku Hassanal menyuarakan permintaannya.
  
  “Okay I boleh buat. Tapi nanti you hanya berurusan dengan Ati. I tak nak berurusan dengan you.”
  
  “Boleh tak you bagi I peluang kedua? Be mine Helen.” Tengku Hassanal menegakkan duduknya.
  
  “No! Jangan melampau selagi I masih bersikap baik dengan you. You dah ada isteri, buat cara ada isteri ya. Fikir tentang Aazeen.” Jawab Raja Helen tegas.
  
  “Sebab I fikir tentang Aazeen lah I nak you jadi milik I. Hanya you yang layak untuk jadi isteri I dan mummy dia. I sudah lama bercerai dengan Dinara. Lepas dia lahirkan Aazeen, terus dia minta cerai.” Kata Tengku Hassanal.
  
  “Ada perempuan yang lebih layak. I tak berminat nak jadi isteri you.”
  
  “Aunty!” Jerit Tengku Aazeen dari jauh yang sedang berlari ke arahnya. Kedua tangan kanak-kanak itu memegang aiskrim. Elvis setia mengekori dari belakang.
  
  “Ya. Tak elok tau lari-lari macam tu. Kalau jatuh macam mana?” Ujar Raja Helen apabila Tengku Aazeen duduk disebelahnya.
  
  “Aazeen ada belikan your favorite ice cream.” Ucap Tengku Aazeen ceria. Lagi dia gembira bila Raja Helen menyambut aiskrim yang dihulurkan.
  
  “Macam mana Aazeen tahu favorite ice cream aunty?” Soal Raja Helen. Saja ingin tahu.
  
  “Daddy yang cakap. Daddy kata you and your twin brother dengan daddy belajar bersama. Abang kembar aunty mesti handsome kan aunty?” Jawab Tengku Aazeen lancar.
  
  “Of course. Dia lagi handsome dari your dad la.”
  
  “Ehem! Mengumpat pasal daddy la tu. Sampai lupa daddy dekat sini ya sebab boleh jumpa idola ni.” Tengku Hassanal bersuara. Suka dia melihat cara dua gadis itu berbicara.
  
  “Sabarlah daddy. Dengan you, bila-bila pun I boleh bercakap. Tapi dengn aunty cantik ni susah tau.”  Suka menjawab betul budak ini.
Kembang semangkuk Raja Helen bila dipuji begitu. Sudahlah Tengku Hassanal dari tadi merenung dirinya.
  
  “Zeen pandai melukis?” Tanya Raja Helen.
  
  “Of course. Zeen nak jadi macam aunty, so Zeen kenalah pandai melukis.” Jawab Tengku Aazeen sambil menghayun kakinya yang pendek. Comel betul.
  
  “Okay, kalau macam tu, apa kata Zeen lukis corak yang Zeen suka. Yang Zeen rasa cantik sangat dan sesuai dengan diri Zeen. Boleh?” Raja Helen berpaling ke arah Atiqah meminta Macbook ditangan gadis itu.

LoveWhere stories live. Discover now